Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) ialah insentif kewangan khas untuk pegawai awam kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana yang memulakan dan menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.
Inisiatif ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) pada 15 Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang meningkatkan kelayakan akademik demi kemajuan kerjaya dan kualiti perkhidmatan awam.
Permohonan dan maklumat lanjut berkaitan kadar insentif, syarat kelayakan serta soalan lazim boleh disemak menerusi portal rasmi MyPSSM.
Apakah syarat kelayakan HPA dan berapakah jumlah insentif yang ditawarkan kepada penjawat awam?
Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang insentif terbaru untuk penjawat awam ini.
Ringkasan Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam 2026
HPA ialah insentif tunai one-off (RM500–RM1,250) bagi penjawat awam (P&P & Pelaksana) yang berjaya menamatkan pengajian peringkat lebih tinggi dengan pembiayaan sendiri bermula 1 Januari 2026.
Trending sekarang
- Kadar Bayaran: PhD (RM1,250), Sarjana (RM1,000), Ijazah (RM750), Diploma (RM500).
- Syarat Wajib: Mesti mula dan tamat pengajian semasa berstatus Lantikan Tetap.
- Kelayakan: Mesti lebih tinggi daripada syarat masuk skim jawatan semasa (diiktiraf MQA/JPK).
- Prestasi: Markah tahunan minima 85% & bebas tindakan tatatertib.
- Hanya sekali seumur hidup. Tidak layak jika kelayakan sudah digunakan untuk kenaikan pangkat (PSL) atau pernah terima HPG/HKG.
Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPSSM)
YAB Perdana Menteri, dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX), telah mengumumkan inisiatif pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) kepada pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri, sebagai galakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi diri.
Sehubungan itu, Jabatan ini telah memperincikan dasar serta kaedah pelaksanaan pemberian HPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4 – Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Pekeliling tersebut boleh diakses melalui portal MyPPSM.
Ketetapan ini turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan dan kelulusan pihak berkuasa masing-masing.
Bagi tujuan pelaksanaan pemberian HPA di Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2026, rujukan hendaklah dibuat secara bersekali kepada Surat Edaran JPA.(S).600-1/3/47 (4) bertarikh 19 Disember 2025 berkaitan Panduan Pelaksanaan Kaedah Penyaluran Peruntukan bagi Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) bagi Tahun 2026.





Apa Itu Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam (HPA)?
Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) ialah insentif kewangan khas yang diberikan kepada penjawat awam kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana yang berjaya menamatkan pengajian dengan pembiayaan sendiri tanpa tajaan kerajaan.
Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan penjawat awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif sama juga akan diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan, dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.
Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM75.7 juta ringgit yang akan memberi manfaat kepada 91,672 orang pegawai awam yang merentasi semua skim perkhidmatan.

Syarat Pemberian HPA Penjawat Awam
HPA hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
- hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan;
- pengajian atas pembiayaan sendiri; dan
- terhad kepada yang memenuhi syarat HPA sahaja.
Pegawai Yang Layak
- pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
- pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA); dan
- pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana
Pegawai yang layak dipertimbangkan pemberian HPA adalah seperti yang berikut:
- memperoleh kelayakan akademik yang lebih tinggi berbanding kelayakan akademik pegawai ketika dilantik secara tetap ke skim perkhidmatan semasa;
- memulakan dan menamatkan pengajian bagi kelayakan akademik yang lebih tinggi semasa dalam lantikan tetap;
- kelayakan akademik yang lebih tinggi itu hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan;
- yuran pengajian atas pembiayaan sendiri oleh pegawai;
- markah prestasi bagi tahun penilaian hendaklah sekurang-kurangnya 85%;
- lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian;
- bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar;
- hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan;
- tidak pernah diluluskan Hadiah Pergerakan Gaji (HPG); dan
- diperaku oleh Ketua Jabatan.




Cara Mohon HPA Penjawat Awam 2026
Permohonan Hadiah Pengiktirafan Akademik boleh dilakukan oleh pegawai yang memenuhi syarat-syarat kelayakan HPA yang dikongsikan di atas.
Untuk memohon, pegawai perlu mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang seperti di bawah:
Borang Permohonan Pemberian HPA


Pegawai bertanggungjawab memastikan maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah benar.
Sekiranya terdapat pemalsuan dokumen atau maklumat, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sekiranya pegawai tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di atas, pegawai boleh mengemukakan permohonan pada tahun berikutnya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Carta Alir Proses Kerja Pemberian HPA
Carta Alir proses pemberian HPA adalah seperti berikut:

Kaedah Pemberian Hadiah Mengikut Suku Tahunan
Kaedah pelaksanaan Pemberian HPA bagi tahun 2026 mengikut suku tahunan adalah seperti berikut:
| Suku Tahunan | Tindakan |
|---|---|
| Pertama (Januari hingga Mac) | – PSM Kementerian/ Jabatan membuat hebahan dan menerima permohonan daripada pegawai. – Ketua Jabatan membuat semakan dan memperaku permohonan pegawai kepada PPSM. |
| Kedua (April hingga Jun) | – Senarai penerima HPA dibawa untuk pertimbangan dan keputusan PPSM peringkat Kementerian/ Jabatan masing-masing. – Keputusan pemberian HPA dimaklumkan kepada pegawai. – Kementerian mengumpul senarai penerima HPA yang telah diluluskan oleh PPSM masing-masing untuk dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA. |
| Ketiga (Julai hingga September) | – Bahagian Khidmat Pengurusan JPA menyalurkan peruntukan kepada Kementerian. – Kementerian menyalurkan peruntukan kepada Jabatan yang berkenaan. – Bayaran dibuat kepada penerima HPA dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai. |
Kadar Insentif Hadiah Pengiktirafan Akademik
Jumlah insentif yang ditawarkan adalah:
- RM1,250.00 bagi mereka yang mendapat ijazah kedoktoran;
- RM1,000.00 bagi mereka mendapat ijazah sarjana;
- RM750.00 bagi mereka yang mendapat ijazah sarjana muda dan
- RM500.00 bagi mereka yang mendapat diploma atau kelayakan setaraf.
Kadar pemberian HPA bersifat sekali dalam sepanjang tempoh perkhidmatan.

Simulasi Kelayakan Permohonan Pemberian HPA
Anda boleh rujuk ringkasan jadual situasi dan status kelayakan pemberian HPA berdasarkan FAQ yang dikongsikan oleh JPA di bawah:
| Situasi Spesifik | Layak / Tidak Layak | Sebab |
| Memulakan dan menamatkan pengajian sepenuhnya semasa dalam tempoh perkhidmatan tetap. | Layak | Keseluruhan tempoh pengajian diselesaikan dalam tempoh perkhidmatan pegawai bermula dari tarikh lantikan tetap. |
| Pegawai dikenakan hukuman tatatertib pada tahun penilaian (contoh: April 2025 untuk permohonan 2026). | Tidak Layak | Tidak memenuhi syarat lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian, namun boleh memohon semula pada tahun berikutnya. |
| Permohonan dikemukakan tanpa had tempoh masa tertentu selepas memiliki kelayakan akademik. | Layak | Tiada penetapan had tempoh masa bagi pemilikan kelayakan akademik untuk membuat permohonan. |
| Pegawai kehilangan skrol akademik asal daripada universiti. | Layak | Boleh menggunakan dokumen pembuktian lain seperti surat perakuan senat universiti. |
| Menggunakan Diploma (biaya sendiri) yang diperoleh semasa gred rendah untuk pelantikan ke skim gred Diploma (PPT). | Tidak Layak | Pegawai telah menggunakan kelayakan tersebut sebagai syarat masuk/lantikan ke skim perkhidmatan semasa. |
| Memohon kali kedua untuk Ijazah Kedoktoran setelah pernah menerima HPA bagi Ijazah Sarjana. | Tidak Layak | HPA hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. |
| Memperoleh Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam perkhidmatan, lalu memohon untuk peringkat tertinggi (Doktorat). | Layak | Boleh memohon bagi kelayakan tertinggi sekiranya ia lebih tinggi daripada syarat skim perkhidmatan semasa. |
| Mengikuti pengajian dengan kelulusan Cuti Belajar (CBBPTB, CBSG atau CBTG). | Layak | Layak selagi memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan. |
| Menerima pembiayaan/saguhati daripada pihak luar yang tidak merangkumi yuran pengajian. | Layak | Masih dikategorikan sebagai pembiayaan sendiri bagi kos yuran pengajian. |
| Memulakan pengajian semasa status kontrak (CoS) dan menamatkan pengajian selepas dilantik tetap. | Tidak Layak | Tidak memenuhi syarat memulakan dan menamatkan pengajian semasa dalam perkhidmatan tetap. |
| Memohon menggunakan kelayakan STPM atau Sijil Matrikulasi. | Tidak Layak | Kelayakan STPM dan Matrikulasi adalah tidak setaraf dengan peringkat Diploma. |
| Menggunakan kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) 4 atau DLKM 5. | Layak | DKM 4 dan DLKM 5 adalah diiktiraf setara dengan peringkat Diploma. |
| Memiliki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sebagai syarat skim perkhidmatan semasa. | Tidak Layak | Diploma Ikhtisas yang menjadi syarat skim perkhidmatan semasa tidak layak menerima HPA. |
| Menerima Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang kekal status pinjamannya (tidak ditukar biasiswa). | Layak | Layak jika PBU tidak ditukar kepada biasiswa atau tiada potongan bayaran balik. |
| Menggunakan Ijazah Sarjana Muda untuk tujuan kenaikan pangkat (Gred U7 ke Gred U9). | Tidak Layak | Kelayakan tersebut telah digunakan untuk tujuan kemajuan kerjaya (kenaikan pangkat). |
| Pernah menerima HPA di jawatan lama, kemudian melepaskan jawatan dan dilantik ke jawatan baru. | Tidak Layak | HPA hanya diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi tujuan pencen. |
| Memiliki Ijazah Sarjana Muda (syarat masuk SPM), kemudian mengambil Ijazah Sarjana Muda kedua. | Layak | Layak kerana kelayakan tersebut lebih tinggi daripada syarat kelayakan akademik skim semasa. |
| Memiliki Sarjana pertama (tajaan HLP), kemudian menamatkan Sarjana kedua dengan biaya sendiri. | Layak | Layak selagi memenuhi syarat biaya sendiri dan belum pernah menerima HPA. |
| Dilantik melalui KMP menggunakan Ijazah Sarjana, kemudian mengambil Ijazah Sarjana kedua dalam perkhidmatan. | Tidak Layak | Tidak memenuhi syarat perolehan kelayakan yang lebih tinggi daripada syarat skim perkhidmatan semasa. |
| Pegawai yang sedang dalam tempoh Cuti Belajar. | Layak | Boleh memohon bagi kelayakan akademik yang telah diperoleh sebelum pegawai bercuti belajar. |
| Pegawai meninggal dunia selepas mengemukakan permohonan HPA. | Tidak Layak | Insentif bertujuan menghargai kompetensi pegawai; waris tidak lagi layak menerima insentif tersebut. |
| Pegawai (PPP) pernah menerima Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) atau Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) bagi Ijazah Sarjana Muda. | Tidak Layak | Tidak layak bagi peringkat Ijazah tersebut, namun masih layak untuk menuntut HPA bagi peringkat Sarjana/PhD. |
| Memperoleh Ijazah semasa gred Diploma, kemudian dilantik ke jawatan gred Ijazah melalui PSL. | Tidak Layak | Kelayakan akademik tersebut tidak lagi “lebih tinggi” berbanding syarat skim perkhidmatan semasa (gred Ijazah). |
Rujuk jugak lampiran simulasi kelayakan pemberian HPA dalam tempoh perkhidmatan di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima HPA atau sebaliknya:






Masa Terbaik Susun Semula Kewangan
Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam merupakan satu penghargaan atas pencapaian dalam bidang pendidikan dan peningkatan kemahiran.
Penjawat awam boleh menggunakan insentif ini untuk tujuan bermanfaat seperti melangsaikan sebahagian hutang, menampung kos pendidikan lanjutan atau membuat persediaan kembali ke tempat kerja selepas selesai pengajian.
Sekiranya anda merancang untuk membuat pinjaman dan mengurus komitmen kewangan dengan lebih tersusun, Direct Lending boleh membantu menyemak pilihan pinjaman koperasi atau bank yang sesuai dengan status dan pendapatan penjawat awam.
Semakan dibuat tanpa caj, sesuai dengan kelayakan selepas kenaikan gaji baru dan setiap permohonan dibantu oleh konsultan bagi memastikan proses lebih lancar.

Semak kelayakan pinjaman pendidikan atau peribadi penjawat awam melalui Direct Lending DI SINI : https://bit.ly/eCentralDL

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim – Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam
Pengumuman inisiatif ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.
Maklumat lanjut dan perincian yang sahih mengenai insentif ini boleh didapati melalui saluran rasmi Kerajaan Malaysia dan media sosial Jabatan Perkhidmatan Awam.
Rujuk soalan lazim (FAQ) mengenai HPA di sini: https://www.jpa.gov.my/menu-perkhidmatan/pengiktirafan
Info terkini juga akan dikemaskini melalui artikel ini dari semasa ke semasa.
Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) ialah insentif kewangan yang diberikan secara sekali sahaja kepada penjawat awam yang berjaya memperoleh kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf, sebagai pengiktirafan terhadap usaha meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi diri.
HPA layak dipertimbangkan kepada:
– Pegawai Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P); dan
– Pegawai Awam Kumpulan Pelaksana
yang memulakan dan menamatkan pengajian atau memperoleh kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan, menggunakan pembiayaan sendiri, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Peringkat kelayakan akademik yang layak adalah:
– Diploma atau kelayakan setaraf
– Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Sarjana
– Ijazah Kedoktoran
Tertakluk kepada pengiktirafan dan ketetapan yang dinyatakan dalam pekeliling berkaitan.
Jumlah insentif HPA yang ditetapkan adalah seperti berikut:
RM1,250.00 bagi Ijazah Kedoktoran
RM1,000.00 bagi Ijazah Sarjana
RM750.00 bagi Ijazah Sarjana Muda
RM500.00 bagi Diploma atau kelayakan setaraf
Tidak. Pemberian HPA adalah bersifat sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan penjawat awam.
Dasar pemberian HPA berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Rujukan rasmi adalah:
Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4 – Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik; dan
Surat Edaran JPA.(S).600-1/3/47 (4) bertarikh 19 Disember 2025 berkaitan Panduan Pelaksanaan Kaedah Penyaluran Peruntukan HPA bagi Tahun 2026.
Pekeliling berkaitan boleh diakses melalui portal MyPPSM.
Ya. Ketetapan ini turut dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan dan kelulusan pihak berkuasa masing-masing.
Objektif utama HPA adalah untuk:
Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat;
Meningkatkan profesionalisme penjawat awam; dan
Mengiktiraf usaha pegawai awam dalam memperkukuh modal insan sektor awam.
Tidak. Pegawai yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan.
Keseluruhan tempoh pengajian diselesaikan dalam tempoh perkhidmatan pegawai bermula daripada tarikh lantikan secara tetap.
Kelayakan akademik yang mendapat pengiktirafan daripada Sistem MQR di bawah Malaysian Qualifications Agency (MQA), Sistem eSISRAF dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kelayakan akademik ini termasuk pengajian yang diikuti di luar negara.
Pegawai tidak layak memohon HPA. Namun, pegawai boleh memohon semula pada tahun berikutnya tertakluk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
Ya. Semua permohonan yang dikemukakan pegawai hendaklah diberi pertimbangan oleh PPSM meskipun permohonan tersebut tidak diperaku oleh Ketua Jabatan.
Tiada penetapan had tempoh masa.
Pegawai boleh menggunakan dokumen pembuktian lain seperti surat perakuan sena universiti untuk tujuan tuntutan dan pembayaran HPA.
Tidak layak. Pegawai telah dilantik ke skim perkhidmatan PPT menggunakan kelayakan akademik Diploma tersebut.
Tidak layak. HPA hanya diberikan sekali sepanjang perkhidmatan.
Layak. Pegawai boleh memohon HPA bagi kelayakan akademik tertinggi iaitu Ijazah Kedoktoran dengan kadar RM1,250.00 sekiranya kelayakan akademik tersebut lebih tinggi daripada syarat skim perkhidmata semasa pegawai.
Layak tertakluk pegawai telah memenuhi syara yang ditetapkan.
Ya. Pegawai layak sekiranya pembiayaan adalah tidak termasuk yuran pengajian.
Tidak layak. Pegawai tidak memenuhi syarat memulakan dan menamatkan pengajian semasa dalam perkhidmatan tetap.
i. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
– Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Matrikulasi – Tidak layak. Kelayakan STPM dan Sijil Matrikulasi adalah tidak setaraf dengan diploma.
– DKM4 dan DKLM 5 – Layak. DKM 4 dan DLKM 5 adalah setara dengan diploma.
Tidak layak. Pegawai yang memiliki apa-apa Diploma Ikhtisas sebagai syarat skim perkhidmatan semasa pegawai adalah tidak layak menerima HPA.
Tidak layak sekiranya PBU tersebut ditukar kepada biasiswa atau terdapat potongan/ pengurangan pembayaran balik jumlah pinjaman. Sekiranya status PBU tersebut kekal, maka pegawai layak menerima HPA.
Tidak layak. Pegawai telah menggunaka kelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk tujua kenaikan pangkat ke gred U9.
Tidak Layak. HPA diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik (PBM). Sepanjang tempoh perkhidmatan bermaksud tempoh perkhidmatan pegawai yang diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen.
Layak tertakluk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Layak tertakluk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tidak Layak. Pegawai tidak memenuhi syarat HPA iaitu memperoleh kelayakan akademik yang lebih tinggi berbanding syarat kelayakan akademik skim perkhidmatan semasa pegawai.
Layak. Pegawai boleh mengemukaka permohonan bagi kelayakan akademik yang telah diperolehi sebelum pegawai Cuti Belajar kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing tertakluk telah memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.
Tidak Layak. Pemberian insentif HPA ini adala bertujuan menghargai usaha pegawai awam untuk meningkatkan kompetensi diri. Mak sekiranya pegawai telah meninggal dunia, waris tidak lagi layak menerima insentif tersebut.
Tidak Layak menerima HPA untuk kelayakann Ijazah Sarjana Muda berkenaan.
Walau bagaimanapun, pegawai masih layak untuk menerima insentif HPA bagi kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Prinsip yang sama turut terpakai bagi pegawai yang telah menerima kemudahan Hadiah nPergerakan Gaji (HPG).
Tidak Layak. Pegawai tidak memenuhi syara HPA iaitu memperoleh kelayakan akademi yang lebih tinggi berbanding syarat kelayakan akademik skim perkhidmatan semasa pegawai.
Baca juga:




