SUPERB 2020: Menangi Geran Pembangunan Perniagaan RM500,000

Khas buat usahawan yang kreatif, iInovatif dan kritis seluruh Malaysia, anda dijemput menyertai SUPERB 2020 sebagai satu pentas permulaan kejayaan perniagaan anda.

Melalui program ini, anda berpeluang mengetengahkan idea perniagaan anda dan memenangi geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000.00.

Nak tahu lebih lanjut tentang SUPERB 2020 dan bagaimana cara untuk menyertai program ini?

Jom baca selanjutnya.

superb 2020

Apakah SUPERB 2020?

Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.

Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 183 usahawan permulaan Bumiputera dan telah membantu merealisasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejak SUPERB dilancarkan pada tahun 2014.

Baca juga : Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Bagaimana SUPERB Membantu Usahawan?

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.

Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu.

Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan  berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.

Siapakah Rakan Kongsi Strategik SUPERB 2020?

Rakan kongsi strategik utama SUPERB bagi tahun 2020 ini terdiri daripada 8 agensi kerajaan iaitu:

  • Technology Park Malaysia (TPM)
  • Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
  • Bioeconomy Corporation (BEC)
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Kumpulan Modal Perdana (KMP)
  • Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
  • Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle)

Kriteria & Syarat

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  • Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
  • Fasa projek:
    1. Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
    2. Pra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

* Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat selanjutnya.

Tema Projek SUPERB Teraju 2020

1. Ekonomi Digital

Contoh: eDagang, Ekonomi Gig, Teknologi Kewangan (Fintech), Aplikasi Mobil dan sebagainya.

2. Revolusi Perindustrian 4.0

Contoh: Robotik, Teknologi Sensor, IoT, Big Data dan sebagainya

3. Perusahaan Sosial / Ekonomi Perkongsian

Contoh: Ekonomi Berasaskan Komuniti dan sebagainya

4. Kreatif, Seni, Kesihatan, Fesyen

Contoh: Teknologi Farmaseutikal, Teknologi Kreatif, Animasi, Teknologi Fesyen dan sebagainya

5. Inovasi Makanan

Contoh: Teknologi Makanan, Sains Makanan dan sebagainya

6. Perniagaan Agro / Agri

Contoh: Pertanian Moden, Bioteknologi dan sebagainya

Cara Permohonan SUPERB 2020

SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan.

superb 2020

Penuhi 3 langkah mudah ini dan berpeluang memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB 2020.

  1. Daftar sebagai pengguna di laman web https://superb.teraju.gov.my/
  2. Buat pengesahan melalui e-mel yang didaftarkan.
  3. Log masuk setelah selesai proses pengesahan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dalam talian.
  5. Muat naik video 2 minit mengenai idea perniagaan anda.
  6. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Ogos 2020.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2020.

Kriteria Yang Akan Dinilai Oleh Juri

Idea Perniagaan akan disaring berdasarkan kriteria berikut yang akan dinilai oleh panel juri profesional terdiri daripada kumpulan usahawan dan wakil agensi.

  • Impak, Potensi Pertumbuhan & Kemampanan
  • Keupayaan Pelaksanaan
  • Kreativiti & Inovasi Produk / Idea
  • Kebolehlaksanaan Perniagaan
  • Pendekatan & Kaedah
  • Cadangan & Jumlah Penggunaan Dana

Baca juga : TBRS TEKUN: Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan Hingga RM10,000

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi SUPERB atau hubungi pihak TERAJU SUPERB melalui borang INI.

Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang berminat!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!