Bagi anda yang layak menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar atau SYUKUR berikut merupakan maklumat berkenaan tarikh dan jumlah bantuan yang akan diagihkan bagi SYUKUR fasa 4.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar merupakan sebuah program yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah. Bantuan ini dianggarkan dapat membantu 100,000 ribu penerima di negeri tersebut.
Berikut kami kongsikan serba sedikit maklumat berkenaan program ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.
Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima bayaran berfasa secara “lump-sum” setiap tiga bulan, bagi tempoh setahun bulan iaitu sebanyak RM900. Bantuan tunai ini akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon sendiri.
Objektif Program SYUKUR
Berikut merupakan objektif program SYUKUR ini dijalankan:
- Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Bantuan untuk kehidupan selesa
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Pengurangan Kemiskinan Tegar
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Bagi penduduk negeri Sabah yang ingin memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- Kriteria asas:
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
- Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
- Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Cara Permohonan SYUKUR
Bagi anda yang terlepas untuk memohon bantuan ini, anda masih boleh melakukan permohonan dengan cara berikut:
- Pergi ke portal rasmi PADANS
- Pilih menu “Permohonan Baharu SKR” di bahagian atas laman web.
- Isi maklumat lengkap yang diperluka.
- Klik butang “Daftar Pengguna”
- Lengkapkan borang permohonan yang diberikan/
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan
Cara Semak Status Penerima SYUKUR fasa 4
Bagi anda yang telah melakukan permohonan bantuan ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan status penerima bantuan SYUKUR ini dengan cara berikut:
- Pergi ke laman semakan SYUKUR
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Kemudian, klik pada butang Semak di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 4
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi Fasa 4, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi. Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
FASA BAYARAN | Tarikh Bayaran | KADAR PENYALURAN |
Januari – Mac (Fasa 1) | 19 Februari 2025 (Rabu) | RM900 |
April – Jun (Fasa 2) | April 2025 | RM900 |
Julai – September (Fasa 3) | Ogos 2025 | RM900 |
Oktober–Disember (Fasa 4) | Oktober 2025 | RM900 |
Cara Penyaluran Bantuan SYUKUR fasa 4
Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
- Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SYUKUR fasa 4 anda boleh membaca dokumen FAQ yang disediakan di bawah: