PKSK – Ujian Kemasukan Sekolah Khusus / MRSM

PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ialah ujian wajib bagi murid yang ingin memohon kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, KV, SMT, MTD dan MRSM.

Permohonan PKSK boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4) untuk murid sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi murid sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM, permohonan boleh dilakukan melalui portal https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm.

Apa itu PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai dan memilih pelajar yang layak untuk memasuki sekolah khusus di seluruh negara.

Antara sekolah yang menggunakan PKSK sebagai syarat kemasukan termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), serta Maktab Tentera Diraja (MTD).

Ujian ini berfungsi sebagai penilaian wajib untuk semua calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke sekolah khas tersebut.

Melalui PKSK, aspek akademik, sahsiah, kemahiran berfikir, serta daya kepimpinan pelajar akan dinilai bagi memastikan hanya calon yang benar-benar berpotensi dipilih.

Jenis-jenis Sekolah

Jenis-jenis Sekolah Khusus yang wajib menduduki PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) sebagai syarat utama kemasukan ialah:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (ambilan terbaru telah diselaraskan di bawah PKSK mulai sesi 2026/2027)

Pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di semua sekolah khusus ini diwajibkan menduduki PKSK sebagai syarat kemasukan rasmi yang utama.

Siapa yang Wajib Ambil PKSK?

  • Murid Tahun 6 sesi semasa (iaitu, murid berumur 12 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 1 di Sekolah Khusus (SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, MRSM) bagi tahun 2026.
  • Murid Tingkatan 3 sesi semasa (iaitu, murid berumur 15 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di Sekolah Khusus yang sama bagi tahun 2026.

Syarat Tambahan Utama:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2026)
  • Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid KPM (APDM/MOEIS)

Oleh itu, hanya murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 bagi sesi semasa yang layak memohon serta diwajibkan menduduki PKSK sebagai syarat utama untuk kemasukan ke mana-mana Sekolah Khusus bagi sesi 2026/2027.

Bagi sekolah swasta yang tidak mempunyai Modul Pengurusan Murid, permohonan ke MRSM boleh dibuat melalui kemasukan PKSK tersebut untuk tujuan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Format Ujian PKSK

Ujian PKSK terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:

BahagianKomponenSoalan/FormatPeratus MarkahTempohCatatan
AKecerdasan Insaniah30 soalan objektif20%90 minitEQ, SQ, SSQ; tiada jawapan betul/salah
BKecerdasan Intelek70 soalan objektif70%90 minitIQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah, Math/Sains (qualitatif & kuantitatif), Bahasa Inggeris (10 soalan)
CArtikulasi Penulisan1 karangan (pilih daripada 3 tajuk)10%45 minitKarangan Bahasa Melayu: min 100 patah (T1), 250 patah (T4)

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk mengukur karakter dan keperibadian murid (emosi, spiritual, sosial).
  • Skop: EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient), SSQ (Social Quotient).
  • Bentuk: 30 soalan objektif, tiada jawapan betul atau salah.
  • Sumbangan Markah: 20%.

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Mengukur tahap kognitif (IQ), pengetahuan am, serta kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai subjek termasuk Matematik, Sains, Teknologi, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.
  • Bentuk: 70 soalan objektif (pilihan berganda).
  • Bahasa Inggeris diuji menerusi 10 soalan khas.
  • Sumbangan markah 70%. Jawapan “betul” diberikan 1 markah, “salah” 0 markah.

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Calon memilih 1 daripada 3 tajuk yang diberikan untuk menghasilkan karangan Bahasa Melayu.
  • Minimum perkataan: 100 untuk Tingkatan 1, 250 untuk Tingkatan 4.
  • Tempoh: 45 minit.
  • Sumbangan markah 10%.
  • Fokus kepada idea, pendapat serta hujah calon.
pksk

Tarikh Penting PKSK 2026

MaklumatTingkatan 1Tingkatan 4
Permohonan Online1 Ogos – 7 September 20251 Ogos – 7 September 2025
Semakan Pusat Ujian12 Sep – 17 Okt 202512 Sep – 3 Okt 2025
Ujian PKSK Dilaksanakan6 – 17 Oktober 202522 Sep – 3 Oktober 2025
Semakan Keputusan Tawaran26 Disember 202526 Disember 2025
Rayuan26 Dis – 13 Jan 202626 Dis – 13 Jan 2026
Semakan Rayuan6 – 10 Februari 20266 – 10 Februari 2026
Pendaftaran Sekolah13 Januari 202613 Januari 2026

Cara Isi Permohonan PKSK

Kemasukan Tingkatan 1

  1. Layari Laman Web Rasmi
  2. Log Masuk Sistem
    • Masukkan No. MyKid/MyKad murid serta No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Penjaga Kedua, kemudian klik butang “Log Masuk”.
  3. Semak Maklumat Pemohon
    • Maklumat murid akan dipaparkan berdasarkan padanan daripada Modul Pengurusan Murid.
      • Jika ada maklumat tidak tepat, kemaskini di portal SPATKPM: https://public.moe.gov.my.
      • Selepas kemaskini, hubungi guru kelas untuk pengesahan.
      • Maklumat yang disahkan akan dikemaskini secara automatik dalam sistem PKSK.
  4. Isi Maklumat Kesihatan
    • Nyatakan status penyakit pemohon dengan memilih maklumat berkaitan yang dipaparkan.
  5. Isi Status OKU
    • Tandakan status Orang Kurang Upaya (OKU) jika berkenaan.
  6. Masukkan Alamat E-mel Aktif
    • Gunakan alamat e-mel pemohon/ibu/bapa/penjaga utama yang masih aktif.
  7. Padanan Sistem Automatik
    • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): dipadankan melalui SPPB.
    • Kepimpinan & Kokurikulum: dipadankan melalui PAJSK.
    • Pentaksiran Psikometrik: dipadankan melalui e-Profil Kerjaya Murid.
  8. Pilih Sekolah Khusus 1 (Wajib)
    • Pilih jenis sekolah (SBP atau SMKA).
    • Nyatakan minat mengikuti Dual Language Programme (DLP).
    • Pilih pakej mata pelajaran ditawarkan.
    • Pilih negeri sekolah pilihan.
    • Pilih nama sekolah (tidak boleh pilih nama sekolah yang sama untuk pilihan lain).
    • Nyatakan anggaran jarak dari rumah ke sekolah.
  9. Pilih Sekolah Khusus 2
    • Ulang langkah pemilihan sekolah untuk pilihan kedua.
  10. Pilih Sekolah Khusus 3
    • Ulang langkah pemilihan sekolah untuk pilihan ketiga.
  11. Pilih Pusat PKSK
    • Pilih negeri pusat PKSK.
    • Pilih daerah pentadbiran PPD.
    • Pilih nama pusat PKSK (pusat yang telah penuh tidak akan dipaparkan).
  12. Perakuan Pemohon
    • Tandakan pada pernyataan perakuan untuk mengesahkan maklumat yang diisi.
  13. Cetak Borang Permohonan
    • Setelah semua maklumat lengkap, cetak borang permohonan sebagai rujukan dan simpanan.

Kemasukan Tingkatan 4

  1. Layari Laman Web Rasmi
  2. Log Masuk Sistem
    • Masukkan No. MyKid/MyKad murid serta No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Penjaga Kedua, kemudian tekan “Log Masuk”.
  3. Semak Maklumat Pemohon
    • Maklumat murid akan dipaparkan berdasarkan padanan daripada Modul Pengurusan Murid.
      • Jika ada maklumat tidak tepat, kemaskini di portal SPATKPM: https://public.moe.gov.my.
      • Selepas kemaskini, hubungi guru kelas untuk pengesahan.
      • Maklumat yang disahkan akan dikemaskini secara automatik dalam sistem permohonan.
  4. Isi Maklumat Kesihatan
    • Nyatakan status penyakit pemohon dengan memilih maklumat berkaitan yang dipaparkan.
  5. Nyatakan Status OKU
    • Masukkan status Orang Kurang Upaya (OKU) pemohon sekiranya berkenaan.
  6. Isi Alamat E-mel
    • Masukkan alamat e-mel pemohon/ibu bapa/penjaga utama yang aktif.
  7. Padanan Maklumat Automatik
    • Tahap Penguasaan PBD dipadankan dengan Sistem SPPB.
    • Maklumat kepimpinan dan kokurikulum dipadankan dengan sistem PAJSK.
    • Pentaksiran Psikometrik dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid.
  8. Pilih Sekolah Khusus 1 (Wajib)
    • Pilih jenis sekolah khusus (SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD).
      • Nyatakan minat untuk mengikuti Dual Language Programme (DLP).
      • Pilih pakej mata pelajaran mengikut jenis sekolah.
      • Pilih negeri sekolah pilihan.
      • Pilih nama sekolah pilihan (tidak boleh sama dengan pilihan lain).
      • Nyatakan anggaran jarak dari rumah ke sekolah.
      • Bagi SMKA, KV dan SMT, pilih YA/TIDAK untuk tinggal di asrama (tertakluk kekosongan).
  9. Pilih Sekolah Khusus 2
    • Boleh memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/aliran/program adalah berbeza.
  10. Pilih Sekolah Khusus 3
    • Boleh memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/kursus pilihan adalah berbeza.
  11. Pilih Pusat PKSK
    • Pilih negeri untuk menduduki PKSK.
    • Pilih daerah pentadbiran PPD pusat PKSK.
    • Pilih nama pusat PKSK pilihan (pusat yang penuh tidak akan dipaparkan).
    • Penentuan pusat sebenar tertakluk kepada Urus Setia.
  12. Perakuan Pemohon
    • Tandakan pernyataan perakuan pemohon yang berkenaan.
  13. Cetak Borang Permohonan
    • Cetak borang permohonan untuk rujukan dan simpanan.

Cara Mengemaskini Maklumat Dalam public.moe.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau perubahan maklumat murid, ibu bapa atau penjaga, kemaskini perlu dibuat melalui laman sesawang rasmi KPM.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat dalam Modul Pengurusan Murid:

  1. Untuk mengemaskini maklumat dalam Modul Pengurusan Murid, mula-mula layari laman sesawang https://public.moe.gov.my.
  2. Kemas kini maklumat pemohon, ibu bapa dan penjaga, kemudian klik butang Hantar.
  3. Selepas itu, maklumkan kepada guru kelas supaya pengesahan perubahan maklumat dapat dibuat.
  4. Maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini secara automatik dan maklumat terkini tersebut akan dipaparkan pada Borang Permohonan Sekolah Khusus.

Cara Semak Keputusan PKSK

  1. Layari Laman Web Semakan
  2. Masukkan Maklumat Calon
    • Masukkan nombor kad pengenalan calon dan butiran lain yang diperlukan pada ruangan yang disediakan.
  3. Semak Keputusan
    • Klik pada butang semakan untuk melihat keputusan PKSK. Keputusan biasanya diumumkan di laman web rasmi ini. Pastikan juga anda sentiasa memeriksa laman web atau menunggu makluman melalui e-mel dan SMS daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Buat Rayuan PKSK

  1. Layari Portal e-Rayuan
  2. Klik Butang e-Rayuan
    • Pada laman utama, klik pada butang e-Rayuan seperti yang tertera.
  3. Isi Maklumat Calon dan Penjaga
    • Masukkan nombor kad pengenalan MyKad/MyKid calon serta nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftarkan dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  4. Pilih Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    • Selepas berjaya log masuk, pilih senarai SBP yang diinginkan sebagai pilihan rayuan.

Nota Penting:

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan

Persediaan Sebelum Mohon Masuk Sekolah Khusus

Bagi pemohon yang ingin memohon kemasukan ke sekolah khusus melalui PKSK, terdapat beberapa perkara yang wajib dipastikan terlebih dahulu.

  • Pastikan maklumat pemohon, ibu bapa dan penjaga telah dikemaskini dalam Modul Pengurusan Murid di pautan https://public.moe.gov.my
  • Rujuk Panduan Permohonan dalam menu Sistem Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus (SPSKT) untuk memahami proses dengan lebih jelas.
  • Semasa mengisi borang permohonan, dapatkan bantuan daripada ibu bapa, penjaga atau guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  • Pastikan semua butiran diisi dengan betul dan lengkap. Kesilapan maklumat adalah tanggungjawab pemohon dan boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
  • Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan. Semak dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.

Persediaan & Tips Penting PKSK

Berikut adalah beberapa tips penting untuk calon yang akan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) :

  1. Fahami Format Ujian: Ketahui tiga bahagian utama PKSK iaitu Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ), Kecerdasan Intelek (IQ dan pengetahuan akademik), serta Penulisan Karangan.
  2. Latih Diri dengan Contoh Soalan: Amalkan menjawab soalan objektif dan penulisan karangan. Ini membantu biasakan diri dengan jenis soalan dan masa yang diberikan.
  3. Bawa Dokumen Penting: Pastikan bawa MyKad/MyKid, slip menduduki PKSK, dan alat tulis yang diperlukan pada hari ujian.
  4. Patuhi Waktu Ujian: Hadir di pusat ujian tepat pada masa yang ditetapkan dan ikut arahan staf pusat ujian.
  5. Jaga Kesihatan: Pastikan cukup rehat dan makan sebelum hari ujian supaya fokus dan tenang semasa menjawab.
  6. Pakai Pakaian Sekolah Lengkap: Ikut kod pemakaian sekolah yang ditetapkan untuk kelancaran proses ujian.
  7. Tenang dan Fokus: Urus masa dengan baik ketika menjawab soalan, jangan terburu-buru dan baca soalan dengan teliti.
  8. Semak Maklumat Semasa: Sentiasa rujuk portal rasmi untuk sebarang perubahan atau maklumat terbaru berkaitan PKSK.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di:

ATAU, hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Soalan Lazim

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point?

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke Sekolah Khusus menggunakan padanan Modul Pengurusan Murid (SPATKPM).

4. Siapakah yang layak memohon dan menduduki PKSK?

Semua murid yang didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM), layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) ialah satu sistem aplikasi pangkalan data murid secara dalam talian untuk menyimpan maklumat berkenaan murid.

5. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan PKSK?

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat/Tahun Satu Sijil Vokasiaonal Malaysia (SVM) dan klik menu BORANG PERMOHONAN.

6. Bagaimanakah cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor Mykid/Mykad sendiri beserta nombor Mykad/No Pengenalan Diri penjaga utama seperti yang telah didaftarkan dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) untuk mengakses sistem permohonan.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM).

8. Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu pemohon lakukan?

Ibu bapa/penjaga pemohon perlu mengemaskini maklumat dalam https://public.moe.gov.my. dan merujuk kepada guru kelas sekolah asal bagi pengesahan maklumat yang dikemaskini dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) melalui sekolah masing-masing.

9. Selain daripada permohonan secara dalam talian, adakah pemohon juga boleh membuat permohonan secara manual?

Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian.

10. Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?

Tidak.

11. Adakah calon dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?

Tidak.

12. Bolehkah calon menukar tarikh, tempat dan masa menduduki PKSK?

Tidak. Calon dimohon untuk mematuhi tarikh, tempat dan masa yang telah
ditetapkan untuk menduduki PKSK.

13. Apakah komponen PKSK dan bagaimana dibahagikan?

PKSK terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

Bahagian A (20%) : Kecerdasan Insaniah:
– Emotional Quotient (EQ)
– Spiritual Quotient (SQ)
– Soft Skills Quotient (SSQ)

Bahagian B (70%) : Kecerdasan Intelek (Intelligence Quotient (IQ)):
– Pengetahuan Am
– Penyelesaian Masalah

Bahagian C (10%) : Artikulasi Penulisa

14. Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk menduduki PKSK?

Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:

– Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat/ Tahun Satu (SVM).
– Mencetak slip menduduki PKSK untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK.
– Membawa MyKid/MyKad ke Pusat PKSK
– Membawa set alat tulis (penggunaan kalkulator adalah pilihan)
– Jam pintar tidak dibenarkan
– Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK

15. Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?

Tidak. Hanya pemohon yang menduduki PKSK sahaja akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

16. Adakah calon hanya ditawarkan satu tempat sahaja di mana mana sekolah khusus?

YA.

17. Adakah murid dari sekolah swasta boleh memohon ke Sekolah Khusus?

Hanya murid warganegara dari sekolah swasta yang berdaftar dan menggunakan Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) boleh memohon.

Baca juga: