Cara Mudah Semak Baki Loan Kereta / Rumah Ambank Online

Sekiranya anda telah membuat pinjaman pembiayaan kenderaan, anda boleh membuat semakan baki loan kereta Ambank dengan sangat mudah secara online sahaja.

Tidak lagi perlu ke kaunter cawangan AmBank yang sangat membazirkan masa anda kerana anda perlu beratur dan menunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.

Sebaliknya semakan baki loan ini boleh dilakukan menggunakan telefon pintar atau peranti elektronik anda asalkan anda mempunyai sambungan internet yang bagus.

Perbankan internet dengan AmOnline

Mungkin sesetengah pelanggan AmBank tidak tahu bahawa terdapat satu kemudahan perbankan internet yang dikenali sebagai AmOnline yang telah dibangunkan dan digunakan oleh pihak AmBank sejak sekian lama.

Perkhidmatan AmOnline ini umpama CIMB Clicks bagi CIMB BAnk dan Maybank2u bagi Maybank.

Melalui AmOnline, pengguna boleh membuat pelbagai transaksi perbankan internet antaranya menyemak jumlah simpanan, membayar bil, memindahkan wang ke akaun orang lain dan banyak lagi.

Namun, ada juga pengguna AmOnline tidak tahu melalui sistem AnOnline juga anda boleh membuat semakan baki loan kereta anda dengan pihak AmBank.

Semakan melalui web AmOnline

Sekiranya anda belum pernah menggunakan AmOnline dan merupakan pengguna baru, anda hendaklah mendaftarkan akaun terlebih dahulu di laman atau portal AmOnline.

Untuk panduan ringkas mendaftarkan akaun pada laman AmOnline, ruju, artikel Ambank Online: Login, Daftar & Aktifkan AmOnline Banking.

Seterusnya untuk menyemak baki pinjaman pembiayaan kenderaan anda dengan pihak AmBank, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun AmOnline anda
  2. Kemudian, klik Pay Loans/Financing pada bahagian menu

Maklumat baki pinjaman anda akan dipaparkan yang merangkumi jumlah baki hutang, ansuran tunggakan, denda, baki ansuran dan tempoh pembayaran.

Halaman ini bukan sahaja memaparkan baki pinjaman anda untuk kereta sahaja tetapi apa-apa sahaja pinjaman yang anda lakukan bersama dengan pihak AmBank antaranya pinjaman peribadi, pinjama perumahan dan sebagainya.

Semakan melalui aplikasi AmOnline

baki loan kereta ambank

Seperti mana-mana bank di Malaysia juga, AmBank juga telah membangunkan aplikasi AmOnline untuk peranti mudah alih anda.

Bagi pengguna sistem operasi Android dan iOS, anda boleh memuat turun aplikasi AmOnline daripada pautan di bawah:

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin bertanyakan lebih lanjut, boleh hubungi bahagian Khidmat Pelanggan AmBank dengan menelefon ke nombor +60 3-2178 8888.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!