Senarai Baju Tradisional Masyarakat India

Setiap kaum mempunyai pakaian tradisionalnya yang tersendiri yang digayakan ketika hari perayaan atau majlis keraian.

Ini termasuklah masyarakat India di Malaysia yang mempunyai baju tradisional masyarakat India yang sering digayakan ketika perayaan, majlis atau sebagainya.

Berikut merupakan senarai baju tradisional masyarakat India.

Senarai Baju Tradisional Masyarakat India

Senarai pakaian tradisional untuk masyarakat India adalah seperti berikut:

  • Sari
  • Baju Punjabi
  • Kurta
  • Dhoti

Sari

Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.

Pemakaian sari memerlukan sebidangkain berukuran 5 – 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain saritersebut.

Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak diatas bahu kiri.

Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

Dapatkan Sari dengan klik Di Sini.

Baju Punjabi

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang.

Pakaian ini dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai pakaian ini.

Kurta

Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.

Pakaian ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Dhoti

Dhoti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India.

Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang yang dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha.

Pakaian ini kemudiannya disangkutkan pada bahu dan kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

Ada juga Dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu dan juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan.

Semasa perkahwinan, lelaki India akan mengenakan “Pattu Veshti” iaitu pakaian yang berwarna kuning susu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!