BAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan IPT Kedah 2026

bakipt
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rakyat Negeri Kedah yang menyambung pengajian ke IPT boleh memohon Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (BAKIPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah menerusi pautan https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Mengenai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) 2026

Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (BAKIPT) merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah bagi membantu pelajar di negeri tersebut melanjutkan pengajian ke IPT.

Bantuan yang akan diberikan adalah bersifat one-off dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan bantuan ini akan menggunakan Sistem Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT), iaitu sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan secara online untuk memohon bantuan awal kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi.

Ia diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Mac  2026  –  31 Oktober 2026.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah adalah RM300.00 secara one-off.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah DAN BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
  3. Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan.
  4. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM5,249.00 (Pendapatan maksimum isi rumah B40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  5. Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2026 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
  7. Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  8. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Pelajar Tidak Layak Memohon

Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:

  • Pelajar sijil Kolej Komuniti
  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  • Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Pelajar Sijil Kemahiran Vokasional

Kaedah Bayaran

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Pemohon yang berjaya memohon perlu menghubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. 

Cara Memohon BAKIPT 2026

Pengguna boleh mengakses iBAKIPT untuk memohon yang boleh diakses menerusi pautan https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt.

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai bantuan ini boleh dirujuk seperti di bawah:

Saya pelajar semester pertama kemasukan baru pada Februari 2026. Adakah saya layak mohon bantuan dan bilakah tarikh permohonan akan dibuka?

Layak. Tarikh Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) untuk semester pertama kemasukan baharu adalah seperti berikut:
Semester Pertama Kemasukan Baharu Tahun 2026:
(1 MAC 2026 – 31 OKTOBER 2026)

Bagaimana saya ingin menyemak status DUN Kawasan saya?

Pemohon mestilah menyemak status DUN di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my  sebelum membuat permohonan.

Saya telah memohon BAKIPT pada tahun 2025 bagi kategori Diploma, adakah saya layak memohon BAKIPT 2026?

Tidak layak. Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Anak saya lahir di Perak/Pulau Pinang/Perlis, tapi kami menetap serta bermastautin di Kedah. Adakah anak saya layak memohon bantuan?

Layak, sekiranya menetap dan bermastautin di Kedah serta mengundi seperti berdaftar dalam SPR. Bagi Pengesahan Penempatan, pihak tuan perlu mengisi Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah (Bagi Pemohon / Ibu / Bapa yang  LAHIR Di Kawasan Bersempadan Dengan Negeri Perlis, Perak Dan Pulau Pinang Sahaja). (BPPSPPNK/09)

Bagaimana cara pembayaran dibuat kepada pemohon?

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon. Sila semak maklumat Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan setelah status pemohon “WANG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN DUN”.

Saya dilahirkan di Kedah tetapi saya dan keluarga telah berpindah dan menetap di luar Kedah, adakah saya layak?

Tidak Layak. Anda mestilah bermastautin DAN menetap di Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).

Ibu atau Bapa saya bukan berasal dari Kedah, tetapi saya lahir dan bermastautin (menetap) di Negeri Kedah. Adakah saya layak?

Layak. Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian.

Saya pelajar Semester Kedua Tahun Pertama Pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda, adakah saya layak?

Tidak Layak.

Saya telah memohon BAKIPT pada tahun 2025, adakah saya layak memohon BAKIPT 2026?

Tidak Layak.

Adakah permohonan saya boleh dibatalkan oleh Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah?

Permohonan anda boleh dibatalkan sekiranya anda didapati mengemukakan maklumat PALSU atau anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bilakah permohonan saya akan diluluskan?

Anda boleh menyemak status permohonan BAKIPT di ruangan Status Mohon dalam Sistem iBAKIPT. Status permohonan LAYAK DIPERTIMBANGKAN bermaksud permohonan anda telah disemak dan dipertimbang Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.

Seterusnya, permohonan anda diproses oleh SPPNK untuk pertimbangan YB Exco Pendidikan Negeri Kedah. Status permohonan DALAM PROSES BAYARAN bermaksud permohonan anda telah diluluskan oleh YB Exco Pendidikan Negeri Kedah dan bayaran akan dikredit ke akaun Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan anda. Kaedah bayaran bergantung kepada setiap Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon.

Sila hubungi Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon melalui pautan Pusat Kidmat/Penyelaras DUN untuk maklumat lanjut kaedah bayaran (setelah status permohonan PROSES BAYARAN).

Dokumen yang dimuat naik terdapat kesilapan. Adakah saya perlu buat permohonan baru?

Anda tidak boleh membuat permohonan baru selepas anda menghantar permohonan. Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan IPT Kedah 2026, sila hubungi:

  • No Telefon: 04-7027297 / 04 -7027291
  • E-mel : [email protected]
  • Alamat: Unit Penajaan (BAKIPT)
    Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
    Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
    05503 Alor Setar Kedah

Baca juga: Permohonan Agihan Awal IPT 2026 LZNK (Dalam & Luar Negara)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut