Asid Folik: Kelebihannya Pada Wanita Hamil dan Belum Kahwin

asid folik
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Asid Folik: Kelebihannya Pada Wanita Hamil dan Belum Kahwin

Apakah itu asid folik dan kepentingannya kepada kesihatan kewanitaan seseorang?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan folik asid yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu asid folik?

Asid folik atau juga dipanggil sebagai folate adalah sejenis vitamin dalam kumpulan B.

Tubuh badan kita memerlukannya untuk membuat sel-sel baru. Misalnya seperti kuku, dan rambut.

Ia wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau.

Namun begitu, kandungan semula jadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Oleh kerana itulah, kita memerlukan nutrisi ini daripada supplemen yang dijual di farmasi atau klinik.

Siapa yang perlu makan asid folik?

Kebanyakkan pakar berpendapat bahawa folic acid sangat bagus diamalkan oleh wanita sedang hamil.

Ada juga segelintir pakar yang menyakinkan bahawa kaum lelaki juga boleh mengamalkannya.

Gejala kurang asid folik dalam badan

Antara gejala seseorang itu kekurangan folic acid dalam badan adalah seperti berikut:

  • Cirit-birit
  • Pertumbuhan uban
  • Ulser mulut
  • Ulser perut
  • Perkembangan tumbesaran terencat
  • Lidah bengkak (glossitis)
  • Keletihan
  • Ulser di sekeliling mulut
  • Lemah daya ingatan dan daya kognitif
  • Mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Kurang berat badan

Kepentingan asid folik pada wanita

1. Wanita yang sedang hamil

Apabila bayi berkembang awal semasa kehamilan, folic acid membantu membentuk tiub saraf. 

Ini sangat penting kerana ia boleh membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran utama pada otak bayi ( anencephaly ) dan tulang belakang ( spina bifida ). Tiub saraf membentuk otak dan tulang belakang awal.

2. Menjaga kesihatan otak

Tahap folat darah yang rendah dikaitkan dengan fungsi mental yang lemah dan peningkatan risiko demensia. 

Walaupun tahap folat yang secara teknikalnya normal tetapi pada bahagian yang rendah mungkin meningkatkan risiko gangguan mental pada orang dewasa yang lebih tua.

Pengambilan folat yang mencukupi juga boleh membantu melindungi daripada penyakit Alzheimer.

3. Merawat kesihatan mental

Folat terlibat dalam penghasilan bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter. 

Kadar folat yang rendah akan menyebabkan seseorang kemurungan, skizofrenia atau keadaan kesihatan mental yang lainnya.

Sebagai contoh, orang yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai paras folat dalam darah yang lebih rendah daripada orang yang tidak mengalami kemurungan.

Dapatan kajian 2022, menunjukkan bahawa folic acid dan suplemen folat boleh membantu mengurangkan gejala keadaan kesihatan mental seperti kemurungan selepas bersalin, skizofrenia dan gangguan bipolar 

4. Mengurangkan risiko sakit jantung

Suplemen berasaskan folat boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tahap homocysteine ​​asid amino yang tinggi dianggap meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Kerana folat membantu memecahkan homocysteine, folat rendah boleh membawa kepada tahap homocysteine ​​yang tinggi, juga dikenali sebagai hyperhomocysteinemia .

Suplemen folic acid boleh membantu menurunkan tahap homocysteine ​​​​dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, folic acid juga boleh meningkatkan fungsi saluran darah pada orang yang mempunyai penyakit jantung.

5. Menyembuhkan keradangan

Keradangan memainkan peranan dalam banyak penyakit. Folic acid dan suplemen folat telah terbukti dapat mengurangkan keradangan.

6. Kesuburan wanita

Pengambilan folat boleh meningkatkan peluang untuk hamil dan mengandung bayi hingga cukup bulan. 

Waktu dan cara pengambilannya

Waktu yang terbaik untuk makan asid folik adalah ketika anda sedang cuba untuk mengandung (3 bulan sebelum) dan 12 minggu pertama kehamilan.

Dos yang sesuai untuk diambil oleh wanita hamil adalah sebanyak 500-600mg bergantung kepada situasi dan keadaan ibu yang hamil.

Namun pastikan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda sebelum memakannya.

Berikut adalah tips makan asid folik:

  • Jika perlu mengambil asid folik setiap hari, anda disyorkan memakannya pada waktu yang sama – sama ada pada waktu pagi atau waktu petang
  • Ambil tablet asid folik dengan segelas air
  • Suplemen asid folik ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan
  • Jika terlupa mengambil dos harian, ambil ia sebaik sahaja teringat mengenainya. Tetapi jangan sekali-kali mengambil 2 dos untuk menggantikan yang terlupa
  • Jika pengambilan asid folik jenis cecair, ia akan disertakan dengan picagari atau sudu plastik untuk membantu mengukur dos yang betul. Sekiranya tiada, dapatkan daripada ahli farmasi. Jangan guna sudu kecil dapur kerana ia tidak dapat mengukur jumlah yang betul.

Sumber folat semulajadi dalam makanan

Asid folik boleh di dapatkan secara semula jadi dalam makanan harian kita. Antaranya seperti:

  • Hati lembu
  • Bayam rebus
  • Kacang tunggak
  • Asparagus
  • Pucuk brussels
  • Salad
  • Avokado
  • Brokoli
  • Sayur sawi
  • Kacang pis
  • Cantaloupe
  • Telur rebus
  • Pisang
  • Betik
  • Limau gedang
  • Kacang tanah
  • Jus oren

Selain itu, makanan lain yang juga tinggi kandungan asid folik adalah seperti:

  • Roti
  • Bijirin
  • Nasi
  • Pasta
  • Tepung
Top 10 Foods Rich in Folic Acid | World Learning Institution

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan asid folik dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Jika anda berminat untuk dapatkan asid folik yang murah dan berkesan, anda boleh klik pada pautan berikut: Appeton Folic Acid Pregnant Essentials Supplement

Sumber:

  1. Asid Folik : Makanan Tambahan Penting Untuk Bakal Ibu. My Sihat
  2. Folic Acid: Everything You Need to Know. Healthline
  3. Kepentingan Asid Folik Untuk Kesuburan dan Kehamilan. Doctor On Call
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut