Senarai Menteri Kabinet Terkini 27 Ogos 2021 (PM Ismail Sabri)

Senarai Menteri Kabinet Baru Malaysia di bawah PM DS Ismail Sabri telah diumumkan dalam siaran langsung jam 11 pagi hari ini, 27 Ogos 2021.

Barisan Kabinet yang dibentuk merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Menurut beliau, Barisan Kabinet baharu dipilih daripada mereka yang berpengalaman, diyakini mampu bantu pulih ekonomi dan tingkat keyakinan pelabur.

PM Ismail Sabri akan pastikan barisan Kabinetnya komited jayakan agenda negara melalui kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi.

Berikut dikongsikan senarai Menteri Kabinet Malaysia baru:

Senarai Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

  • Menteri Kanan – Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein
  • Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohammed Azmin Ali
  • Menteri Kewangan – Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Menteri Kanan – Menteri Pendidikan Dr Md Radzi Jidin
  • Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – Dr Maximus Johnity Ongkili
  • Menteri Alam Sekitar – Tuan Ibrahim Tuan Man
  • Menteri Pengangkutan – Wee Ka Siong
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Mustapa Mohamed
  • Menteri Kesihatan – Khairy Jamaluddin
  • Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Rina Mohd Harun
  • Menteri Wilayah Persekutuan – Shahidan Kassim
  • Menteri Pengajian Tinggi – Dr Noraini Ahmad
  • Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Takiyuddin Hassan
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan – Dr Ronald Kiandee
  • Menteri Luar – Saifuddin Abdullah
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Reezal Merican
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia – Annuar Musa
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Alexander Nanta Linggi
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Dr Adham Baba
  • Menteri Belia dan Sukan – Ahmad Faizal Azumu
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Zuraidah Kamaruddin
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Noh Omar
  • Menteri Dalam Negeri – Hamzah Zainuddin
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – Nancy Shukri
  • Menteri Sumber Manusia – M. Saravanan
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Idris Ahmad
  • Menteri Perpaduan Negara – Halimah Mohamed Sadique
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – Wan Junaidi Tuanku Jaafar
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) – Dr Abdul Latiff Ahmad
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar – Mahdzir Khalid

Agong perkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia pada 30 Ogos, 2.30 petang di Istana Negara.

PM berharap pelantikan Kabinet ini akan beri keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu lawan COVID-19.

Beliau akan memastikan Kabinet tekankan budaya kerja berprestasi tinggi, setiap kementerian perlu buat perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Sila rujuk senarai penuh Menteri & Timbalan Menteri baru Malaysia beserta portfolio dalam lampiran di bawah:

KABINET BARU MALAYSIA DI BAWAH PM ISMAIL SABRI (27 OGOS 2021)

Kabinet baru ismail sabri
Kabinet baru ismail sabri
Kabinet baru ismail sabri

Sumber: BERNAMA

Maklumat lanjut: http://www.kabinet.gov.my/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!