Allahumma Barik: Mendoakan Keberkatan, Peroleh Kebahagiaan 

Allahumma Barik
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mengucapkan Allahumma Barik, merupakan satu cara untuk kita mendoakan keberkatan buat diri atau orang lain. Dengan memohon kepada Allah S.W.T untuk memberkati sesuatu, kita juga telah mengakui bahawa segala kebaikan yang kita miliki datang dari-Nya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan doa ini dan kelebihan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi, buat anda yang ingin mengetahui lebih lagi, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini

Doa Allahumma Barik

Dalam kehidupan seharian umat Islam, terdapat banyak ungkapan yang mengandungi makna yang mendalam dan membawa kebaikan. Salah satu ungkapan tersebut adalah ungkapan Allahumma Barik yang membawa maksud, “Ya Allah, berkatilah”.

Ungkapan ini , sangat digalakkan untuk kita ungkapkan apabila kita ingin memohon keberkatan buat diri kita dan juga orang lain. Selalunya ia diungkapkan apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan atau berada dalam momen-momen bahagia. 

Dengan mengamalkan doa ini,, ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, dan dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan kesedaran kita terhadap nikmat dan kebaikan yang ada. 

Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kepentingan mendoakan keberkatan. Antara hadis yang membincangkan perkara ini adalah:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Jika seseorang dari kalian melihat pada saudaranya sesuatu yang mengkagumkannya, maka doakanlah keberkatan buatnya”

[riwayat Ibn Majah & lain-lain].

Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].

Teks, Bacaan Rumi dan Maksud 

Ungkapan Allahumma Barik ini boleh disebut berdasarkan jantina dan jumlah orang yang ingin kita doakan, seperti dalam jadual yang disediakan di bawah. Namun, begitu, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari cara membaca ungkapan ini, maksud bagi ungkapan itu masih sama, iaitu, “Ya Allah, Berkatilah”

Untuk mengetahui cara mengucapkan ungkapan ini berdasarkan jantina dan jumlah orang yang didoakan anda boleh lihat dalam jadual di bawah:

JantinaArabicRumi
Lelaki (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهAllahumma Barik Lahu
Perempuan (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهاAllahumma Barik Laha
Lelaki (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمAllahumma Barik Lahum
Perempuan (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُنَّAllahumma Barik Lahun
Sumber: Islam Updates

Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari cara baca, mengikut jantina dan jumlah orang yang didoakan, maksud bagi ungkapan itu masih sama. Maksudnya ialah, “Ya Allah, Berkatilah”

Bila Perlu Menggunakan Allahumma Barik

Ungkapan ini merupakan satu doa yang serba boleh dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Contoh situasi yang boleh kita gunakan ungkapan ini adalah:

  • Sewaktu Meraikan Acara Bahagia seperti:
    • Perkahwinan
    • Kelahiran Ahli Keluarga
    • Perayaan
  • Bagi Menunjukkan Rasa Syukur & Tanda Penghargaan
  • Sewaktu Memohon Keberkatan
  • Bagi Memohon Perlindungan Allah S.W.T
Allahumma Barik

Baca juga: Faraid : Sistem Pembahagian Harta dalam Islam

Kelebihan Mengamalkannya

Mengamalkan doa “Allahumma Barik” membawa pelbagai kelebihan, antaranya:

  • Memohon Keberkatan: Doa ini merupakan cara untuk memohon keberkatan dari Allah dalam segala urusan, sama ada dalam pekerjaan, keluarga, atau rezeki.
  • Menghindari penyakit Ay’n : Dengan mengucapkan “Allahumma Barik,” kita berusaha untuk melindungi diri dan orang lain dari ‘ay’n’ yang boleh membawa mudarat, terutama ketika melihat sesuatu yang baik.
  • Menimbulkan Rasa Syukur: Dengan mengamalkan doa ini, ia dapat meningkatkan rasa kesyukuran kita kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan, serta menyedarkan kita tentang pentingnya keberkatan dalam hidup.
  • Mendapatkan Perlindungan: Doa ini juga berfungsi sebagai permohonan perlindungan dari sebarang keburukan dan menjadikan setiap kebaikan yang dimiliki lebih berharga.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut