Siapa yang tidak mengenali perwatakan ceria pelakon wanita Malaysia, Amyza Aznan. Di sebalik wajah yang sentiasa menghiburkan dan menceriakan penonton di kaca televisyen, tersimpan pelbagai ujian dan kesedihan yang terpaksa dipikulnya sebagai seorang ibu dan wanita yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Amyza Aznan.
Siapakah Amyza Aznan
Amyza Aznan ialah seorang pelakon komedi wanita Malaysia yang dikenali kerana sifatnya yang petah bercakap dan personaliti ceria.
Beliau dilahirkan pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka dan merupakan anak sulung daripada lima beradik.

| Nama | Amyza binti Aznan |
| Nama Panggilan | Amyza Aznan |
| Tarikh Lahir | 18 Julai 1976 |
| Tempat Lahir | Alor Gajah, Melaka |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi |
| Akaun Media Sosial | Instagram @amyzaaznankaaia TikTok @amyzaaznan.1 |
Kehidupan Peribadi
Latar Belakang Keluarga
Amyza merupakan anak kepada:
- Aznan Ibrahim – Bekas anggota polis dan pernah bekerja di Malaysia Airlines System (MAS)
- Khadijah Mohd. Iderus – Pekerja Malaysia Airlines System (MAS)
Sejak kecil, Amyza sudah dikenali sebagai seorang yang peramah dan gemar berceloteh. Sikapnya yang mudah mesra menjadikan beliau disenangi rakan sekolah serta jiran sekeliling. Sifat inilah yang kemudian menjadi kekuatan utama dalam membina kerjaya sebagai pelakon komedi.
Pendidikan
Ketika berusia lapan tahun, Amyza berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor bersama keluarganya.
Beliau:
- Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan
- Menyambung pelajaran di sekolah berasrama di Melaka
Menariknya, beliau pernah satu sekolah dengan penyanyi terkenal Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.
Kisah Percintaan
Pada tahun 1998, Amyza menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah (Bard), vokalis kumpulan Indigo.
Namun hubungan tersebut berakhir pada tahun 2001. Perpisahan mereka menjadi perhatian media apabila dikaitkan dengan keadaan kemurungan yang dialami Bard sehingga dimasukkan ke hospital.
Perkahwinan & Kehidupan Keluarga
Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan Khairil Idzhar Md Nazir, seorang pegawai Petronas.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata:
- Andre Mikhail (lahir 2006)
- Andrian Adam (lahir 2008)
- Ayden Andika (lahir 2014)
Pasangan ini turut menyertai pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa dan berjaya meraih gelaran Naib Juara pada tahun 2009.
Mengapa Amyza Aznan Dikenali Sebagai Pelakon Komedi?
Amyza terkenal kerana:
- Personaliti ceria dan spontan
- Kepetahan bercakap
- Lakonan komedi yang natural
- Karakter yang mudah dekat dengan penonton
Gabungan personaliti semula jadi dan pengalaman dalam industri hiburan menjadikan Amyza antara pelakon komedi wanita yang terus relevan dalam industri seni tanah air.
Kerjaya & Profesional
Berikut adalah antara drama dan filem yang pernah dilakonkan oleh Amyza Aznan:
- Iman Alone, sebagai Kasma (1998)
- Dream Princess 2, sebagai Sofia (1998)
- Momok III (2003)
- Gosok II (2004)
- Jidin Sengal (2012)
- Tanah Kubur (2012)
- Adam dan Hawa, sebagai Cikgu Zawyah (2012)
- Mak Gedebe, sebagai Rokiah (2014)
- Harus Berpisah (2015)
- Gangsterock: Kasi Sengat..! (2015)
- Luna Elvira, sebagai Zaleha (2016)
- Bibik Bibikku (2016)
- Che Pa, sebagai Cik Puan (2017)
- Balik Raya Ke Kita?, sebagai Dewi (2017)
- Bini Muda, sebagai Makcik Zahrah (2017)
- Laksa di Ambang Wati, sebagai Mak Jemah (2018)
- Isteriku ‘Mem’ Besar (2018)
- Kariah Cak Pong (2019)
- Mak Cik Acapella, sebagai Munirah (2019)
- Rindu yang Terlarang, sebagai Puan Ilah (2019)
- Budak Tebing (2020)
- Kelaster, sebagai Mak Cik Karipap (2020)
- Mat Bond Malaya, sebagai Cik Milah (2021)
- Roxy, sebagai Norlela (2022)
- Kampung Si Rabun, sebagai Mek Non (2022)
- Autumn in Wales, sebagai Ibu Aira (2022)
- Seratus (2022)
- Rindu Kasih, sebagai Shida (2022)
- Penangal Mak Kiah (2023)
- Cikgu Terpaling A!, sebagai Mak Leha (2023)
- Malam Zulaikha (2023)
- Ana Ponti, sebagai Salmah (2023)
- Rindu Kasih (2024)
- Detik (2024)
- Wanita Syurga, sebagai Cik Mimui (2024)
- Bawah Payung Awan (2024)
- Reversi, sebagai Aisyah (2024)
- Honey Trap, sebagai Sakinah (2025)
Anugerah dan Pencalonan
Berikut adalah antara anugerah dan pencalonan Amyza Adnan sepanjang penglibatannya sebagai anak seni:
- (Finalis) Pelakon TV Sensasi – Anugerah Media Hiburan 2003
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
- Naib Juara Sehati Berdansa Musim Kedua (2008)
- (Finalis) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) – Anugerah Skrin 2011 menerusi drama komedi Midah Kuih Bangkit
- (Finalis) – Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Anugerah Skrin 2016 menerusi drama Ku Haramkan Susu Itu
- (Pemenang) – Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah
- (Pencalonan) – Artis Pembantu TV Popular – Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)
Kematian Anak Amyza Adnan
Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, meninggal dunia pada usia 23 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.
Berita duka itu dikongsi Amyza, 50, menerusi hantaran Instagram Story (IGs), sebentar tadi.
“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.


Sebelum ini, pada Februari tahun lalu, Amyza pernah berkongsi bahawa Andre disahkan menghidap penyakit tersebut dan keadaannya ketika itu dilaporkan kritikal.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Amyza tidak henti-henti memohon doa serta merayu kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat anaknya.
Selepas melalui tempoh perjuangan melawan penyakit itu, Andre akhirnya menghembuskan nafas terakhir di HKL, sekali gus meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga dan orang ramai yang mengikuti perkembangannya.
Ujian berat itu bertambah apabila selang setahun kemudian, anak keduanya, Adrian Adam yang berusia 18 tahun pula disahkan menghidap kanser tulang.
Perkhabaran tersebut turut dikongsi Amyza di media sosial dan mengejutkan ramai pihak yang bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarganya.
Semoga Amyza Aznan dan keluarga terus diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Kehilangan seorang anak bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, namun kasih sayang dan doa daripada keluarga, sahabat serta peminat diharap dapat menjadi sumber kekuatan buatnya.
Moga beliau dan keluarga sentiasa dilindungi, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan pada hari-hari mendatang.
Baca juga: Nadia Kesuma – Biodata Lengkap & Kronologi Kehilangan di Jeddah




