Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pengambilan pelajar baharu Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA) untuk peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi sesi akademik 2026/2027 menerusi https://linktr.ee/infopermohonankemasukan atau http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan pengambilan sesi terkini serta kelebihan melanjutkan pelajaran di sini.

Apakah ASWARA?
AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.
Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.
ASWARA komited dalam menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisional Malaysia dengan penekanan kepada Bangsawan, Makyung dan Wayang Kulit dalam usaha melahirkan golongan karyawan, seniman dan intelektual yang mahir, berilmu dan professional ke arah membangunkan warisan dan industri negara.
Pelbagai program ditawarkan untuk peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bagi yang berminat, jom ikuti info lanjut serta cara memohon.
Program Pengajian Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Baharu ASWARA
Senarai program yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Asasi Seni Kreatif
- Asasi Seni Kreatif
Program Diploma
- Diploma Seni Muzik
- Diploma Seni Tari
- Diploma Penulisan Kreatif
- Diploma Teater
- Diploma Filem dan Video
- Diploma Seni Halus
- Diploma Animasi
- Diploma Rekaan Komunikasi Visual
Program Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
- Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
- Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)
- Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)
- Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)
- Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
- Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)
- Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)
- Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)
- Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)
- Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)
- Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

Syarat-Syarat Kemasukan
Calon yang berminat boleh semak syarat-syarat kemasukan bagi setiap program pengajian menerusi pautan berikut :
Tempoh Permohonan ASWARA Sesi 2026 / 2027
Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan iaitu:
- Fasa 1 : 24 Februari 2026 hingga 13 Mei 2026
- Fasa 2 : 22 Jun 2026 hingga 21 Julai 2026
Cara Memohon
Calon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas berpandukan langkah berikut :
- Pergi ke pautan : https://linktr.ee/infopermohonankemasukan atau http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/.
- Daftar akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel pengaktifan akaun login dari ASWARA setelah butang Daftar diklik.
- Log masuk untuk mula mengisi borang da melengkapkan maklumat di laman ini.
- Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.
Untuk maklumat lanjut mengenai panduan permohonan, sila ke pautan berikut :
http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Info.aspx
Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Cara Semak Keputusan Permohonan
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberikan.
Untuk makluman, calon juga boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol ‘-‘], hantarkan ke 15888.
Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baharu ke ASWARA, sila hubungi hubungi Unit Kemasukan Rekod dan Pengantarabangsaan:
- Telefon: 03-2778 5971/6094/5960
- Whatsapp : +6010-5816971
- E-mel: [email protected]
Laman web : https://www.aswara.edu.my/
Baca juga: Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam




