Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Sesi 2022

PERMOHONAN BIASISWA PAHANG (SEKOLAH RENDAH) KINI DIBUKA!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid tahun 3 sesi persekolahan 2022 di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini untuk makluman bersama.

Tarikh permohonan bermula 22 Ogos 2022 sementara tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2022.

Apakah Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah ini (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).

biasiswa pahang

Syarat Kelayakan

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)

Borang permohonan diperolehi melalui SEKOLAH SAHAJA manakala syarat kelayakan dan kriteria boleh dirujuk di laman web YP di www.yp.org.my.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bermula 22 Ogos 2022 sementara tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!