Skim Perumahan Belia BSN: Permohonan & Semakan Status

Jika anda belum memiliki rumah pertama tapi rasa kurang berkemampuan dan takut pinjaman tak diluluskan, anda mungkin boleh cuba memohon bantuan perumahan mampu milik oleh Kerajaan yang dikendalikan melalui Skim Perumahan Belia BSN MyHome ini.

Terdapat pelbagai manfaat dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Skim Perumahan Belia BSN yang ditawarkan bermula 1 Januari 2020 ini.

Jom ketahui lebih lanjut tentang skim ini.

skim perumahan belia bsn

Apakah Skim Perumahan Belia BSN?

Skim Perumahan Belia BSN adalah satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan.

Secara ringkasnya, ia direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.

Cagamas dan KWSP juga mengambil bahagian di dalam skim ini.

Tujuan Skim Perumahan Belia BSN adalah untuk membantu para belia dalam memiliki rumah sendiri untuk didiami.

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Kelebihan Skim Perumahan Belia BSN

  • Pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
  • Semua Pelanggan disyaratkan untuk mengikuti modul Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) secara online di https://learn.akpk.org.my atau kaedah lain yang bersesuaian.
  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap atau sedang dalam pembinaan dari pemaju atau hartanah siap (subsale).

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun.
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
  • Permohonan secara perseorangan atau bersama.
  • Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Perumahan Belia BSN adalah RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)

Margin Pembiayaan :

  • Hartanah – Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
  • MRTA – Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).

Tempoh Pembiayaan

  • Minimum: 5 tahun
  • Maksimum: 35 tahun (sehingga umur 70 tahun yang mana terdahulu; atau sehingga umur 65 tahun yang mana terdahulu bagi pemohon yang bekerja sendiri).

Kadar Faedah

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 1.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

Jika anda berminat untuk membuat permohonan Skim Perumahan Belia BSN, anda boleh mengikuti langkah berikut:

1. Layari Laman Web Rasmi myBSN

Layari laman web rasmi myBSN di pautan berikut: https://www.mybsn.com.my/

Laman Utama > Perbankan Peribadi > Pinjaman > BSN MyHome > Skim Perumahan Belia / BSN Myhome

2. Isi Borang Permohonan

Muat turun borang permohonan di laman web tersebut dan isikan butiran yang diperlukan.

https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=7

3. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

i) Salinan Kad Pengenalan.

ii) Salinan Sijil perkahwinan yang sah / Kad Nikah.

iii) Penyata Gaji / Butiran Pendapatan

  • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
    • 3 bulan terkini salinan penyata gaji.
  • Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji.
    • 3 bulan terkini salinan penyata bank gaji dikreditkan.
    • 6 bulan terkini penyata bank (jika ada pendapatan lain).
    • Penyata KWSP terkini.
    • Surat Pengesahan Majikan / HRMIS (Kakitangan Kerajaan)
    • Dokumen Pendapatan Sampingan (jika ada).
  • Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
    • Pendaftaran Perniagaan/Syarikat.
    • Borang B / BE + Resit LHDN.
    • Penyata Kewangan Syarikat.
    • Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan.
    • Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak).

iv) Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) yang telah disetem.

Jika S&P belum selesai, Draf S&P / Letter of Intent to Purchase / Resit Deposit / Pesanan Pembelian Pro-forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.

v) Salinan Geran Induk / Individu (jika ada).

vi) Dokumen Tambahan : Bagi permohonan bersama (Joint Application) adik-beradik kandung / tiri, Sijil Kelahiran perlu dikemukakan.

Moratorium

Hartanah tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak lain dalam tempoh 5 tahun.

Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Perumahan Belia BSN ini, anda boleh merujuk kepada Penyata Pendedahan Produk BSN myHome (Skim Perumahan Belia BSN) di SINI.

Anda juga boleh berhubung terus dengan pegawai BSN melalui media sosial di Facebook BSN Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!