Norish Karman ialah antara figura seni yang cukup dikenali dalam industri hiburan Malaysia, dengan pengalaman luas yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon yang disegani.
Keupayaannya menghidupkan pelbagai watak dengan penuh emosi dan natural menjadikan beliau sentiasa relevan dalam kalangan penonton. Selain itu, Norish juga menyerlah dengan gaya yang elegan serta kehadiran yang memikat, menjadikannya satu personaliti yang terus mendapat perhatian di media sosial.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Norish Karman.
Siapakah Norish Karman

| Nama | Nor’Ashikin binti Karman |
| Nama Panggilan | Norish Karman |
| Tarikh Lahir | 11 Mei 1974 |
| Tempat Lahir | Singapura |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Akaun Media Sosial | Instagram @thenorishkarman Facebook @norish.karman.1 Youtube @norishkarman |
Kehidupan Peribadi
Norish Karman merupakan anak kedua daripada tiga beradik perempuan. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis.
Namun, perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 15 Julai 2008. Bekas suaminya itu merupakan seorang tokoh politik yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan tersebut, Norish dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran dan Nur Hanyz Amanda.
Selepas perceraian, beliau telah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak pada 10 Oktober 2008, dan pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memberikan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak kepada beliau.
Pada 24 September 2011, Norish sekali lagi menarik perhatian apabila melahirkan anak keempat, Haq Lutfie Alexander, di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui kaedah pembedahan.
Kehadiran anak tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan umum kerana beliau tidak pernah mengumumkan sebarang perkahwinan baharu selepas perceraian.
Selain itu, pada tahun 2020, Norish turut mengambil anak angkat selepas diminta oleh seseorang untuk menjaga anak-anak terbiar.

Keadaan Kesihatan Norish Karman Terkini
Norish Karman pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang merosot akibat masalah anemia, iaitu kekurangan sel darah merah, sehingga meningkatkan risiko diserang angin ahmar.
Bagi merawat keadaan tersebut, beliau berkemungkinan memerlukan rawatan pemindahan darah, selain memerlukan pemantauan rapi terhadap tahap kesihatannya.
Dalam masa yang sama, Norish juga secara terbuka memaklumkan keperluan mendapatkan sumbangan dan dana bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.
Perkembangan terbaharu menunjukkan keadaan beliau kini semakin baik selepas menerima dua pain darah dan satu dos zat besi. Walaupun begitu, Norish masih berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan kerusi roda buat sementara waktu serta memerlukan pemantauan berterusan.
Beliau juga telah dibenarkan keluar dari hospital, namun mengakui keadaan semasa masih dalam fasa pemulihan. Dalam perkongsian tersebut, Norish turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa serta sokongan orang ramai terhadap dirinya dan keluarga.



