Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam menawarkan Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional Negeri Selangor 2026 di universiti dalam negara khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh kerajaan Negeri Selangor yang boleh dipohon menerusi pautan https://pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional.
Berikut adalah maklumat dan info selanjutnya mengenai tajaan pendidikan ini.

Mengenai Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional
Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional ini merupakan penajaan yang disediakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.
Penajaan ini ditawarkan bagi menggalakkan para huffaz melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi dalam Negara.
Dengan adanya tajaan pendidikan ini, para Huffaz tidak akan tercicir untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan tajaan ini adalah pada 13 Ogos 2026 (Khamis) Jam 12.00 Tengah Hari.
Syarat Am
Permohon mestilah mematuhi syarat-syarat am yang ditetapakn seperti berikut:
- Pemohon mestilah terdiri dari rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
– Pemohon, ibu bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
– Pemohon, ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
– Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor. - Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik seperti:
- Terbuka kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.
- Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya Cemerlang Tinggi (A) bagi tujuh (7) mata pelajaran dalam SPM.
- Sekurang-kurangnya Kepujian Tinggi (B) bagi mata pelajaran selebihnya.
- Pemohon telah menghafal 30 Juzuk dan memperolehi Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ).
- Telah mendapat tempat atau tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dalam program Ijazah Sarjana Muda.
Cara Memohon
Permohonan perlu dibuat melalui dalam talian https://pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional mulai 13 Julai 2026.
Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
Soalan Lazim
Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional ialah penajaan yang disediakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor bagi menggalakkan para huffaz melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi dalam Negara.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Ogos 2026 (Khamis) Jam 12.00 Tengah Hari.
Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.
Ya. Lepasan SPM tahun 2025 di MITS sahaja layak memohon.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS ditalian 03-55143400 sambungan 2035 atau whatsapp ke 010-343 7054 atau email [email protected]




