Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran Untuk Waktu Kecemasan

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Anwar baru-baru ini telah mengumumkan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP bagi membolehkan pencarum KWSP melakukan pengeluaran d waktu kecemasan.

Sewaktu era pandemik COVID-19 beberapa tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP antaranya i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya.

Sebagai rekod, pengeluaran khas KWSP di bawah skim i-Lestari adalah melibatkan pengeluaran sebanyak RM20.8 bilion; i-Citra sebanyak RM21.4 bilion; i-Sinar sebanyak RM58.7 bilion; serta pengeluaran khas sebanyak RM44.6 bilion.

Program-program pengeluaran wang KWSP ini diperkenalkan pada waktu itu memandangkan ramai rakyat yang terkesan dari segi pendapatan dan pengeluaran tersebut membolehkan mereka menggunakan duit KWSP untuk menanggung perbelanjaan harian mereka.

Malah, sehingga kini ada segelintir yang masih mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran khas wang KWSP – namun ditolak oleh kerajaan memandangkan sebahagian besar pencarum KWSP masih tidak memiliki wang persaraan yang cukup alam tabung KWSP mereka.

Diharapkan pengenalan Akaun Fleksibel KWSP ini menjadi solusi kepada masalah ini.

Pengenalan ”Akaun Fleksibel” KWSP

Akaun ahli KWSP ini akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

Buat masa ini, setiap pencarum KWSP mempunyai 2 jenis akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel ini adalah bagi membolehkan mereka mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dalam KWSP untuk waktu kecemasan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, akaun fleksibel ini membolehkan akaun III untuk diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Artikel berkaitan: BelanjawanKu KWSP: Panduan Perbelanjaan & Kos Sara Hidup

Tarikh Pelaksanaan

Akaun fleksibel ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, iaitu tahun 2024.

Ia bagi membolehkan akaun III untuk diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut sedang dimuktamadkan dan kaedah pengeluaran khas seperti yang dibenarkan Kerajaan sebelum ini tidak lagi dilaksanakan.

Mekanisme Pelaksanaan

Perlaksaan akaun fleksibel KWSP ini disambut baik banyak pihak namun mekanisme perlaksanaannya telah menimbulkan pendebatan ramai pihak.

Tindakan pengeluaran akaun khas yang fleksibel ini juga boleh menjadi penyelamat kepada Akaun 1 dan 2 pencarum daripada diusik sebelum mencapai tempoh matang sebagai persediaan menghadapi hari persaraan nanti.

Memandangkan Akaun Fleksibel KWSP ini lebih mudah diakses tanpa mengira status seseorang individu, mekanisme yang diperkenalkan kelak akan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan penyelamat atau pembaziran kerana terdapat individu yang akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan seperti mana pengeluaran bersasar sebelum ini, terdapat segelintir masyarakat yang berdegil menggunakan wang dari dana tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

> Tingkatkan ilmu mengenai KWSP dan dapatkan buku Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah (Hingga 15.9.2023) [Akta KWSP]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!