e-Janji Temu Bank Rakyat: Permohonan Temujanji Online

Bank Rakyat telah mengemaskini dan memperkenalkan sistem e-Janji Temu atau e-Appointment bagi memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan, terutamanya dalam tempoh pandemik ini.

Bagaimanakah cara membuat janji temu secara online untuk berurusan di kaunter Bank Rakyat secara fizikal?

Di sini kami kongsikan caranya.

Jenis Perkhidmatan Untuk Temujanji Online

Kini urusan perbankan anda lebih mudah dan tidak perlu beratur.

Anda boleh memilih sama ada ingin membuat janji temu bagi urusan berikut:

  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan

Bagi Transaksi Perbankan, anda boleh menjalankan perkhidmatan berikut:

  1. Pembukaan Akaun: Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz
  2. Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka
  3. Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
  4. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  5. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i
  6. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
  7. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun
  8. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
  9. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)

Rujuk langkah di bawah untuk memohon temujanji di cawangan ingin anda kunjungi.

temujanji bank rakyat online

Cara Permohonan Temujanji Bank Rakyat Online

Untuk membuat temujanji online di kaunter Bank Rakyat, sila ikuti langkah berikut:

  1. Imbas Kod QR e-Janji Temu dalam poster di atas atau layari pautan https://appointment.bankrakyat.com.my/.
  2. Pilih Negeri & Jenis Perkhidmatan yang ingin dilakukan.
  3. Pilih Kaunter Cawangan Bank Rakyat yang ingin anda kunjungi.
  4. Pilih Tarikh dan Masa yang tersedia dalam jadual.
  5. Sertakan Butiran Diri anda dengan lengkap pada ruangan yang disediakan.
  6. Semak semula semua butiran temujanji dan buat pengesahan untuk menetapkan tarikh temujanji.
  7. Selesai! Pastikan anda menunjukkan tangkap layar (screen shot) atau mesej temujanji yang tertera apabila anda berkunjung ke kaunter Bank Rakyat bagi memastikan anda dapat berurusan dengan cepat dan pantas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang temujanji online Bank Rakyat, sila rujuk laman web rasmi Bank Rakyat di : https://appointment.bankrakyat.com.my/

Anda juga mengemukakan sebarang permasalahan di saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!