Cara Tukar MyKad 18 Tahun ~ Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun.
Penukaran MyKad boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di pautan berikut: https://gantianmykad.jpn.gov.my/ untuk kes-kes tertentu seperti cip atau fizikal kad rosak, kad hilang atau naiktaraf cip.
Walaubagaimanapun, unutk penukaran MyKad umur 18 tahun, anda perlu hadir ke kaunter JPN berdekatan dan tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
Jadi, sekiranya anda belum pernah tukar kad pengenalan anda sejak berumur 12 tahun lagi, pastikan anda berbuat demikian dengan segera.
Rujuk cara tukar IC (kad pengenalan) baru 18 tahun secara online di bawah.
Apa itu MyKad?
MyKad adalah kad pengenalan pintar rasmi untuk warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas. Ia dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 2001.
MyKad diperkenalkan di bawah inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kad serbaguna yang mengandungi cip pintar untuk data biometrik seperti cap jari dan imej wajah.
Selain sebagai dokumen identiti rasmi untuk mengesahkan status kewarganegaraan, MyKad mempunyai pelbagai fungsi digital lain jika diaktifkan. Contohnya:
- Pengesahan Identiti: Digunakan untuk urusan rasmi kerajaan, perbankan, dan pengundian.
- Bantuan Kewangan: Kerajaan menggunakannya untuk menyalurkan bantuan terus seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Aplikasi Touch ‘n Go: Boleh digunakan untuk pembayaran tol, tambang pengangkutan awam, dan parkir.
MyKad Generasi Baharu
Untuk pengetahuan anda, mulai Jun 2026, kerajaan Malaysia akan memperkenalkan MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih canggih dan moden.
Pengenalan kad versi ke-6 ini bertujuan untuk menangani ancaman pemalsuan dokumen identiti yang semakin kompleks.
Ciri-Ciri MyKad Baharu (Jun 2026)
- Kod QR Terbina: Dilengkapi dengan kod QR untuk pengesahan digital yang lebih pantas oleh pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
- Bahan Polikarbonat: Menggunakan bahan berkualiti tinggi yang lebih tahan lama.
- Sekuriti Berlapis: Mempunyai elemen pengesahan digital berlapis bagi menghalang sindiket pemalsuan atau pengklonan kad.
- Integrasi MyNIISe: Pengenalan MyKad ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk pelaksanaan penuh Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) pada September 2026.

Kenapa Perlu Tukar MyKad?
Pertukaran MyKad bukan sekadar prosedur rutin, tetapi satu keperluan undang-undang dan teknikal untuk memastikan identiti anda sentiasa sah.
Berikut adalah sebab utama mengapa anda perlu menukar MyKad, terutamanya apabila mencapai usia 18 tahun:
1. Keperluan Undang-Undang
Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap warganegara wajib menukar kad pengenalan apabila mencapai umur 18 tahun (dan sebelum 26 tahun). Kegagalan berbuat demikian selepas umur 26 tahun boleh menyebabkan anda dikenakan denda oleh JPN.

