Waktu Subuh & Imsak Ipoh 2026 JAKIM

Waktu Subuh dan imsak Ipoh 2026 / 1447H menjadi rujukan penting bagi umat Islam untuk menentukan had akhir bersahur sepanjang bulan Ramadan. Waktu Subuh di Ipoh berubah setiap beberapa hari mengikut posisi matahari. Waktu Subuh penting untuk memulakan solat Subuh dan menandakan permulaan puasa bagi orang yang berpuasa.

Selain itu, waktu Imsak biasanya ditetapkan 10 minit sebelum Subuh sebagai peringatan untuk berhenti makan sahur sebelum masuknya azan. Jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri lain di Malaysia boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM.

waktu imsak ipoh

Di bawah ini disertakan jadual waktu Subuh dan imsak di Ipoh bagi tahun 2026 sebagai rujukan rasmi yang tepat sepanjang Ramadan.

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Subuh & Imsak Ipoh 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU SUBUH, IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447 H / 2026 BAGI SELURUH IPOH, PERAK

HariHijriahMiladiahWaktu ImsakWaktu SubuhWaktu Berbuka
Khamis119 Feb6:12 pagi6.22 pagi7:31 malam
Jumaat220 Feb6:116.217:31
Sabtu321 Feb6:116.217:31
Ahad422 Feb6:116.217:31
Isnin523 Feb6:116.217:31
Selasa624 Feb6:116.217:31
Rabu 725 Feb6:116.217:31
Khamis826 Feb6:106.207:31
Jumaat927 Feb6:106.207:31
Sabtu1028 Feb6:106.207:31
Ahad111 Mac6:106.207:31
Isnin122 Mac6:096.197:31
Selasa133 Mac6:096.197:31
Rabu144 Mac6:096.197:31
Khamis155 Mac6:096.197:31
Jumaat166 Mac6:086.187:30
Sabtu177 Mac6:086.187:30
Ahad188 Mac6:086.187:30
Isnin199 Mac6:076.177:30
Selasa2010 Mac6:076.177:30
Rabu2111 Mac6:076.177:30
Khamis2212 Mac6:066.167:30
Jumaat2313 Mac6:066.167:30
Sabtu2414 Mac6:066.167:29
Ahad2515 Mac6:056.157:29
Isnin2616 Mac6:056.157:29
Selasa2717 Mac6:046.147:29
Rabu2818 Mac6:046.147:29
Khamis2919 Mac6:046.147:29
Jumaat3020 Mac6:036.137:28
Waktu subuh Ipoh imsak 2026
Sumber: Portal e-Solat JAKIM

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Hikmah Bersahur

AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR

“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:

السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء

Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.

(Riwayat Ahmad)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu subuh Ipoh

Sumber: JAKIM

Hukum Makan Ketika Imsak

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Waktu subuh Ipoh

Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

Dah faham, kan?

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka

Soalan Lazim Waktu Subuh & Imsak Ipoh 2026

1. Bilakah tarikh mula puasa 2026?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui kaedah cerapan anak bulan.

2. Pukul berapa waktu imsak di Ipoh tahun 2026?

Waktu imsak di Ipoh tahun 2026 dijangka sekitar 6.03 pagi hingga 6.12 pagi, bergantung kepada tarikh dalam bulan Ramadan.

Waktu ini berubah sedikit setiap hari kerana peredaran matahari. Untuk waktu imsak Ipoh 2026 yang tepat mengikut tarikh, rujuk jadual rasmi daripada JAKIM atau Jabatan Mufti Negeri Perak.

3. Apakah maksud waktu imsak?

Waktu imsak ialah peringatan awal sekitar 10 minit sebelum masuk waktu Subuh. Ia bertujuan mengingatkan umat Islam supaya bersedia menghentikan makan dan minum sebelum azan Subuh berkumandang.

Namun, dari segi hukum, seseorang masih boleh makan dan minum sehingga masuk waktu Subuh sebenar.

4. Di mana boleh semak jadual waktu imsak Ipoh 2026 yang rasmi?

Anda boleh menyemak jadual imsak Ipoh 2026 melalui:

– Portal rasmi e-Solat JAKIM
– Laman web Jabatan Mufti Negeri Perak
– Aplikasi waktu solat yang menggunakan data rasmi Malaysia

Pastikan anda memilih zon Ipoh, Batu Gajah, Kampar dan kawasan sewaktu dengannya untuk mendapatkan waktu yang tepat.

5. Jika masih makan selepas imsak tetapi sebelum Subuh, adakah puasa sah?

Ya, puasa tetap sah.

Selagi belum masuk waktu Subuh, makan dan minum masih dibenarkan. Namun, sebaiknya berhenti beberapa minit sebelum azan Subuh sebagai langkah berhati-hati.

6. Apakah yang perlu dilakukan jika terlajak makan selepas masuk waktu Subuh?

Jika seseorang makan atau minum selepas masuk waktu Subuh dengan sengaja, maka puasanya batal dan wajib qada.

Jika tidak sengaja kerana tersalah waktu atau jam tidak tepat, segera berhenti dan teruskan puasa. Dalam situasi ini, sebaiknya rujuk pandangan pihak berautoriti agama untuk kepastian.

7. Berapa jarak masa antara imsak dan Subuh di Ipoh?

Secara umum, jarak masa antara imsak dan Subuh ialah sekitar 10 minit.
Sebagai contoh, jika Subuh masuk pada jam 6.00 pagi, waktu imsak Ipoh 2026 ditetapkan sekitar jam 5.50 pagi.