i-Muamalat: Login Bank Muamalat Online

Bank Muamalat online adalah satu kemudahan oleh Bank Mumalat untuk para pelanggan mereka menguruskan akaun dan kewangan mereka secara dalam talian sahaja.

Bank Muamalat merupakan bank kedua selepas Bank Islam yang memperkenalkan konsep perbankan Islam Malaysia untuk semua pelanggan mereka tidak kira agama dan bangsa.

Bank Muamalat Malaysia Berhad memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dengan gabungan aset dan liabiliti yang dibawa daripada perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan ketika itu.

Ketika artikel ini ditulis, DRB-HICOM memegang 70% saham dalam Bank manakala Khazanah Nasional Berhad memegang baki saham.

i-Muamalat: Kemudahan perbankan dalam talian

bank muamalat online

Bagi pelanggan Bank Muamalat, mereka boleh menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai trannsaksi kewangan melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.

Antara kemudahan perbankan yang disediakan melalui i-Muamalat adalah:

  • Pemindahan wang
  • Pembayaran bil
  • Semakan baki akaun
  • Semakan transaksi kewangan
  • … dan banyak lagi

Aplikasi i-Muamalat

Bagi kemudahan pengguna i-Muamalat juga, anda boleh memuat turun aplikasi i-Muamalat bagi membolehkan anda menggunakan segala kemudahan i-Muamalat terus dari telefon pintar atau gajet anda.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui salah satu pautan berikut:

Dengan mengguna aplikasi ini anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:

  • Log Masuk & Pengesahan Keselamatan dengan Cap Jari (pilihan)
  • Pengurusan Akaun – CASA, FCA, Pembiayaan dan FTA-i
  • Sejarah Transaksi – CASA, FCA
  • Pindahan Dana (Intrabank)
  • Pindahan Dana (Antara Bank)
  • Bayaran Bil & Lain-lain
  • Bayaran Pembiayaan
  • JomPAY
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pengurusan Semakan – Siasatan
  • Pemberitahuan SMS TAC
  • Transaksi Berjaya – Siasatan
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad Branch Locator
  • Waktu Solat dan Arah Kiblat
  • DuitNow
  • QR DuitNow
  • Pajak Gadai Flexi

Cara daftar akaun Bank Mualamalat online

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Bank Muamalat, anda boleh terus mendaftar akaun di i-Muamalat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
  2. Klik pada butang “First Time Registration”
  3. Tandakan pada kotak Accept pada Terms and Conditions
  4. Klik Next
  5. Masukkan nombor kad debit/ATM anda – 16 digit
  6. Masukkan Pin ATM
  7. Pilih identiti MyKAD
  8. Masukkan nombor MyKAD
  9. Masukkan nombor telefon untuk TAC
  10. Klik Next
  11. Masukkan Usernama dan Password
  12. Pilih Security Image
  13. Klik butang Submit

Cara login akaun i-Muamalat

Setelah selesai mendaftarkan akaun i-Muamalat, anda boleh terus log masuk untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Bank Mualamalat online melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.

  1. Layari portal i-Muamalat di pautan https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
  2. Masukkan Username
  3. Tekan butang Next
  4. Sahkan Security Image anda
  5. Tick pada kotak pengesahana
  6. Masukkan Password atau kata Kata Kunci
  7. Klik butang Login
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!