TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)

TSOI: TIPS, PROSEDUR & PENGALAMAN TEMUDUGA SECARA ONLINE IN-SITU SPA 2021

Seperti yang kita maklum, dalam tempoh pandemik ini beberapa prosedur terpaksa dilakukan dengan norma baharu, termasuklah juga dengan proses pengambilan kerja dan temuduga.

Ramai antara kita yang berharap dapat menjawat jawatan awam dan telahpun membuat permohonan di Portal SPA9.

Bagi yang telah menerima panggilan temuduga, di sini kami ingin kongsikan tips temuduga online in-situ SPA (TSOI) oleh Khairun Naimah yang dikongsikan di media sosial.

Ia tentunya dapat memberi sedikit pencerahan dan membantu persediaan anda.

Rujuk perkongsian beliau sepenuhnya di bawah:

Tips, Prosedur & Pengalaman Menghadiri Temuduga Online In-Situ SPA (TSOI)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya baru selesai menghadiri Temuduga Online (TSOI) SPA bagi Jawatan Penolong Pustakawan S29 pada 23/07/2021.

Jadi saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri TSOI supaya lebih ramai akan mendapat gambaran yang lebih jelas.

EMAIL PANGGILAN TEMUDUGA (1/3)

Saya menerima email panggilan temuduga pada 05/07/2021, dalam email dinyatakan beberapa perkara PENTING :

  • Tarikh temuduga (23/07/2021)
  • Peringatan untuk melengkapkan MyResume di https://myresume.spa.gov.my/
  • LAMPIRAN A (Persetujuan Aku Janji Integriti), calon perlu mengisi borang ini & dimuatnaik dalam ruangan Maklumat Akademik di MyResume
  • Diwajibkan menghadiri sesi simulasi (sehari sebelum temuduga)
Tips temuduga spa online tsoi in-situ

EMAIL SIMULASI TSOI (2/3)

Calon akan menerima email selewatnya 1 hari sebelum tarikh simulasi, saya telah menerima email 1 minggu sebelum iaitu pada 16/07/2021.

Dalam email dinyatakan :

  • Masa simulasi (10am)
  • Pautan (link) untuk menghadiri sesi tersebut

HARI SIMULASI

  • Bersedia pada masa yang ditetapkan
  • Masuk ke link 10minit sebelum masa yang ditetapkan
  • Calon perlu memasukkan Nama & Email kemudian tekan ‘Join As Guest”
  • Akan terdapat ‘preview’ & kemudian boleh tekan butang ‘Join Meeting’
  • Calon akan melihat paparan “You can join the meeting after the host admits you”
  • Cuma perlu tunggu sehingga host admit, tempoh menunggu bagi setiap calon adalah berbeza bergantung kepada situasi
    ** Saya menggunakan laptop semasa sesi temuduga ini **

AKTIVITI SEMASA SIMULASI

  • Petugas SPA cuma nak check keadaan internet calon
  • Dia cakap semua ok, gambar nampak clear, suara jelas & video tak tersekat-sekat, cuma minta perbetulkan kedudukan lebih dekat dengan laptop
  • Kemudian dia bagi peringatan untuk lengkapkan MyResume, masuk ke link 10minit sebelum masa temuduga & tak dibenarkan membuat rakaman
  • PERINGATAN PENTING untuk semak email selepas simulasi pada hari yang sama, info mengenai masa temuduga & link akan diberi
  • Kemudian boleh tanya jika ada sebarang persoalan lain
  • Sesi simulasi selesai dalam masa 2-3 minit sahaja

EMAIL TSOI BAGI JAWATAN…. (3/3)

Dalam email ini terdapat :

  • Masa temuduga 8:20am
  • Link untuk temuduga
    ** Pastikan anda menerima 3 EMAIL penting ini **

HARI TEMUDUGA

  • Bersedia awal
  • Masuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan & tunggu sehingga host admit
  • Sebelum bermula boleh berkomunikasi dengan panel untuk memastikan kelancaran
  • Masa saya pada 8:20am, host admit pada 8:30am, sesi temuduga berlangsung lebih kurang selama 30 minit
  • Selesai temuduga calon boleh klik ‘leave meeting’ atau boleh tunggu sahaja sehingga di ‘removed from meeting’
Tips temuduga spa online tsoi

Baca juga: Senarai Menteri Kabinet Terkini PM Ismail Sabri (27 Ogos 2021)

TIPS TAMBAHAN & PANDUAN TEKNIKAL TSOI

Saya cuma nak share headphone yang digunakan semasa simulasi, semasa temuduga ada sedikit kesilapan teknikal di pihak saya yang buatkan saya tak pakai headphone (guna speaker yang sedia ada di laptop sahaja).

Berdasarkan semasa simulasi memang jelas suara kita bercakap & boleh dengar jelas suara orang yang bercakap.

Yang penting semasa temuduga selain kita nak bagi panel dengar suara kita dengan jelas, semestinya kita nak dengar apa yang panel katakan juga dengan jelas.

Cuma nak diingatkan, headphone / earphone / microphone ni hanyalah peralatan tambahan.

Kalau laptop / handphone anda boleh diguna dengan baik, tak perlu pun peralatan tambahan. Guna sahaja apa yang dah sedia ada.

Untuk panduan teknikal & sebagainya sila rujuk 2 panduan yang telah disediakan oleh SPA di bawah:
1- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-MENGHADIRI-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf
2- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-TEKNIKAL-CALON-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada calon TSOI yang akan datang.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.

Sumber asal: Facebook Khairun Naimah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!