Belia Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan atau antarabangsa adalah dialu-alukan memohon Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP – BEST! Anak Penang) di pautan https://drive.google.com/…/1C9LwO-L_VgE9P…/view.
Ketahui lebih lanjut mengenai skim insentif ini.

Mengenai Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang
SIKBMPP – BEST! Anak Penang meruakan skim insentif yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).
Ia diperkenalkan sebagai galakan positif daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di negeri Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Inisiatif yang diperkenal sejak tahun 2022 itu bukan sekadar pemberian insentif kewangan, tetapi juga untuk menyemai semangat juang dan membina keyakinan diri anak muda Pulau Pinang agar terus melangkah jauh serta menjadi inspirasi kepada generasi lain.
Tarikh Permohonan
Permohonan skim insentif ini boleh dibuat sehingga 30 September 2026.
Nilai Insentif
Nilai insentif yang diberikan adalah seperti berikut:
- Individu: RM200 – RM1,000
- Pasukan: RM500 – RM3,000
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Had umur pemohon adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.
- Setiap pemohon mestilah berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Pulau Pinang.
- Permohonan terbuka kepada penyertaan pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Permohonan terbuka kepada pertandingan/aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum yang berkaitan dengan mana-mana kursus, mata pelajaran, aktiviti kelab atau persatuan.
- Tarikh pertandingan atau aktiviti yang disertai oleh pemohon mestilah berlangsung dalam tempoh 1 September 2025 sehingga 15 September 2026.
- Tarikh akhir permohonan SIKBMPP tahun 2026 adalah pada 30 September 2026.
- Permohonan pertandingan/aktiviti sukan TIDAK akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).
- Berjaya mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga atau penyertaan yang boleh dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Penilaian Skim Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) dalam pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum yang dipertandingkan.
- Pertandingan/aktiviti peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), atau mana-mana kementerian yang berkaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional.
- Pertandingan/aktiviti peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), atau mana-mana kementerian yang bekaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional.
- Setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan sama ada menyertai pertandingan/aktiviti di peringkat kebangsaan atau antarabangsa layak menerima insentif sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh setahun mengikut kalendar tahunan tersebut.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa SIKBMPP yang berkenaan dengan permohonan adalah muktamad.
- Sekiranya mana-mana kejohanan berpasukan terdapat pemenang-pemenang yang tidak bermastautin di Pulau Pinang atau bukan pengundi Pulau Pinang maka insentif hanya akan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Negeri Pulau Pinang mengikut nisbah bilangan ahli.
- Minimum insentif sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, atau pihak swasta untuk peringkat kebangsaan.
- Minimum insentif sebanyak RM300 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan, atau pihak swasta untuk peringkat antarabangsa.
- Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab atau Persatuan daripada Institut Pengajian Tinggi Malaysia atau sekolah-sekolah perlu mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana Kementerian yang berkenaan supaya dikategorikan dalam kategori Bil. (1). dan Bil. (3).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://drive.google.com/…/1C9LwO-L_VgE9P…/view.
Kemudian, hantar borang permohonan serta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap ke alamat emel [email protected].
Soalan Lazim
SIKBMPP – BEST! Anak Penang meruakan skim insentif yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di negeri Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
a) Individu: RM200 – RM1,000
b) Pasukan: RM500 – RM3,000
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2026.
Had umur pemohonan ini adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.
Tidak. Pertandingan/aktiviti sukan tidaj akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://drive.google.com/…/1C9LwO-L_VgE9P…/view. Hantar borang permohonan serta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap ke alamat emel [email protected].
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang, sila hubungi atau layari:
- No Tel: 016-570 8025 (Syazlan Aliff)
- Email: [email protected]
- Laman web: http://pydc.com.my/bestanakpenang




