Zoo Johor: Harga Tiket Masuk & Cara Beli Online

zoo johor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zoo Johor adalah salah satu tempat menarik di Johor yang sesuai untuk aktiviti lawatan bersama seisi keluarga. Pembelian tiket boleh dilakukan secara walk-in di kaunter & kiosk atau secara atas talian (online) di laman web rasmi Zoo Johor, zootiket.johor.gov.my

Untuk makluman anda, zoo ini telah dibuka semula sejak 31 Ogos 2024 setelah ditutup untuk kerja-kerja menaiktaraf dan akibat pandemik covid yang lalu.

Rujuk info terkini mengenai Zoo Johor termasuklah harga tiket masuk, cara pembelian tiket, waktu operasi dan sebagainya.

Sejarah Zoo Johor

Zoo Johor adalah merupakan kurniaan Istana Johor kepada rakyatnya. Nama asalnya ialah Kebun Binatang Istana. 

Zoo ini telah ditubuhkan pada tahun 1928, menjadikannya zoo tertua di Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru, zoo ini mempunyai keluasan lebih 32 hektar dan menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan. 

Lokasi yang strategik ini memudahkan pengunjung untuk mengakses zoo ini, sama ada dari dalam atau luar negeri. 

Zoo Johor
Zoo Johor

Dengan lebih daripada 90 tahun sejarah, zoo ini terus menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa. 

Pada mulanya, zoo ini dibina sebagai kawasan perlindungan untuk haiwan eksotik dan tempatan yang dilindungi oleh pihak kerajaan. Kemudian, ia berkembang menjadi destinasi pendidikan dan pelancongan yang penting di Malaysia.

Tarikh Pembukaan Semula

Zoo Johor
Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Johor

Baru-baru ini, YAB Dato Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan secara rasmi tarikh pembukaan semula Zoo Johor setelah penutupannya akibat pandemik covid & kerja-kerja menaiktaraf. 

Selepas tiga tahun ditutup, akhirnya ia akan dibuka semula dengan wajah baru bermula pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), bersamaan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pembukaan ini dijadualkan dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor pada 28 Ogos 2024. 

Pembukaan semula Zoo Johor adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk Kurniaan haiwan peliharaan Istana Johor seperti Harimau Belang, Tapir dan Berulang Matahari kepada Zoo Johor.

Pembaharuan Dilakukan

Zoo Johor
Sumber: ZOOJOHOR
  1. Zoo Johor merancang memperkenalkan Program Pengambilan Haiwan untuk sektor swasta membantu kos makanan, penyelenggaraan dan jagaan haiwan.
  2. Kerajaan Negeri Johor akan bekerjasama dengan Zoo Negara dan Zoo Melaka untuk program pertukaran haiwan sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan.
  3. Perubahan termasuk pengunjung boleh melihat haiwan dari luar walaupun selepas waktu tutup, sistem e-tiket, penambahbaikan laluan masuk, dan kawasan rehat serta taman permainan kanak-kanak.
  4. Harga tiket akan kekal mampu milik dan lebih murah berbanding zoo lain di negara ini.

Lokasi

Alamat: Zoo Johor, Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Zoo Johor terletak di lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandar Johor Bahru, menjadikannya mudah diakses oleh penduduk tempatan mahupun pelancong luar. 

Dengan jarak yang dekat dengan pusat bandar dan pelbagai tarikan lain, zoo ini sering menjadi pilihan utama keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama. 

Kemudahan pengangkutan seperti bas awam dan teksi juga memudahkan lagi kunjungan ke zoo ini, menjadikan ia sebagai pilihan destinasi hujung minggu yang popular.

Harga Tiket Masuk Zoo Johor 2025

Harga tiket masuk terbaru yang diumumkan adalah:

Harga Tiket Masuk Zoo Johor
Harga Tiket Masuk Zoo Johor

    Pembelian tiket boleh dilakukan secara walk-in di kaunter & kiosk atau secara atas talian (online) di laman web rasmi Zoo Johor, zootiket.johor.gov.my

    NOTA: Jangan lupa bawa bersama IC/MyKid/ dokumen Pengenalan diri bagi setiap pengunjung yang akan masuk ke Zoo Johor.

    Tarikan Utama & Aktiviti Menarik Di Zoo Johor

    1. Koleksi Haiwan yang Pelbagai

    Zoo Johor terkenal dengan koleksi haiwan yang pelbagai, termasuk mamalia, burung, reptilia dan ikan. Antara haiwan yang boleh ditemui di sini adalah harimau, singa, gajah dan pelbagai spesies burung yang berwarna-warni. 

    Zoo ini juga berusaha untuk memelihara haiwan yang terancam dan menjalankan program pembiakan untuk memastikan kelangsungan spesies-spesies tersebut.

    Zoo Johor - Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024
    Sumber: ZOOJOHOR

    Pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan ini dari dekat dan belajar tentang habitat serta perilaku mereka melalui pameran yang informatif.

    Salah satu tarikan utama Zoo Johor adalah kepelbagaian spesies haiwan yang dipamerkan di sini. Zoo ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan yang terdiri daripada mamalia, burung, reptilia, dan ikan.

    2. Aktiviti dan Program Pendidikan

    Zoo Johor bukan sahaja tempat untuk melihat haiwan, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti pendidikan. 

    Program seperti sesi memberi makan haiwan dan ceramah mengenai pemeliharaan haiwan diadakan secara berkala. 

    Zoo Johor - Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024
    Sumber: ZOOJOHOR

    Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami lebih mendalam tentang kepentingan pemeliharaan haiwan dan habitat mereka.

