Advertisements

Tawaran Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) kini menawarkan Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan bagi tahun 2023.

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan yang berminat untuk memohon insentif ini bagi menjalankan aktiviti atau program kepenggunaan di kawasan masing-masing pada tahun hadapan dialu-alukan untuk memohon.

Pihak NGO yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2022.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022

Skop Program

Skop program yang akan dibiayai menerusi Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan ini adalah seperti berikut:

  • Kajian Consumer Empowerment Index (CEI) Tahun 2020 oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan, KPDNHEP yang memfokuskan kepada 3 domain utama berkaitan pengguna iaitu:
    – Financial Literacy
    – Purchasing Decision
    – Redress
  • Pendidikan kesihatan pengguna.
  • Kesiapsiagaan menghadapi bencana alam.
  • Sekuriti makanan.
  • Advokasi kejatuhan mata wang
  • Persiapan menghadapi krisis global dari sudut pengguna.
Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan

Cara Memohon Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan

Anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Muat turun dan lengkapkan dokumen di pautan ini terlebih dahulu https://tinyurl.com/NGOFormatCEI.
  2. Kemudian, layari pautan berikut https://tinyurl.com/PermohonanNGO2023.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk kemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Ringkasan Permohonan 3 Tahun Terdahulu berdasarkan [Format Bahagian D] (bagi penerima peruntukan sebelum ini)
  2. Sijil Pendaftaran
  3. Perlembagaan Persatuan
  4. Penyata ROS terkini (2022/2021 sahaja)
  5. Penyata bank terkini
  6. Kertas Cadangan yang lengkap berdasarkan [Format Lampiran A1]

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023, sila hubungi En Aizat Hafiz di talian 03-8882 6447.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment