Advertisements

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR)

Advertisements

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA ADA AKAUN BANK

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Sila rujuk notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 oleh Bank Simpanan Nasional di bawah:

Jumlah Bayaran Setiap Kategori Penerima

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

str 2023

LOG MASUK MYSTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya
bantuan tunai hasil str sumbangan tunai rahmah 2023

Soalan Lazim STR 2023

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2023 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

Muat turun PDF :

SOALAN LAZIM (FAQ)
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3.7 / 5. Vote count: 95

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment