Permohonan Agihan Awal IPT 2026 LZNK (Dalam & Luar Negara)

agihan awal ipt
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam dan Luar Negara (sekaligus sepanjang tempoh pengajian – one off) bagi Kemasukan pengajian semester pertama untuk Tahun 2026 yang boleh dipohon menerusi https://www.zakatkedah.com.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai agihan ini.

Mengenai Agihan Awal Zakat IPT

Skim Agihan Awal IPT ini merupakan bantuan sekaligus (one-off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Agihan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak mengikut syarak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2026.

Jumlah Agihan

Jumlah agihan yang akan diberi adalah seperti berikut:

i- IPT Dalam Negara

  • Asasi/Sijil/Matrikulasi : RM600
  • Diploma : RM800
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

ii- IPT Luar Negara

Semua Peringkat Pengajian

  • Zon A : RM1,500
  • Zon B : RM2,500

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk permohonan agihan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
  4. Program pengajian bagi peringkat separuh masa dan pasca-siswazah adalah tidak layak.
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  7. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara.
  8. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  9. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan (sila rujuk manual pengguna).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut;

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik Menu “Aplikasi Atas Talian.”
  3. Klik ke “Agihan Awal IPT.”
  4. Pilih “Dalam” atau “Luar Negara.”
  5. Buat permohonan sehingga selesai.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Skim Awal IPT?

Skim ini ialah bantuan sekaligus (one-off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di IPT di dalam dan luar negara.

Berapakah jumlah agihan yang akan diberikan?

a)- IPT Dalam Negara
Asasi/Sijil/Matrikulasi : RM600
Diploma : RM800
Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
b)- IPT Luar Negara (Semua Peringkat Pengajian)
Zon A : RM1,500
Zon B : RM2,500

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Permohonan dibuka sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2026.

Adakah pemohon mestilah bermastautin/ menetap di negeri Kedah?

Ya. Pemohon mestilah bermastautin/ menetap di negeri Kedah sahaja.

Bagaimakah cara untuk memohon agihan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi https://www.zakatkedah.com.my/

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Divisyen Pendidikan Zakat Kedah talian 1800 88 1740 (EXT: 520).

Baca juga: Permohonan Biasiswa Diploma 2026 Politeknik Awam

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut