Ujian Saringan Covid-19 Akan Dijalankan Di Sekolah Rendah Mulai Isnin Ini

Putrajaya: Murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan bermula Isnin ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS) selain bertujuan untuk mengelakkan penularan kluster pendidikan di sekolah.

“Antara perkara di bawah strategi ini adalah keperluan untuk sekolah rendah, di mana muridnya adalah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu menjalani ujian saringan.

“Ujian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya pada 10 peratus sampel (murid) daripada populasi murid sekolah secara bergilir-gilir, dan pada sampel yang berbeza setiap minggu,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Khairy berkata ujian saringan berkenaan perlu dilaksanakan kepada murid tanpa mengira sama ada mereka bergejala atau tidak.

Dokumen NTS juga boleh didapati di https://covid-19.moh.gov.my/reopeningsafely/nts sebagai rujukan.

Menurut dokumen berkenaan, saringan perlu dilakukan dengan kit ujian kendiri RTK-Ag dengan pemantauan daripada pihak sekolah.

Ujian saringan covid sekolah
Ujian saringan covid sekolah

Baca juga:

“Pelaksanaan National Testing Strategy (NTS) akan bermula Isnin ini, dan (dokumennya) telah dimuat naik dalam web. Dahulu kita tangguh (pelaksanaannya), tapi ia mula Isnin ini, dan NTS dengan jelas menggariskan bila, dan siapa yang perlu jalan ujian, dan ujian apa perlu dijalankan.

“Salah satu perkara daripada NTS yang ingin saya umum hari ini adalah keperluan untuk sekolah-sekolah rendah, iaitu murid-murid di bawah usia kelayakan untuk terima vaksin, perlu melaksanakan ujian mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel daripada pelajar sekolah yang ada di sekolah tersebut, dan mereka buat ujian secara bergilir-gilir pada sampel yang berbeza-beza setiap minggu,” katanya lagi.

(Sumber: Astro Awani, Harian Metro)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!