    Selain itu, zoo ini juga menyediakan kemudahan untuk lawatan sekolah, di mana pelajar dapat belajar tentang biologi dan ekologi dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.e

    3. Persembahan Haiwan

    Selain itu, terdapat juga persembahan haiwan yang menarik yang dijadualkan sepanjang hari, menjadikan pengalaman kunjungan lebih interaktif dan menghiburkan.

    Ikuti Facebook Zoo Johor untuk mengetahui aktiviti atau kempen yang dijalankan sepanjang tahun.

    Kemudahan dan Perkhidmatan

    Zoo Johor dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung. 

    Terdapat kawasan rehat dan kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan berkaitan haiwan. Kemudahan seperti tandas dan tempat parkir juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

    Zoo Johor direka dengan kemudahan yang mesra keluarga, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan bersama anak-anak. 

    Zoo Johor
    Sumber: ZOOJOHOR

    Terdapat taman permainan kanak-kanak yang luas, tempat berehat, dan kemudahan tandas yang bersih serta mudah diakses. 

    Selain itu, kawasan hijau yang sejuk dan suasana yang tenang menjadikan ia tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati alam semula jadi.

    Waktu Operasi

    Berikut adalah waktu operasi terbaru Zoo Johor:

    Setiap hari (Kecuali SELASA Ditutup)

    • Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang
    • Pembelian tiket dan kemasukan akhir pada jam 5:00 petang.

    JUMAAT

    • Waktu Masuk : 8.30 pagi – 6 petang
    • Waktu Rehat Solat Jumaat : 12.30 tengah hari – 2 petang

    (Rehat Solat Jumaat 12:30 tengah hari hingga 2:00 petang)

    Zoo Johor akan ditutup pada setiap hari Selesa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan kandang haiwan, persekitaran perkarangan zoo dan penyelenggaraan mingguan.

      SELESA (TUTUP)

      *Cuti Persekolahan & Cuti Umum sahaja dibuka setiap hati termasuk hari Selasa

      ZOO JOHOR
      Waktu Operasi

      Pengunjung digalakkan untuk mengunjungi zoo ini pada hari bekerja kerana pada hujung minggu dan cuti umum, zoo ini akan lebih sesak dengan pengunjung.

      Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menyediakan empat buah ‘shuttle bus’ yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tempat letak kereta di Penjara Ayer Molek ke Zoo Johor.

      zoo johor
      Kemudahan disediakan
      zoo johor
      Kemudahan disediakan

      Info Penting Untuk Bakal Pengunjung Zoo Johor

      1. Pembelian tiket boleh dilakukan secara “walk-in” dan juga “online”.

      2. Jangan lupa bawa Mykad, Mykid, Lesen Memandu atau Passport untuk petugas membuat pengesahan. Sekiranya anak anda belum mempunyai Mykid, pastikan anda membawa surat lahir anak. 

      3. Untuk parkir kenderaan, pengunjung  boleh parking di Penjara Ayer Molek dan naik bas shuttle yang disediakan oleh PAJ untuk ke Zoo Johor. Ada 4 buah bus shuttle disediakan setiap hari dengan kekerapan setiap 15 minit.

      4. Zoo Johor Souvenir Centre turut beroperasi sama waktu dengan zoo.

      7. Untuk makluman semua, tiada lagi gerai atau kedai yang menjual makanan buat masa ini. Hanya ada “vending machine” atau mesin gedegang sahaja di dalam dan luar Zoo Johor.

      8. Tandas awam dan surau untuk para pengunjung ada disediakan. Pondok rehat dan kawasan untuk berteduh juga banyak.

      Zoo Johor
      Jom datang ke Zoo Johor!

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut mengenai Zoo Johor Malaysia, sila ikuti saluran berikut:

      Baca juga:

      Soalan Lazim Zoo Johor

      Apakah waktu operasi Zoo Johor?

      Zoo Johor buka pada hari Ahad, Isnin, Rabu, Khamis, dan Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, dengan kemasukan terakhir pada jam 5 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi bermula 8.30 pagi hingga 6 petang, dengan rehat solat Jumaat dari 12.30 tengah hari hingga 2 petang. Zoo ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum

      Berapa harga tiket masuk?

      Harga tiket masuk adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Untuk bukan warganegara Malaysia, tiket masuk adalah RM30.

      Bolehkah membawa makanan sendiri ke Zoo Johor?

      Makanan luar biasanya tidak dibenarkan. Namun, terdapat vending machine dalam dan luar zoo untuk kemudahan pengunjung.

      Adakah Zoo Johor mesra kerusi roda dan stroller baby?

      Ya, zoo ini direka untuk mesra keluarga dengan laluan berturap dan kemudahan untuk pengunjung menggunakan kerusi roda dan stroller baby.

      Apakah haiwan yang boleh ditemui di Zoo Johor?

      Terdapat lebih daripada 100 spesies haiwan termasuk mamalia, burung, reptilia, dan ikan. Antara tarikan utama adalah harimau, singa, gajah, dan pelbagai spesies burung berwarna-warni.

      Adakah terdapat program pendidikan dan aktiviti interaktif?

      Ya, terdapat sesi memberi makan haiwan, ceramah pemuliharaan, lawatan sekolah yang interaktif, serta persembahan haiwan secara berkala.

      Di mana lokasi dan kemudahan parkir?

      Zoo Johor terletak di tengah bandar Johor Bahru. Tempat letak kereta disediakan di Penjara Ayer Molek dengan perkhidmatan bas shuttle setiap 15 minit ke zoo.

      Bolehkah tiket dibeli secara online?

      Ya, anda boleh beli tiket masuk ke Zoo Johor secara online di zootiket.johor.gov.my

      Apakah kemudahan yang ada untuk pengunjung?

      Terdapat tandas awam, surau, kawasan rehat, dan taman permainan kanak-kanak. Zoo juga menyediakan kedai cenderamata dan kawasan hijau untuk beristirehat

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut