Zul Yahya – Biodata, Karier, Keluarga & Isu Terkini

zul yahya
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Zul Yahya merupakan antara pelakon dan pengacara popular Malaysia yang pernah aktif dalam industri hiburan tanah air.

Selain dikenali menerusi pelbagai drama dan program televisyen, beliau juga sering menjadi perhatian ramai kerana perubahan kehidupan, keluarga serta perkongsian berkaitan agama dan isu semasa.

Berikut dikongsikan biodata, perjalanan karier, kehidupan keluarga serta isu terkini melibatkan Zul Yahya.

Siapakah Zul Yahya

zul yahya
NamaZulkifli bin Yahya
Nama PanggilanZul Yahya
Tarikh Lahir7 Mac 1973
Tempat LahirSungai Petani, Kedah
PekerjaanPelakon, usahawan
Akaun Media SosialFacebook @zul.yahya.96
Youtube @zulyahyachannel
Tikok @zulyahya_new

Kehidupan Peribadi

Zul Yahya telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007. Hasil perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata iaitu 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

zul yahya

Keadaan Terkini Zul Yahya

Pelakon dan usahawan, Zul Yahya akhirnya tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai kehidupannya selepas kisah kesempitan hidup yang dialami keluarganya menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi memaklumkan bahawa keadaan mereka kini berada dalam keadaan baik dan masih meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sedang berdepan ujian kewangan yang mencabar.

@kak1b4ngku

Mohon share Dan bantu abg zulyahya yg ditimpa kesusahan Dan sama2 kita bantu walaupun sedikit untuk permudahkan urusan abg zulyahya. #viral #fyp #trending #foryou #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – DNP – DNP
Kredit: Tiktok @kak1b4ngku

Masih Teruskan Perniagaan Seperti Biasa

Menurut Siti Raihan, Zul Yahya masih meneruskan perniagaan makanan mereka seperti biasa dan bersyukur kerana ramai pihak tampil menghulurkan bantuan selepas kisah mereka tular di media sosial.

Bantuan daripada kenalan rapat serta pengikut media sosial sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut.

Namun begitu, mereka memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai situasi yang dialami kerana tidak mahu mengundang pelbagai komen netizen.

Difahamkan, Zul Yahya juga kurang selesa membaca komen-komen di media sosial sejak isu tersebut mula menjadi perhatian umum.

Perniagaan Kurang Stabil Jadi Punca Kesempitan Hidup

Sebelum ini, Zul Yahya menerusi siaran langsung di TikTok mendedahkan bahawa perniagaan yang diusahakan mengalami masalah dan kurang stabil sehingga memberi kesan besar kepada kewangan keluarganya.

Keadaan itu juga dikatakan menyebabkan mereka terpaksa keluar dari kediaman dan tinggal di premis perniagaan kerana tidak mampu menanggung bayaran utiliti serta kos kehidupan yang semakin meningkat.

Fokus Bangkit Semula

Untuk rekod, Zul Yahya sebelum ini berhijrah ke Ipoh, Perak dan mengusahakan restoran steamboat sebelum menukar konsep perniagaan kepada masakan kampung menerusi jenama dikenali sebagai Zul Yahya Recipe.

Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Zul Yahya dilihat masih terus berusaha mencari rezeki dan meneruskan kehidupan bersama keluarga dengan sokongan orang sekeliling.

Kerjaya & Profesional

Zul Yahya mula menceburi dunia seni sebagai pelakon remaja era 1990-an dan terus dikenali ramai menerusi siri-siri komedi pada era 2000-an.

Filem:

TahunTajukWatak
2000Leftenan AdnanAhmad
2001Gerak Khas The MovieRoy
2001No ProblemSamad
2003MX3Malek
2008Brainscan: Aku Dan Topi AjaibHashim
2016Usin UFO

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
1995Jalinan Kasih
1999Kisah Benar (Musim 17)OsmanTV3
2002Salam Terakhir
2002Kemana Janji Manismu SayangAzriqTV3
2005-2009Dunia AnitaTV3
2005Cinta MadinahTV1
2007Kaber Hero Kaber ZeroKaberTV3
2008-2009PepayaYahya/PepayaTV3
2009Isteriku Bukan Queen ControlHambaliTV3
2009-2010Kapten KitZulkifliTV3
2010Mat JajaMat JajaTV9
2010Takut Bini Sayang SuamiKassimTV9
2011SupermakBasharTV3
2011Edisi KhasPelbagai watakTV3
2013Derhaka Seorang MaduAzamTV3
2018Wira KasihTV2

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2003Tuan RumahVCD
2003Bapak Borek Anak RintekJohanVCD
2003Fitnah FitriHassanVCD
2003Misteri Jeram LesungVCD
2003Manisnya Hempedu Pahitnya MaduSamadVCD
2005Sure KecohVCD
2006Ali & AbibAli / AbibTV2
2008Chef Masin Pahit 4 RasaTV1
2010Kepok Dan Nisan Sdn BhdKamalTV3
2011Yang TerpujiBurnTV3
2011Hero KampungEddyTV3
20111/2 DosenAstro Warna
2012Padamu Ku BersujudRosliAstro Oasis
2012Bahrin Tangkai JeringBahrinTV3
2013KalutNizamTV3
2014Mat GedebeDolahTV3
2016Misi ArjunaProfessor DonTV3

Televisyen:

TahunTajukSaluran TV
2010Redah Kasi PecahAstro Warna
2016Dalang Prank (Musim 2)Astro Warna
2016Al-HidayahTV3
2018Jalan-Jalan Cari MakanTV3

Pencapaian Sebagai Pelakon

Sepanjang bergelar anak seni, Zul Yahya pernah menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2007.

Selain itu, beliau juga berjaya meraih populariti menerusi pencalonan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 hasil lakonan dan personalitinya yang diminati ramai.

Baca juga: Norish Karman – Biodata, Karier, Keluarga & Isu Terkini

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut