Apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, ibu bapa pasti pening mencari di manakah tempat simpan duit raya anak-anak yang paling terbaik.
Ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak menggunakan 100% duit raya tersebut untuk membeli apa sahaja kemahuan mereka.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sebahagian duit tersebut disimpan di untuk simpanan masa depan anak-anak.
Terdapat beberapa tempat penyimpanan duit raya anak-anak yang boleh dipertimbangkan oleh ibu bapa.
Jom baca selanjutnya.
Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak
1. Tabung Haji
Sekiranya anak anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, ada baiknya anda membuka dan menyimpan di TH terlebih dahulu kerana dengan serendah RM100 deposit, anda boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji.
Untuk simpanan Tabung Haji, ibu bapa tidak perlu risau tentang simpanan anda kerana ianya dijamin 100% oleh kerajaan.
Selain itu, setiap dividen yang diberikan TH setiap tahun juga sudah ditolak dengan bayaran zakat jadi keuntungan yang anda dapat adalah “bersih”.
Mungkin bukan kesemua simpanan duit raya anak anda diletakkan di TH, tetapi simpan sedikit duit raya anak dalam TH agar apabila tiba giliran mereka untuk menunaikan Haji kelak, mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.
Sekarang, anda boleh buka akaun Tabung Haji online untuk anak tau. Nak tahu macam mana caranya?
Sila rujuk artikel berikut Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Untuk Anak / Dewasa Online.
2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)
ASB merupakan instrumen pelaburan yang memberikan pulangan dividen sehingga 7% hingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan 3% hingga 5% semasa memulakan pelaburan.
Ianya juga merupakan satu bentuk simpanan, yang secara tidak langsung juga merupakan simpanan berbentuk pelaburan dan wang simpanan/pelaburan tersebut boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 hingga 3 minggu.
Dengan deposit serendah RM10, anda boleh menyimpan duit raya anak anda dalam ASB.
Maka, tak hairanlah ia menjadi salah satu instrumen paling popular untuk simpan duit raya anak!
Berminat, jom daftar melalui langkah-langkah berikut : Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter
3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Anda juga boleh simpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional demi pendidikan masa hadapan anak-anak.
Skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.
Selain dividen, terdapat pelbagai lagi manfaat menyimpan di SSPN antaranya takaful, geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai dan banyak lagi.
Rujuk cara pendaftaran SSPN Online : SSPN Online: Pembukaan Akaun, Simpanan & Semakan Penyata
4. Emas
Bagi yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas, boleh juga simpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas.
Emas merupakan bahan yang tahan lasak dan tidak mudah rosak dan boleh dikekalkan dalam keadaan yang baik selama bertahun-tahun dan boleh disimpan sebagai simpanan.
Selain itu, berbanding pelaburan aset lain (seperti rumah dan tanah), emas lebih senang untuk dijual beli atau dipajak.
Namun awas, pastikan pelaburan emas yang anda sertai adalah sah memandangkan ramai mangsa yang telah menjadi mangsa pelaburan emas akibat tidak mempunyai ilmu.
5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)
Ana juga boleh simpan duit raya anak anda di BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik
SSP adalah produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah.
SImpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web BSN SPP di https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Deposits-i/bsn-ssp?lang=ms-MY&csrt=9137449044850470729 atau kunjungi cawangan BSN berhampiran anda.
Baca lagi: SSP BSN 2024: Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN
6. Unit Trust
Unit Trust atau Unit Amanah merupakan instrumen pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelabur-pelabur ke dalam sebuah dana amanah yang diuruskan oleh pengurus dana professional dan bertauliah.
Wang tersebut akan di urus serta di laburkan oleh pengurus dana yang bernaung di bawah Syarikat-syarikat Pengurusan Unit Amanah yang telah dilulskan oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).
Walaupun ia memerlukan sedikit pengetahuan terntang pelaburan, namun Unit Trust boleh membantu mengembangkan duit anak-anak anda.
7. Simpan di Bank
Sekiranya anda benar-benar tidak yakin dengan mana-mana pilihan di atas, simpan sahaja duit raya anak anda dalam bank.
Jangan simpan di rumah kerana anda tidak akan mendapat sebarang dividen.
Walaupun dividen yang diberikan mungkin kurang berbanding mana-mana pilihan di atas, anda tetap mendapat dividen daripada setiap simpanan.