Tahun Baru Cina 2026 (CNY) – Tarikh Cuti Sekolah Tambahan KPM

tahun baru cina 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Salah satu cuti umum yang ada di seluruh negara di Malaysia untuk tahun 2026 adalah Tahun Baru Cina 2026. Setiap tahun, tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar. Sila rujuk jadual penuh dalam artikel di bawah atau rujuk kalendar akademik KPM di pautan https://www.moe.gov.my/. Rujuk tarikh Tahun Baru Cina dan cuti sekolah yang diumumkan KPM bagi tahun 2026 dalam artikel ini selanjutnya.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2026 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

Pengumuman rasmi tarikh Tahun Baru Cina 2026 akan dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri selaku pihak berkuasa yang diamanahkan bagi menentukan tarikh cuti umum persekutuan.

Penetapan tarikh ini adalah tertakluk kepada kalendar lunar masyarakat Cina yang berdasarkan kitaran bulan dan musim pertanian tradisional.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2026.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202617 FebSelasaTahun Baru Cina PertamaSemua Negeri
18 FebRabuTahun Baru Cina KeduaSemua Negeri

Kebiasaannya, KPM akan memberikan cuti tambahan kepada guru dan murid bagi tujuan persiapan menyambut Aidilfitri.

Cuti ini diberikan bagi memudahkan warga sekolah membuat persiapan menjelang hari raya.

Bagi tahun 2026, cuti tambahan tersebut telah dimaklumkan melalui Takwim Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 yang dikeluarkan oleh KPM.

Cuti tambahan KPM sebanyak 3 hari telah diberikan bagi sekolah seperti berikut:

  • Kumpulan A : 15, 16 dan 19 Februari 2026
  • Kumpulan B : 16, 19, dan 20 Februari  2026
    • NOTA : 17 dan 18 haribulan merupakan cuti umum bagi semua negeri.
tahun baru cina 2026

Oleh itu, tarikh cuti Tahun Baru Cina bagi tahun 2026 bagi sekolah KPM Kumpulan A dan B ialah seperti berikut :

  • KUMPULAN A : 15 hingga 19 Februari 2026 (5 hari)
  • KUMPULAN B : 16 hingga 20 Februari 2026 (5 hari)
    • *NOTA: 19 Februari bersamaan dengan Awal Ramadan 2026

NOTA:

  • Kumpulan A : Kedah, Kelantan, Terengganu.
  • Kumpulan B : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak.

Untuk rujukan perancangan cuti anda, sila rujuk Kalendar Kuda 2026 di bawah:

cuti tahun baru cina 2026

Baca juga: Hari Raya Aidilfitri 2026 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

Fakta Menarik Tentang CNY

Antara fakta menarik mengenai CNY adalah seperti berikut:

  • Makan besar: Masyarakat Cina akan berkumpul dan makan besar bersama bermula dengan juadah Yee Sang dan kuih bakul. Mereka percaya semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
  • Bakar mercun: Malam sebelum bermula tahun baru, mereka akan membakar mercun di tengah malam sebagai simbolik bermula tahun baharu dan menghalau puaka dan nasib malang.
  • Hiasan buah limau: Buah limau dianggal sebagai simbol murah rezeki. Ia juga melambangkan simbol keamanan dan kekayaan, warnanya kuning terangnya umpama emas.
  • Makanan tradisi: Makanan tradisi mereka pada CNY adalah Yee Sang, ikan kukus, kuih bakul, dumpling, popia dan mi yang masing-masing mempunyai simboliknya yang tersendiri.
  • Angpow: Angpow akan diberikan kepada golongan muda yang masih belum berkahwin sahaja akan bagi melambangkan nasib baik. 
CNY

CNY merupakan perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.

Masyarakat Cina percaya ada 12 binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.

‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.

Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut dan penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Bila tarikh cuti Tahun baru Cina 2026 di Malaysia?

Cuti umum diberikan 2 hari untuk semua negeri iaitu 17 dan 18 Feb 2026 (Tahun Baru Cina Pertama & Kedua). Johor dan Kedah menetapkan cuti umum negeri itu pada 19 Februari (Tahun Baru Cina Ketiga) sempena Awal Ramadan.

Berapa hari cuti Tahun Baru Cina di Malaysia?

Umumnya cuti Tahun baru Cina diberikan sebanyak 2 hari bagi semua negeri di Malaysia, kecuali Johor dan Kedah yang menetapkan hari ketiga sebab cuti umum negeri tersebut.

Berapa hari cuti Tahun baru Cina untuk murid sekolah bagi tahun 2026?

Bagi tahun 2026 ini, cuti Tahun baru Cina diberikan sebanyak 5 hari bagi semua murid sekolah di Malaysia.

Tarikh cuti sekolah sempena CNY 2026 adalah seperti berikut:
KUMPULAN A : 15 hingga 19 Februari 2026 (5 hari)
KUMPULAN B : 16 hingga 20 Februari 2026 (5 hari)
NOTA: 19 Februari bersamaan dengan Awal Ramadan 2026

Apakah maksud “cuti tambahan” sempena Tahun Baru Cina?

Cuti tambahan CNY adalah hari-cuti yang diberikan selain daripada cuti umum atau cuti penggal biasa sekolah, khas bagi memudahkan pelajar dan guru meraikan Tahun Baru Cina dengan keluarga.

Siapa yang layak mendapat cuti tambahan ini?

Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang mengikuti kalendar akademik yang dikeluarkan oleh KPM. Cuti tambahan ini diberikan untuk semua sekolah dalam negeri-negeri yang termasuk dalam kumpulan A atau B.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut