Cara Buat Semakan Baki Loan LPPSA Secara Online

Bagi penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA, anda boleh semak baki loan LPPSA anda secara online, sangat mudah dan menjimatkan tenaga.

Dengan kemudahan semakan baki loan LPPSA ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan sebaiknya kerana anda boleh tahu berapa jumlah pinjaman yang berbaki dan berapa lama tempoh pinjaman boleh dilunaskan.

Apa itu LPPSA?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.

Visi utama penubuhan LPPSA ini adalah menjadi sebuah agensi pembiaya perumahan sektor awam yang cemerlang dan mampan.

Peranan LPPSA

Berikut merupakan peranan utama LPPSA:

  • Untuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767)
  • Untuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan
  • Untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767

Cara Semakan Baki Loan LPPPSA Secara Online

Untuk membuat semakan baki loan LPPSA secara online, anda boleh melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB).

Namun, sekiranya anda baru pertama kali mengunakan sistem SPPB ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Berikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun baru pada portal SPPB ini.

  1. Layari laman LPPSA di alamat https://www.lppsa.gov.my/
  2. Pada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web LPPSA, klik pada butang “LPPSA MyFinancing”
  3. Klik pada butang “Pelanggan Baru”
  4. Klik pada butang “Daftar Sekarang”
  5. Lengkapkan segala butiran dalam borang online yang diberikan

Setelah lengkap permohonan, anda boleh log masuk ke dalam akaun anda dan menggunakan segala kemudahan dalam talian yang disediakan dalam portal tersebut.

Semakan Baki Loan Pembiayaan LPPSA Melalui Whatsapp

Terkini, LPPSA juga menyediakan perkhidmatan membuat semakan baki loan dengan hanya melalui Whatsapp.

NOMBOR WHATSAPP RASMI LPPSA : 03-8880 2121

Melalui perkhidmatan yang ditawarkan 24 jam sehari ini, anda boleh membuat pertanyaan maklumat berkaitan pembiayaan LPPSA, membuat semakan maklumat akaun pembiayaan, dan mendapat akses kepada maklumat dengan lebih mudah dan pantas!

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Hantarkan Whatsapp ke nombor rasmi LPPSA iaitu 03-8880 2121
  2. Anda akan dilayan oleh chatbot memberi pilihan menu.
  3. Taip LPPSA <tanda koma> Nama Penuh <tanda koma> Nombor Kad Pengenalan <tanda koma> Nombor Telefon <tanda koma> Tarikh Pengesahan Perkhidmatan <Hari / Bulan / Tahun)
  4. Contoh: LPPSA, Hairul Bin Monar, 991320110066, 0121234567, 31/08/2006

Sila rujuk penerangan bergambar di bawah:

CARA SEMAK AKAUN PINJAMAN LPPSA MELALUI WHATSAPP

Hantarkan Whatsapp ke nombor rasmi LPPSA iaitu 03-8880 2121
Anda akan dilayan oleh chatbot memberi pilihan menu.
Taip LPPSA <tanda koma> Nama Penuh <tanda koma> Nombor Kad Pengenalan <tanda koma> Nombor Telefon <tanda koma> Tarikh Pengesahan Perkhidmatan <Hari / Bulan / Tahun)

Contoh: LPPSA, Hairul Bin Monar, 991320110066, 0121234567, 31/08/2006

NOTA: Maklumat anda mestilah sama seperti yang telah didaftarkan di LPPSA.

Kemudahan Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)

Selain semak baki loan LPPSA, laman web atau portal SPPB ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain:

  1. Status baki pinjaman
  2. Penyata tahunan
  3. Semakan status permohonan baru
  4. Status bayaran balik (potongan gaji)
  5. Bayaran balik pinjaman
  6. Kalkulator pengiraan kelayakan

Aplikasi MyFinancing

baki loan lppsa

Pengguna juga boleh membuat semakan secara online terus dari peranti mudah alih anda melalui aplikasi LPPSA MyFinancing.

Muat turun aplikasi melalui pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android’
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Anda boleh kemukakan maklumat pembiayaan dan inkuiri berkaitan lebihan tersebut untuk bantuan selanjutnya oleh pegawai berkenaan melalui saluran yang disediakan:

1. Portal eTiket (https://etiket.lppsa.gov.my/) atau,

2. Live Chat (https://chatbot.lppsa.gov.my/LiA_DaftarMasuk) atau,

3. Pusat Panggilan Utama LPPSA (03-8880 1600)

Layari laman web rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my untuk info lanjut. Terima kasih.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!