Cara Semak Baki Loan Kereta Maybank

Sekiranya anda membuat pinjaman pembiaayaan dengan Maybank, anda boleh membuat semakan baki loan kereta Maybank anda dengan mudah melalui beberapa cara.

Maybank merupakan antara bank popular di Malaysia yang memberikan kemudahan pinjaman pembiayaan bagi pembelian kereta.

Untuk kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman sebegini, anda boleh hadir ke kaunter cawangan Maybank terdekat anda untuk maklumat lanjut dan atawaran-tawaran terkini.

Sekiranya anda salah seorang pelanggan Maybank yang membuat pinjaman pembiayaan kereta, anda mestilah cakna mengenai baki loan kereta and bagi memudahkan anda merancangan kewangan anda.

1. Semakan di kaunter cawangan Maybank

Ini merupakan cara paling konvensional tetapi mungkin tidak sempat dilakukan sekiranya anda seorang yang sibuk.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan anda dengan membawa bersama butiran dan maklumat berkaitan pinjaman anda bersama pihak Maybank.

Cara ini mungkin lebih mudah bagi anda yang mungkin tidak celik tekknologi.

2. Semak melalui Maybank2u

Maybank2u merupakan perkhidmatan sehenti perbankan internet yang dibangunkan Maybank untuk para pelanggannya.

Pelbagai kemudahan perbankan boleh diuruskan melalui portal atau aplikasi Maybank2u namun mungkin ramai yang tidak tahu anda juga boleh membuat semakan baki loan kereta anda melalui Maybank2u sahaja.

Sekiranya anda belum pernah mendaftarkan diri di Maybank2u, baca panduan Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja untuk mendaftarkan akaun anda.

Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak baki pinjaman kereta anda:

  1. Layari laman Maybankk2u di alamat https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Log masuk akaun Maybank2u anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunci
  3. Pilih Paay & Transfer pada bahagian menu
  4. Pilih Pay
  5. Pilih Payee
  6. Pilih Maybank Hire Purchase
  7. Pilih Amount and Effective Payment Date

Maklumat mengenai baki pinjaman kereta anda akan dipaparkan

3. Semak melalui mesin ATM

Ramai juga yang tidak tahu anda boleh membuat semakan baki loan kereta Maybank and mellaui mesin ATM tidak kira di mana-mana sama ada di cawangan bank, pusat beli-belah dan sebagainya asalkan mesin ATM tersebut mestilah mesin ATM Maybank.

Ikuti langkah berikut untuk semak baki loan anda:

  1. Masukkan kad ATM dan PIN anda
  2. Pilih Other Transaction
  3. Pilih Payment
  4. Pilih Express Payment
  5. Pilih Loan/Financing
  6. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  7. Masukkan Acc.No. or Vehicle no.

Maklumat mengenai pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin mesin ATM tersebut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!