Waktu Berbuka KL & Putrajaya 2026 1447H – JAKIM

Waktu berbuka KL & Putrajaya 2026 / 1447H menjadi rujukan penting buat umat Islam di negeri ini sepanjang bulan Ramadan. Bagi yang ingin menyemak jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri-negeri lain di Malaysia, ia boleh dilihat melalui pautan rasmi JAKIM.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), tertakluk kepada pengisytiharan rasmi anak bulan Ramadan.

Penetapan tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri akan dibuat mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman rasmi tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti yang diamalkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa KL & Putrajaya bagi tahun 2026, yang disusun berdasarkan takwim waktu solat JAKIM serta Majlis Agama Negeri sebagai rujukan sah dan tepat.

BACA JUGA: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Berbuka KL & Putrajaya 2026

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KL) DAN PUTRAJAYA TAHUN 1447H / 2026

HARIHIJRIAHMILADIAH WAKTU IMSAKWAKTU BERBUKA
Khamis*1*19 Feb6:08 pagi7:29 malam
Jumaat2206:087:29
Sabtu3216:087:29
Ahad4226:087:29
Isnin5236:087:29
Selasa6246:087:29
Rabu7256:077:29
Khamis8266:077:29
Jumaat9276:077:29
Sabtu10286:077:29
Ahad111 Mac6:077:29
Isnin1226:067:29
Selasa1336:067:29
Rabu1446:067:28
Khamis1556:067:28
Jumaat1666:057:28
Sabtu1776:057:28
Ahad1886:057:28
Isnin1996:047:28
Selasa20106:047:28
Rabu21116:047:27
Khamis22126:037:27
Jumaat23136:037:27
Sabtu24146:037:27
Ahad25156:027:27
Isnin26166:027:27
Selasa27176:027:26
Rabu28186:017:26
Khamis**29**196:017:26
Jumaat30206:007:26

Sumber: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1447H / 2026M -JAKIM

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

 waktu berbuka KL putrajaya
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

waktu berbuka KL putrajaya
Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka KL putrajaya

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka