30 Contoh Ucapan Selamat Berpuasa / Background Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang tiba, mari kongsikan ucapan selamat berpuasa kepada rakan taulan, saudara mara, ahli kkeluarga dan sahabat handai.

Ucapan Selamat Berpuasa ini bukan sekadar pembuka bicara dan pengerat hubungan silaturrahim, tapi boleh menjadi doa buat kita sesama Muslim sambil berpesan-pesan dengan fadilat dan kelebihan ibadah puasa yang kita lalui setiap tahun di bulan Ramadan.

Selain itu, ucapan sebegini mampu menyemarakkan semangat untuk kita berpuasa dan mengejar segala gannjaran yang dijanjikan sepanjang bulan yang mulia ini.

Artikel berkaitan: Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kreatif & Menarik

Background Ramadan / Islamik

Background / wallpaper Tema Ramadan & Raya boleh digunakan untuk backdrop program, buku program, brosur, surat jemputan.

Background Ramadan / Islamik 1

Background Ramadan / Islamik 2

Background Ramadan / Islamik 3

Background Ramadan / Islamik 4

Background Ramadan / Islamik 5

Sumber: Facebook Hazeem Azemi

background ramadan selamat berpuasa
background ramadan selamat berpuasa
background ramadan selamat berpuasa

Contoh Ucapan Selamat Berpuasa Untuk Keluarga, Rakan & Kenalan

Koleksi ucapan selamat berpuasa untuk dikongsikan bersama-sama ahli keluarga dan sahabat:

1. Bulan berkat telah tiba, jiwa dan hati akan kembali bersih di bulan suci ini. Mohon maaf zahir dan batin.

2. Hapuskan dendam. Bersihkan hati. Luruskan niat. Selamat menunaikan ibadah puasa.

3. Manusia tak pernah luput dari salah dan dosa. Mohon maaf atas segala sikap dan tutur kata. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 2024.

4. Tiada kebahagiaan tanpa syukur. Tiada rasa syukur tanpa sabar, dan tiada sabar tanpa maaf. Marhaban ya Ramadhan, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah oleh-Nya.

5. Ramadhan Mubarak! Semoga pintu keberkatan tetap terbuka untuk kita semua di tahun ini.

6. Ramadhan Kareem!

7. Sucikan hati, sucikan jiwa, dan bersihkan fikiran. Marhaban ya Ramadhan.

8. Selamat Ramadhan. Mari sambut bulan mulia ini dengan penuh gembira dan suka cita.

9. Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh barakah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

10. Datanglah bulan Ramadhan yang penuh berkah. Mari kita sama-sama menjadi hamba Allah yang taat.

Promosi: Dapatkan serunding resepi asli dari Kelantan – lebih 14 ribu terjual!

Ucapan Bertemakan Islamik

Koleksi ucapan selamat berpuasa bertemakan Islamik:

1. Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

2. Alam yang indah adalah anugerah-Mu, masih Engkau berikan bulan nan suci. Semoga dilimpahkan berkah-Mu, di bulan puasa ini. Marhaban Ya Ramadhan.

3. Setitik tinta jadi noda. Setitik salah jadi dosa. Bulan penuh berkah segera tiba. Mari tekun ibadah di bulan puasa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa!

4. Selamat Ramadan 2024. Semoga Ramadan kali ini membawa kegembiraan yang luar biasa bagi kita semua.

5. Selamat berpuasa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan dalam menjalankan ibadah ini hingga datang Hari Kemenangan.

6. Selembut embun di pagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salah setulus hati, mari kita bersama berbenah diri, di bulan Ramadan yang suci. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

7. Marhaban ya Ramadan. Semoga kita yang menjalankan puasa di bulan ini meraih banyak berkah, rahmat, dan ampunan dari Allah SWT.

8. Setitik tinta jadi noda. Setitik salah jadi dosa. Bulan penuh berkah segera tiba. Mari tekun ibadah di bulan puasa. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

9. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi dengan senyuman. Semoga tetaplah demikian. Selamat menyambut ibadah puasa. Marhaban ya Ramadan.

10. Marhaban ya Ramadhan. Semoga Ramadan tahun ini membawa sukacita, kesihatan, dan kemakmuran bagi kita semua.

Hadis Sahih Tentang Ramadan

HADIS 1 : Ramadan Bulan Ibadah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

HADIS 2 : Bersedekah Di Bulan Ramadan

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”

(HR. Bukhari, hadis sahih)

HADIS 3: Lailatul Qadar

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Aisyah Radliallahu ‘anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan”. (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.

HADIS 4: Kelebihan Untuk Orang Berpuasa

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut”. (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih

Ucapan Bertemakan Lucu / Gurauan

Koleksi ucapan selamat berpuasa lucu:

1. Kalau bangun sahur pun susah, macam mana nak bangunkan rumah tangga. Selamat berpuasa!

2. Selamat berpuasa. Semoga segala amalan kita akan diterima. Jangan ponteng puasa tau!

3. Selamat berpuasa! Semoga tak ada yang tidur seharian menunggu waktu buka puasa.

4. Ramadan tahun ini, semoga kekuatanmu untuk berpuasa lebih besar daripada hasratmu untuk order food delivery.

5. Selamat berpuasa! Semoga kamu tidak menghabiskan waktu berpuasa hanya untuk memikirkan makanan.

6. Selamat berpuasa, semoga kamu lebih rajin solat dan membaca Al-Quran daripada main TikTok..

7. Salam Ramadan! Semoga hatimu tidak kosong seperti perutmu.

8. Selamat berpuasa! Semoga kamu tenang-tenang saja di antara semua kegilaan yang terjadi di dunia.

9. Ramadan tahun ini, mari kita ‘berpuasa’ dari drama dan gossip yang tidak penting di media sosial. Biarkan hati dan pikiran kita fokus pada hal-hal yang lebih positif dan bermanfaat.

10. Selamat berpuasa, semoga kamu tidak perlu kehilangan banyak kalori dan cinta dalam hidupmu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!