2. Kemas Kini Gambar & Biometrik
Rupa paras anda pada usia 12 tahun (semasa MyKad pertama dibuat) pasti jauh berbeza dengan rupa paras dewasa.
- Gambar Terkini: Memudahkan pengecaman wajah oleh pihak berkuasa, bank, atau imigresen.
- Cap Jari: Saiz dan tekstur cap jari berubah mengikut tumbesaran. Kemas kini biometrik memastikan sistem pengimbas dapat mengesahkan identiti anda dengan tepat tanpa ralat.
3. Jangka Hayat Cip
MyKad mengandungi cip komputer yang menyimpan data peribadi dan biometrik. Seperti peranti elektronik lain, cip ini mempunyai jangka hayat dan boleh menjadi rosak atau “unreadable” selepas beberapa tahun.
4. Ciri Keselamatan Terkini
JPN sentiasa menaik taraf ciri keselamatan pada kad fizikal dan cip untuk menghalang pemalsuan identiti dan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kad versi lama mungkin tidak mempunyai ciri keselamatan sekuat versi terbaharu.
5. Integrasi Perkhidmatan Kerajaan
MyKad kini digunakan untuk pengesahan bantuan kerajaan (seperti STR/SARA) dan pendaftaran sistem seperti PADU.
Kad yang dikemas kini memastikan tiada gangguan semasa anda memohon bantuan atau menggunakan perkhidmatan digital kerajaan.
Bila Perlu Tukar MyKad?
Berdasarkan peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat beberapa situasi dan garis masa yang mewajibkan anda menukar MyKad:
1. Gantian Wajib (Umur 18 Tahun)
Anda wajib menukar MyKad apabila mencapai umur 18 tahun.
- Tempoh: Bermula dari hari lahir ke-18 sehingga sebelum mencapai umur 26 tahun.
- Denda: Jika anda menukar dalam tempoh ini (18-25 tahun), tiada denda dikenakan. Denda hanya bermula jika anda berumur 26 tahun ke atas dan masih belum menukar kad tersebut.
2. MyKad Rosak atau Cip Tidak Terbaca
- Cip tidak dapat dibaca oleh mesin pengimbas (bank, JPJ, atau jabatan kerajaan).
- Kad retak, patah, atau lapisan plastik terkopek.
3. Kehilangan MyKad
Jika MyKad hilang, anda perlu membuat gantian segera kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang kritikal.
Anda akan dikenakan denda kehilangan yang kadarnya meningkat mengikut kekerapan kehilangan (kali pertama, kedua, atau ketiga).
4. Perubahan Maklumat Peribadi
Anda perlu memohon MyKad baharu jika terdapat perubahan pada:
- Alamat: Jika anda telah berpindah rumah (perlu bawa dokumen sokongan seperti bil elektrik/air).
- Agama: Bagi kes pertukaran agama (perlu dokumen mahkamah/pihak berkuasa agama).
- Nama: Jika terdapat pembetulan atau pertukaran nama secara rasmi.

