Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB): Login dan Kemaskini Data Murid

Aplikasi Pengurusan Bantuan atau singkatannya APB merupakan salah satu fungsi yang terdapat dalam aplikasi Pangkalan Data Murid.

Maklumat yang dimasukkan dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) ini akan memudahkan proses pendaftaran pelajar yang tergolong dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajr Miskin (KWAPM).

Oleh itu, di peringkat sekolah lagi akan ada beberapa pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini data dalam ABP bagi melayakkan pelajar atau murid untuk mendapatkan bantuan KWAPM.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai KWAPM, sila baca artikel KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Kumpulan pengguna APB

Berikut merupakan kumpulan pengguna yang boleh mengakses sistem APB ini:

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Pengetua / Guru Besar sekolah
  • Guru KWAPM yang telah dilantik oleh sekolah

Maklumat murid yang diperlukan

Maklumat-maklumat berikut diperlukan oleh pihak sekolah daripada murid untuk dikemaskini dalam SPS Modul Pengurusan Murid:

  • No KP Murid
  • Nama Murid
  • Darjah/Tingkatan Murid
  • Status Warganegara Murid
  • Kaum murid
  • Nama ibubapa
  • No KP ibubapa
  • Pendapatan ibubapa
  • Tanggungan ibubapa

Cara dapatkan akses APB

Bagi memastikan individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini maklumat murid dalam APB, Pengetua atau Guru Besar dan Guru KWAPM perlu didaftarkan dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).

Kemudian sila akses ke alamat di bawah :

  1. http://sps.moe.gov.my/utama.php
  2. Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid SPS
    menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Setelah log masuk, klik link “Ke Pengurusan
    Bantuan

Cara login dan kemaskini APB

aplikasi pengurusan bantuan

Laman APDM boleh diakses melalui pautan https://apdm.moe.gov.my/

Kemudian, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk login APB dan mengemaskini maklumat terkini murid:

  1. Layari laman APDM
  2. Log masuk akaun dengan memasukkan makluma ID Pengguna dan Kata Laluan
  3. Tandakan pada kotak “Saya bukan robot”
  4. Klik butang Log Masuk
  5. Klik pada Biasiswa Sukan untuk mengemaskini maklumat biasiswa sukan murid

Dengan penggunaan sistem APB ini, diharapkan pihak yang terlibat seperti para guru dalam memanfaatkan sistem ini demi kebaikan murid-murid terutamanya dari golongan yang layak mendapat bantuan KWAPM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!