The Masked Singer Malaysia Musim 4 (2023)

‘The Masked Singer Malaysia’ Musim 4 kini kembali!

9 orang barisan Juri Tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Datuk AC Mizal masih kekal tugas sebagai hos.

Dan mereka yang akan berteka-teki meneka 14 Maskot disebalik topeng yang menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta.

Jadi siapakah pilihan hati korang! Barisan maskot comel dan unik merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan pasangan duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rancangan ini dan format pemarkahannya.

Apakah The Masked Singer Malaysia (TMSMY)?

Menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ telah diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ianya berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya.

Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan.

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ke-3 ini bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

Masih mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.

Identiti sebenar barisan peserta telah dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan panel malah dari ratusan krew produksi dan staff. Hanya beberapa orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia identiti sebenar para peserta.

Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu- tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri, dan juga penonton.

Peserta yang identitinya tidak didedahkan sehingga akhir episod merupakan juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.

Hos Musim 4

Datuk AC Mizal sekali lagi dipertanggungjawabkan menjadi hos untuk program hebat ini.

Barisan Juri Tetap

Memperkenalkan antara barisan juri tetap The Masked Singer musim ini. Mungkinkah mereka ini berjaya membongkar rahsia siapa di sebalik topeng?

masked singer malaysia 4
masked singer malaysia 4
masked singer malaysia 4
masked singer malaysia 4

Live Streaming & Siaran Langsung The Masked Singer Malaysia Musim 4

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Rancangan ini boleh ditonton di Astro Warna HD dan perkembangannya turut dikongsikan di Youtube Astro Gempak.

The Masked Singer Malaysia musim ke-4 bermula 17 Disember 2023.

MINGGU 1

The Masked Singer Malaysia musim ke-4 membuka tirainya dengan 14 persembahan oleh maskot-maskot baharu termasuk Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan juga maskot duo, Cili Padi.

Minggu pertama menyaksikan maskot Kak Cat yang menyanyikan lagu Pelukan Angkasa oleh S.O.G & Shila Amzah tersingkir serta merungkai identiti sebenar disebalik topeng, iaitu penyanyi berbakat Soo Wincci.

Hanya Angah, penyampai radio SINAR & pelakon Nabila Huda, selaku juri tetap rancangan ini berjaya meneka identiti maskot ini dengan tepat.

masked singer malaysia 4 2023

Pautan info lanjut :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!