Syarat Kelayakan Tukar IC 18 Tahun
Untuk urusan gantian kad pengenalan (IC) bagi usia 18 tahun, syarat-syaratnya sangat ringkas. Berikut adalah kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
1. Had Umur
- Anda mestilah telah mencapai umur genap 18 tahun.
- Anda boleh melakukan urusan ini bermula dari hari lahir ke-18 sehingga sebelum mencapai usia 26 tahun.
2. Status Kewarganegaraan
- Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
- Pemegang Pemastautin Tetap (MyPR) yang mencapai umur 18 tahun juga perlu melakukan gantian yang sama.
3. Kehadiran Fizikal
- Wajib hadir sendiri ke kaunter JPN. Urusan ini tidak boleh diwakilkan kepada ibu bapa atau orang lain kerana pengesahan biometrik (cap jari) dan pengambilan gambar wajah baharu perlu dilakukan di lokasi.
4. Dokumen yang Perlu Dibawa
- MyKad Asal: Anda hanya perlu membawa kad pengenalan lama anda.
- Dokumen Tambahan (Jika Perlu): Sekiranya anda ingin menukar alamat, bawa dokumen sokongan seperti bil elektrik, bil air, atau cukai pintu rumah yang terkini sebagai bukti.
5. Bayaran & Denda
- Kadar Bayaran: RM10.00 (Kadar gantian wajib mengikut Peraturan 18).
- Tiada Denda: Selagi anda memohon dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, tiada denda dikenakan. Denda hanya akan dikenakan sekiranya anda sudah berumur 26 tahun ke atas.
Cara Tukar MyKad 18 Tahun
Untuk menukar MyKad apabila mencapai usia 18 tahun, anda perlu hadir secara fizikal ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mengikut Peraturan 18, setiap warganegara atau pemastautin tetap wajib melakukan gantian ini selewat-lewatnya sebelum mencapai usia 25 tahun.
Langkah-langkah & Prosedur
- Hadir ke Kaunter: Pemohon wajib hadir sendiri untuk pengambilan gambar dan imbasan cap jari baharu.
- Bawa dokumen yang diperlukan:
- Dokumen Pemohon (Asal)
- Kad Pengenalan (MyKad atau MyPR)
- Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Kenapa Tak Boleh Tukar IC 18 Tahun Secara Online?
Bagi Gantian 18 Tahun, JPN mewajibkan pengambilan gambar wajah dewasa dan imbasan cap jari terkini.
Sistem dalam talian tidak mempunyai alat untuk mengambil biometrik dan gambar mengikut piawaian JPN secara jarak jauh.
Caj dan Denda Tukar IC 18 Tahun
Dari segi kos, anda hanya perlu membayar kadar asas sebanyak RM10 tanpa sebarang denda sekiranya permohonan dibuat dalam tempoh umur 18 hingga 25 tahun.
Namun denda lewat sebanyak RM10 (menjadikan jumlah RM20) akan dikenakan jika anda menukar kad selepas mencapai usia 26 tahun.
Cara Tukar IC Online
Perkhidmatan penggantian MyKad dalam talian melalui portal Sistem Gantian MyKad JPN terhad kepada kategori tertentu sahaja.
Anda tidak boleh melakukan gantian 18 tahun (Peraturan 18) secara online kerana urusan tersebut mewajibkan pengambilan gambar wajah dewasa dan imbasan cap jari baharu di kaunter.
Sistem dalam talian hanya dibenarkan bagi kes yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat penting seperti:
Prosedur Ganti IC Online
Sekiranya anda menukar MyKad atas sebab rosak atau hilang, ikuti langkah berikut:
- Layari portal gantianmykad.jpn.gov.my dan log masuk menggunakan MyDigital ID.
- Scan QR menggunakan aplikasi MyDigital ID > buat pengesahan maklumat.
- Pilih jenis gantian dan lengkapkan maklumat yang diminta.
- Pilih pusat kutipan MyKad (JPN atau UTC) yang paling mudah untuk anda hadir nanti.
- Lakukan pembayaran secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet).
- Hadir ke kaunter yang dipilih dengan membawa resit bayaran dan MyKad asal (jika ada) untuk pengesahan biometrik sebelum mengambil kad baharu.
Tempoh Kutipan:
- Selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
- Selepas 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia.
- Selepas 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.
NOTA:
Sistem online ini hanya beroperasi mengikut waktu tertentu sahaja. Ini bermaksud anda hanya boleh membuat permohonan penggantian IC secara online mengikut waktu yang ditetapkan seperti di bawah sahaja.
- Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 4.30 petang
- Sabtu & Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup




Selesai.
Lokasi JPN di Malaysia
Untuk mengetahui lokasi JPN terdekat anda, sila layari pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/my

BACA JUGA: MyKad Baru 2026 – Bakal Dilancarkan Jun 2026
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut dan info terkini, sila rujuk;
- Portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
- Portal MyGovernment
- Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya (Telefon: 03-8880 7077 / Emel : [email protected])
- Tiktok Jabatan Pendaftaran Negara
- Thread @jpnhqofficial
- Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Soalan Lazim Cara Tukar MyKad 18 Tahun
Anda perlu menukar MyKad apabila sudah mencapai umur 18 tahun atau sebelum umur 25 tahun.
Penggantian MyKad pada umur 18 tahun adalah mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Permohonan penukaran MyKad 18 tahun perlu dibuat secara hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Untuk penggantian MyKad umur 18 tahun, pemohon perlu hadir ke kaunter JPN. Sistem dalam talian hanya dibenarkan bagi kes yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat penting seperti Gantian Kerosakan Fizikal Kad, Gantian Kerosakan Cip, Gantian Biasa dan Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian).
Tidak perlu. Anda hanya perlu membawa MyKad asal atau dokumen sokongan untuk penukaran alamat jika perlu.
Sekitar 5 hari bekerja (Semenanjung) atau sehingga 30 hari bekerja (Sabah/Sarawak).
Boleh. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN atau UTC di seluruh Malaysia, tidak semestinya di negeri tempat anda lahir atau alamat dalam kad.




