Nak Masuk SBP? Ini Tarikh PKSK 2026 Yang Ramai Tengah Tunggu

Tarikh PKSK 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi pelajar yang bercita-cita untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tarikh PKSK 2026 pastinya menjadi antara perkara yang paling dinantikan.

Ujian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan salah satu syarat penting untuk kemasukan ke SBP dan sekolah khusus terpilih.

Tarikh PKSK 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan beberapa tarikh penting berkaitan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2027.

PerkaraTarikh
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus10 Julai – 14 Ogos 2026
Pelaksanaan PKSKT421 September – 1 Oktober 2026
Pelaksanaan PKSKT112 – 22 Oktober 2026
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Apa itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai dan memilih pelajar yang layak untuk memasuki sekolah khusus di seluruh negara.

Dalam PKSK, pelajar akan diuji dan dinilai dari aspek akademik, sahsiah, kemahiran berfikir, serta daya kepimpinan.

Siapa Yang Perlu Menduduki PKSK?

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PKSK perlu diduduki oleh murid yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi pengambilan berikutnya.

PKSK terbuka kepada murid Tahun 6 yang bakal ke Tingkatan 1 dan murid Tingkatan 3 yang bakal ke Tingkatan 4 yang ingin bersekolah di Sekolah Khusus.

Baca juga: PKSK – Ujian Kemasukan Sekolah Khusus / MRSM

Sekolah Yang Menggunakan Keputusan PKSK

Sekolah yang menggunakan Keputusan PKSK sebagai syarat kemasukan seperti:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (ambilan terbaru telah diselaraskan di bawah PKSK mulai sesi 2026/2027)

Selain itu, pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di semua sekolah khusus ini diwajibkan menduduki PKSK sebagai syarat kemasukan rasmi yang utama.

Cara Menyemak Pusat Ujian PKSK 2026

Untuk menyemak Pusat Ujian PKSK 2026, anda nanti boleh layari laman pautan berikut untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

Format Ujian PKSK

Ujian PKSK mempunai 3 komponen utama iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek), dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).

BahagianKomponenSoalan/FormatPeratus MarkahTempohCatatan
AKecerdasan Insaniah30 soalan objektif20%90 minitEQ, SQ, SSQ; tiada jawapan betul/salah
BKecerdasan Intelek70 soalan objektif70%90 minitIQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah, Math/Sains (qualitatif & kuantitatif), Bahasa Inggeris (10 soalan)
CArtikulasi Penulisan1 karangan (pilih daripada 3 tajuk)10%45 minitKarangan Bahasa Melayu: min 100 patah (T1), 250 patah (T4)

Tips Persediaan Sebelum Menduduki PKSK

Daripada apa yang saya perhatikan, ramai pelajar sebenarnya bukan tidak pandai, tetapi kurang bersedia dengan format PKSK.

Ada yang fokus menghafal fakta semata-mata, sedangkan PKSK turut menguji cara berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan membuat keputusan dalam situasi tertentu.

1. Fahami Dulu Bentuk Soalan PKSK

Perkara pertama yang saya cadangkan ialah memahami format PKSK terlebih dahulu. Jangan terus buat latihan tanpa tahu apa yang akan diuji.

PKSK mempunyai beberapa bahagian yang berbeza termasuk Kecerdasan Insaniah, Kecerdasan Intelek dan Artikulasi Penulisan.

Apabila sudah faham struktur ujian, lebih mudah untuk merancang ulang kaji.

2. Banyakkan Latihan Soalan Logik dan Penyelesaian Masalah

Berdasarkan contoh-contoh soalan PKSK yang pernah dikongsikan, ramai calon terkejut kerana soalan bukan sekadar menguji hafalan.

Sebaliknya, pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir dan logik untuk mencari jawapan. Sebab itu saya selalu syorkan pelajar membiasakan diri dengan latihan Matematik, IQ, logik dan Sains.

3. Jangan Abaikan Pengetahuan Am

Satu perkara yang sering dipandang ringan ialah pengetahuan am. Walaupun nampak mudah, ada soalan yang memerlukan calon mengetahui isu semasa, tokoh negara atau fakta asas tentang Malaysia.

Luangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca berita atau artikel pendidikan.

4. Biasakan Diri Menulis Karangan

Bagi bahagian penulisan, saya melihat ramai pelajar mempunyai idea yang baik tetapi sukar menyusunnya dalam bentuk karangan yang kemas.

Cara paling mudah ialah berlatih menulis satu karangan setiap minggu dan membiasakan diri menggunakan format pengenalan, isi dan penutup.

5. Jawab Bahagian Insaniah Dengan Jujur

Untuk Bahagian Kecerdasan Insaniah, saya tidak menggalakkan pelajar mencari “jawapan terbaik” di internet.

Bahagian ini lebih menilai keperibadian, kematangan dan cara seseorang bertindak dalam sesuatu situasi. Jawapan yang jujur dan menunjukkan nilai positif biasanya lebih baik daripada jawapan yang dibuat-buat.

6. Buat Simulasi Seperti Ujian Sebenar

Sebelum hari ujian, cuba jawab beberapa set latihan mengikut masa sebenar. Kaedah ini membantu pelajar membiasakan diri dengan tekanan masa dan mengelakkan panik ketika PKSK berlangsung.

7. Jangan Terlalu Tertekan

Akhir sekali, jangan terlalu tertekan untuk mendapatkan markah sempurna. PKSK bukan sekadar menilai akademik semata-mata, tetapi juga potensi dan kebolehan pelajar secara menyeluruh.

Persediaan yang konsisten, sikap positif dan keyakinan diri biasanya memberi kesan yang lebih baik berbanding belajar secara tergesa-gesa pada saat akhir.

Siapa Perlu Dihubungi?

Sekiranya anda mempunyai permasalahan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut yang lebih terperinci mengenai PKSP 2026, anda boleh rujuk Portal MOE, Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, atau hubungi nombor tertera di bawah ini:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Soalan Lazim (FAQ) Tarikh PKSK 2026

Bilakah tarikh permohonan Sekolah Khusus dan MRSM 2026 dibuka?

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM dibuka mulai 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026 secara dalam talian.

Bilakah PKSK Tingkatan 4 (PKSKT4) akan dilaksanakan?

PKSK Tingkatan 4 dijadualkan berlangsung dari 21 September hingga 1 Oktober 2026.

Bilakah PKSK Tingkatan 1 (PKSKT1) akan dilaksanakan?

PKSK Tingkatan 1 dijadualkan berlangsung dari 12 Oktober hingga 22 Oktober 2026.

Adakah PKSK wajib untuk kemasukan ke SBP?

Ya. Murid yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Siapa yang layak memohon PKSK 2026?

PKSK 2026 terbuka kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang memenuhi syarat umur serta syarat pendaftaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di mana boleh mendapatkan maklumat rasmi mengenai PKSK 2026?

Maklumat rasmi boleh dirujuk melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah masing-masing atau hebahan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut