Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Permohonan Baik Pulih Rumah Untuk Warga Baling

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Baling, Kedah kini membuka permohonan bagi baik pulih rumah bagi warga Baling yang menetap dalam kawasan operasi PBT.

Inisiatif yang dilancarkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) demi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2022.

Kriteria Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Kriteria kelayakan bagi penerima program ini adalah seperti berikut :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling atau boleh muat turun imej di bawah.

Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling
Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Gambar Penuh Rumah (dari luar)
  • Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)
Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah bagi warga daerah Baling, sila hubungi Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat di talian 04-4701800 atau layari laman Facebook rasmi Majlis Daerah Baling.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!