Sumbangan Datuk Seri Aliff Syukri
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menghulurkan bantuan wang tunai dan bayaran gaji puluhan ribu ringgit kepada Norish Karman serta anak-anaknya menerusi siaran langsung di TikTok, sebagai sokongan terhadap usaha mereka mencari rezeki.
Aliff menegaskan bantuan itu adalah ganjaran hasil kerja, bukan simpati semata-mata, di samping membuka peluang pekerjaan kepada Norish sekeluarga.
Norish pula menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan serta sokongan yang diterima, lebih-lebih lagi selepas beliau terpaksa keluar dari hospital atas kekangan tertentu.
Kerjaya & Profesional
Norish mula menceburi dunia seni pada usia 17 tahun melalui peragaan dan pengacaraan di Singapura, termasuk program Potret Keluarga di SBC. Beliau kemudian meneruskan kerjaya di Malaysia menerusi program Nona di TV3 pada awal 1990-an.
Bakat lakonannya disedari secara tidak sengaja apabila pengarah Mahadi J. Murat menawarkan watak dalam filem Sayang Salmah (1995), sekali gus membuka laluan dalam dunia lakonan.
Filem:
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 1995 | Sayang Salmah | Salmah |
| 1998 | Iman Alone | Yati |
| 1998 | Raja Melewar | Sani Naam |
| 1998 | Dendam Pelamin | Marissa/ Haris |
| 2008 | KAMI The Movie | Ibu Ali |
| 2012 | Kahwin 5 | Monalisa |
| 2015 | Gamatisme | Warden Asrama Perempuan |
| 2022 | Juang | Ketua Jururawat |
Drama:
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1999 | Anakku Sazali | ||
| 2001 | Astana Idaman (Musim 1) | Tengku Intan | Astro Ria |
| 2005 | Simbiosis | Liana | TV3 |
| 2006-2007 | Diari Ramadhan Rafique | Siti Zubaidah | TV3 |
| 2007 | Spa Q | Qistina | TV3 |
| 2008 | Spa Q 2 | Qistina | TV3 |
| 2008 | Lara Rindu Mahsuri | Teh Halimah | TV3 |
| 2009 | Puteri Aurora Beradu | Sofea | TV3 |
| 2009 | Kasut Tumit Tinggi | Ida | Astro Prima |
| 2009 | Blogger Boy | Datin J | 8TV |
| 2010 | Asmaradana | Raja Marlia | TV3 |
| 2010-2011 | Ayoub | Norma | TV3 |
| 2011 | Cinta Antara Kita | Puan Anita | TV3 |
| 2011 | Tahajjud Cinta | Puan Nora Asyikin | TV3 |
| 2012 | Ampunkan Dosaku | Sarimah | TV3 |
| 2012 | Julia | Puan Anis | TV3 |
| 2013 | Love You Mr. Arrogant | Puan Sri Maryam | TV3 |
| 2013 | Inspektorku Sayang | Inspektor Sayang | TV2 |
| 2015 | Kalau Hati Ini Rama-Rama | TV2 | |
| 2015 | Ajaibnya Cinta | Datin Suzana | TV3 |
| 2016 | Mak Cun 2 | Chombil | TV3 |
| 2017 | Mak Cun 3 | Chombil | TV3 |
| 2019 | Diari Ramadhan Rafique Reunion | Siti Zubaidah | TV3 |
| 2020 | Seadanya Aku | Kartina | TV3 |
| 2020 | Pengantin Satu Malam | Datin Roziah / Frida | TV3 |
| 2021 | Perisik Cinta Tak Diundang | Mak Tah | TV3 |
| 2021 | Mr. Bibik | Puan Ameena | TV3 |
| 2021 | Bila Hati Berbisik | Tengku Anis | TV Okey |
| 2023 | Perempuan Itu | Ustazah Khafila | Tonton |
| 2024 | Dulu Dollah Daebak | Roha | TV3 |
| 2025 | Kembali Mencintai | Cikgu Faridah | TV1 |
| 2025 | Takdir Cinta Terlarang | Hatiqah | TV3 |
Telefilem:
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1996 | Syurga Di Pintu Neraka | Salina | TV3 |
| 2003 | Neon | Pelanggan Restoran II | VCD |
| 2010 | Perigi Kontang | Mak Munah | TV3 |
| 2010 | Karma Salina | Puan Nora Asyikin | TV3 |
| 2010 | Sebelum Terlupa | Rosmah | TV3 |
| 2011 | Telapak Syurga | Mariam | TV3 |
| 2011 | Mahligai Itu Milikku | Syima | TV9 |
| 2011 | Menangguh Tangisan | Harleena | TV2 |
| 2011 | Gelora Di Hati Ibu | Saodah | TV2 |
| 2012 | Mahar Untukmu | Tengku Marina | TV3 |
| 2012 | Begitulah Sayang | Julia | TV3 |
| 2012 | Tarikh Kematian | Wahidah | TV2 |
| 2014 | Love You Mr Arrogant Raya | Datin Maryam | TV3 |
| 2015 | Aku Mahu Ke New York 1 | Datin Zamzarina | Astro Ceria |
| 2015 | Aku Mahu Ke New York 2 | Datin Zamzarina | Astro Ceria |
Peserta:
- MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 (2013)
Televisyen:
- Assalamulaikum, TV AlHijrah (2023)
- Sepahtu Reunion Al-Moreh, Astro Warna (2024)

Semoga Norish Karman terus kuat, diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Moga setiap ujian yang dilalui menjadi asbab kebaikan dan digantikan dengan kesihatan yang lebih baik serta rezeki yang melimpah.
Baca juga: Azar Azmi : Biodata, Karier & Isu Terkini




