Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak (ASB, TH, SSPN, SSP)

Setiap kali raya, ibu bapa pasti pening mencari dimanakah tempat terbaik untuk simpan duit raya anak-anak.

Ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak menggunakan 100% duit raya tersebut untuk membeli apa sahaja, namun adalah lebih baik sebahagian duit tersebut disimpan di untuk simpanan masa depan anak-anak.

Memadaikah dengan hanya simpan duit raya ke dalam akaun simpanan di bank atau terdapat instrumen lain yang mampu memberikan pulangan lebih baik untuk anak-anak?

Jom baca selanjutnya.

simpan duit raya anak

Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak

1. Tabung Haji

Sekiranya anak anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, ada baiknya anda membuka dan menyimpan di TH terlebih dahulu kerana dengan serendah RM100 deposit, anda boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji.

Selain itu, setiap dividen yang diberikan TH setiap tahun juga sudah ditolak dengan bayaran zakat jadi keuntungan yang anda dapat adalah “bersih”.

Mungkin bukan kesemua simpanan duit raya anak anda diletakkan di TH, tetapi simpan sedikit duit raya anak dalam TH agar apabila tiba giliran mereka untuk menunaikan Haji kelak, mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.

Sekarang, anda boleh buka akaun Tabung Haji online untuk anak tau. Nak tahu macam mana caranya? Rujuk artikel berikut : Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (TH) Bayi / Kanak-kanak

2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)

Dengan deposit serendah RM10, anda boleh menyimpan duit raya anak anda dalam ASB.

Dengan purata kadar dividen 5 – 7 peratus (berubah-ubah ikut prestasi pelaburan), ASB merupakan antara alternatif terbaik berbanding menyimpan duit raya anak anda di bank.

Maka, tak hairanlah ia menjadi salah satu instrumen paling popular untuk simpan duit raya anak!

Berminat, jom daftar melalui langkah-langkah berikut : Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Anda juga boleh simpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional demi pendidikan masa hadapan anak-anak.

Selain dividen, terdapat pelbagai lagi manfaat menyimpan di SSPN antaranya takaful, geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai dan banyak lagi.

Rujuk cara pendaftaran SSPN Online : SSPN Online: Pembukaan Akaun, Simpanan & Semakan Penyata

4. Emas

Bagi yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas, boleh juga simpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas.

Namun awas, pastikan pelaburan emas yang anda sertai adalah sah memandangkan ramai mangsa yang telah menjadi mangsa pelaburan emas akibat tidak mempunyai ilmu.

5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)

Ana juga boleh simpan duit raya anak anda di BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik

SSP adalah produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah.

SImpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BSN SPP di https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Deposits-i/bsn-ssp?lang=ms-MY&csrt=9137449044850470729 atau kunjungi cawangan BSN berhampiran anda.

Baca lagi: SSP BSN: Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN

6. Simpan di bank

Sekiranya anda benar-benar tidak yakin dengan mana-mana pilihan di atas, simpan sahaja duit raya anak anda dalam bank.

Jangan simpan di rumah kerana anda tidak akan memdapat sebarang dividen.

Walaupun dividen yang diberikan mungkin kurang berbanding mana-mana pilihan di atas, anda tetap mendapat dividen daripada setiap simpanan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!