Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40

Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40

Hebahan Peluang Melanjutkan Pengajian ke Program Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia bagi Sesi Akademik 2022/2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (Bottom 40% Household)

Pelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda USIM melalui mod ini dengan membuat permohonan lengkap sebelum atau pada 10 September 2022 tanpa sebarang yuran proses.

Permohonan ini adalah permohonan terus ke Universiti Sains Islam Malaysia melalui portal USIM.

Jom kami kongsikan info lanjut bagi bakal pemohon yang berminat.

Apakah Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40?

Program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM4,850 ini dikenali sebagai golongan bawah 40 peratus (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan Universiti Awam (UA).

Permohonan kemasukan melalui saluran ini dibuat secara langsung ke BPA melalui borang khas yang disediakan. Calon yang memohon melalui B40 ini bukan sahaja perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah yang dinyatakan, malah perlu memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh Universiti untuk dipertimbangkan.

Program ini juga merupakan medium pemudah cara bagi pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana mereka hanya perlu memohon secara terus menerusi borang yang disediakan.

Bagi tahun 2022, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2022 / 2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (B40) untuk pelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf secara dalam talian.

Sila rujuk syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:

usim b40

Syarat Kelayakan

Kod Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40

KOD NAMA PROGRAM
UQ6221002SARJANA MUDA DA’WAH DAN PENGURUSAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
UQ6221006SARJANA MUDA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA DENGAN KEPUJIAN
UQ6321001SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN
UQ6321002SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU DENGAN KEPUJIAN
UQ6345003SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN)
UQ6345004SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN) (MOD 3U1I)
UQ6221001SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN
UQ6221004SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DENGAN MULTIMEDIA DENGAN KEPUJIAN
UQ6221005SARJANA MUDA PENGAJIAN SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN
UQ6221003SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA DENGAN KEPUJIAN
UQ6221008SARJANA MUDA SYARIAH (INDUSTRI HALAL) DENGAN KEPUJIAN
UQ6380001SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH DENGAN KEPUJIAN
UQ6224001SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)
UQ6224002SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
UQ6224003SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN PERDAGANGAN (KEPUJIAN)
UQ6342001SARJANA MUDA PEMASARAN (PERKHIDMATAN KEWANGAN) DENGAN KEPUJIAN
UQ6343001SARJANA MUDA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
UQ6344001 SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
UQ6345001SARJANA MUDA PENTADBIRAN MUAMALAT DENGAN KEPUJIAN
UQ6345002SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DENGAN KEPUJIAN
UQ6461001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK KEWANGAN)
UQ6462001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO)
UQ6481001SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN (KESELAMATAN DAN JAMINAN MAKLUMAT)
UQ6545001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)
UQ6545002SARJANA MUDA TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN DENGAN KEPUJIAN
UQ6545003SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI)
UQ6545004SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK GUNAAN)
UQ6522001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN
UQ6523001SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN

Cara Permohonan

Ikuti beberapa langkah mudah ini :

  1. Teliti maklumat hebahan ini di laman web https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40
  2. Pastikan anda memperoleh syarat-syarat minima kemasukan ke setiap program yang dipohon
  3. Hanya beberapa program pengajian sahaja yang ditawarkan melalui mod ini
  4. Lengkapkan permohonan melalui portal https://eug.usim.edu.my, muat naik segala dokumen yang diperlukan, buat semakan semula maklumat yang diberikan dan hantar permohonan secara dalam talian.
  5. Hebahan semakan permohonan akan dimaklumkan melalui media sosial rasmi @usimadmissions.

Tarikh Tutup Permohonan

10 September 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk laman web USIM di pautan berikut: https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40/

https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40/

Sebarang pertanyaan berhubung hebahan ini boleh terus diajukan kepada emel [email protected]

Baca juga: DPLI USIM 2022: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!