Biodata Tengku Zafrul, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri

Pemilihan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim dianggap satu keputusan yang mengejutkan ramai pemerhati politik.

Malah, ada juga yang kurang senang dengan perlantikan beliau di portfolio ini sebagai seorang Senator memandangkan Tengku Zafrul telah kalah dalam Pilihan Raya Umur ke 15 (PRU15) yang lalu di kerusi Parlimen Kuala Selangor kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menang kerusi tersebut tidak ditawarkan apa-apa jawatan dalam Kabinet sementara Tengku Zafrul yang tewas pula dilantik sebagai seorang Menteri Kabinet.

Mari lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang baru dilantik ini.

Tengku Zafrul

Latar Belakang Tengku Zafrul

Nama penuh: Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tarikh lahir: 25 Jun 1973

Pendidikan:

  1. Sekolah Rendah Sri Petaling
  2. Sekolah Rendah Bukit Bintang.
  3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  4. Sherborne School Dorset, United Kingdom
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari Universiti Bristol, United Kingdom
  6. Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom
  7. Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tsinghua PBCSF (People’s Bank of China School of Finance)

Beliau juga turut memegang Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers

Kerjaya:

  1. AmInvestment Bank (Eksekutif Kewangan Korporat) (Jun 1996 – April 1997)
  2. Credit Agricole (Penganalisi Pelaburan dan Pengarah) (Mei 1997 – Ogos 1998) & (Julai 1999 – Mac 2001)
  3. Tenaga Nasional Bhd (Penasihat Presiden) (Mac 2001 – September 2002)
  4. CIMB Investment Bank Berhad (Pengarah, “Client Coverage”) (September 2002 – April 2003)
  5. Avenue Capital Resources Bhd/Avenue Securities (Sekarang ECM Libra) (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi) (2003 – 2006)
  6. Citigroup Malaysia (Ketua Perbankan Pelaburan) (April 2006 – Mac 2007)
  7. Tune Money (Ketua Pegawai Eksekutif) (Mac 2007 – Disember 2008)
  8. Kenanga Holdings Berhad dan Investment (Pengarah Kumpulan) (Januari 2009 – Jun 2010)
  9. Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings (Ketua Pegawai Eksekutif) (Jun 2010 – Disember 2013)
  10. CIMB Investment Bank berhad (Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bersama Penyelesaian Pelenggan Korporat) (2014 -2016)
  11. CIMB Bank Berhad (Ketua Pegawai Eksekutif) (2014 – 2015)
  12. CIMB Group Holdings Berhad (Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif) (Februari 2015 – 9 Mac 2020)
Sumber gambar: Facebook Rasmi Tengku Zafrul

Karier Politik

Karier politik Tengku Zafrul bermula setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yasin.

Menjelang PRU15, beliau secara rasmi mengumumkan penyertaan dalam arena politik sebagai ahli UMNO berdaftar.

31 Julai lalu, beliau dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan peserta konvensyen daripada tiga parti komponen BN iaitu UMNO, MCA serta MCA.

Turut kelihatan pada konvensyen itu, Tengku Zafrul yang mengenakan pakaian korporat BN berwarna biru dan beliau turut menerima surat pelantikan daripada Ahmad Zahid.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!