Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perjuangan masih belum berakhir, jadual perlawanan penentuan Tempat Ke-3 Piala Dunia FIFA 2026 telah ditetapkan! Perancis akan bertemu England dalam aksi Penentuan Tempat Ketiga pada 19 Julai 2026 (4.00 pagi waktu Malaysia).

Walaupun tersingkir dalam pemburuan menjadi juara dunia, Perancis dan England mempunyai satu lagi misi penting untuk membawa pulang gelaran tempat ketiga.

Perlawanan ini menemukan dua kuasa besar Eropah yang tewas di peringkat separuh akhir. England terpaksa akur selepas tewas 1-2 kepada Argentina, manakala Perancis pula tunduk 0-2 kepada Sepanyol.

Untuk makluman, perlawanan ini merupakan aksi ke-103 daripada keseluruhan 104 perlawanan Piala Dunia 2026, sehari sebelum final berlangsung di MetLife Stadium, New York/New Jersey.

Sementara itu, Sepanyol akan berdepan Argentina dalam aksi Perlawanan Akhir pada 20 Julai 2026 (5.00 pagi waktu Malaysia) bagi merebut gelaran juara dunia.

Berikut dikongsikan link perlawanan bagi anda yang ingin menonton secara online di Malaysia.

Jadual Perlawanan Penentuan Tempat ke-3 dan ke-4 (Live Waktu Malaysia – RTM)

Buiran dan Jadual Perlawanan Tempat Ketiga Piala Dunia 2026 adalah seperti berikut :

  • Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4: England lwn Perancis
  • Tarikh: 19 Julai 2026 (waktu Malaysia)
  • Masa: 4.00 pagi
  • Venue: Hard Rock Stadium, Miami, Amerika Syarikat
  • LIVE Streaming RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/

Imbas Kembali : Rekod Terbaik Piala Dunia Edisi Lepas

England dan Perancis merupakan antara pasukan paling mendapat perhatian dalam sejarah Piala Dunia, dengan kedua-duanya pernah bergelar juara dunia.

England pernah memenangi satu-satunya kejuaraan Piala Dunia pada edisi 1966 selepas menewaskan Jerman Barat 4-2 menerusi masa tambahan di Stadium Wembley. Sejak itu, pencapaian terbaik mereka ialah mara ke separuh akhir pada 1990, menduduki tempat keempat pada 2018 dan sekali lagi melangkah ke separuh akhir pada edisi 2026.

Sementara itu, Perancis muncul antara kuasa dominan bola sepak dunia sejak penghujung 1990-an. Les Bleus telah dua kali menjulang trofi Piala Dunia, iaitu pada 1998 (menewaskan Brazil 3-0) dan 2018 (menewaskan Croatia 4-2). Mereka turut muncul naib juara pada 2006 dan 2022, selain meraih tempat ketiga pada 1958 hasil ledakan 13 gol legenda mereka, Just Fontaine — rekod jaringan terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia yang masih kekal hingga hari ini.

Rekod Piala Dunia England

  • Juara: 1 kali (1966)
  • Naib Juara: 0 kali
  • Tempat Ketiga: 0 kali
  • Tempat Keempat: 2 kali (1990, 2018)
  • Pencapaian 2026: Mara ke perlawanan tempat ketiga selepas tewas kepada Argentina di separuh akhir.

Rekod Piala Dunia Perancis

  • Juara: 2 kali (1998, 2018)
  • Naib Juara: 2 kali (2006, 2022)
  • Tempat Ketiga: 1 kali (1958)
  • Tempat Keempat: 1 kali (1982)
  • Pencapaian 2026: Mara ke perlawanan tempat ketiga selepas tewas kepada Sepanyol di separuh akhir.

Fakta ringkas: Perancis merupakan antara pasukan paling berjaya dalam era moden Piala Dunia dengan empat penampilan di pentas final sejak 1998, manakala England masih memburu penampilan final pertama sejak muncul juara dunia pada edisi 1966.

Jangan Lupa Tonton!

Walaupun sering dianggap sebagai “consolation match”, perlawanan tempat ketiga tetap menawarkan peluang kepada kedua-dua pasukan untuk menamatkan kempen Piala Dunia dengan kemenangan serta membawa pulang pingat gangsa. Bahkan, masih ramai peminat yang teruja untuk melihat barisan pemain bertaraf dunia seperti Kylian Mbappé, Ousmane Dembélé dan William Saliba dalam skuad Perancis, serta Harry Kane, Jude Bellingham dan Bukayo Saka dijangka terus menjadi sandaran utama skuad England.

Tonton 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di saluran TV Okey, Sukan+ dan RTMKLIK. Ikuti semua media sosial RTM untuk mengikuti perkembangan Piala Dunia FIFA 2026.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User