Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP 2021/2022

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa anak-anak Wilayah Persekutuan yang berkelayakan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

Ketahui lebih lanjut mengenai skim ini melalui info di bawah.

Apakah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)?

Biasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagi
kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

Syarat-Syarat

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Tawaran adalah tertakluk kepada :
    • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
    • Kemasukan ke semester 1, tahun 1
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.

Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :

Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) / Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan = Tidak melebihi RM1,000.00

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
  2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 Oktober 2021.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

Baca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Cara Permohonan

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua
maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

Klik di sini untuk muat turun borang: https://d072845d-57bd-4341-b4a9-5691f9122162.filesusr.com/ugd/9eb993_9b7cef44c8dc45c79599131a8f08f838.pdf

Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran pasport.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah
disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf
dengan cop rasmi sebagai tanda benar:

  1. Surat Beranak.
  2. Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  3. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA
  5. Keputusan / transkrip peperiksaan SPM / STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

Pemohon-pemohon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021/2022

Maklumat Lanjut

Borang boleh didapati melalui laman web rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan di www.yayasanwp.org.my atau hadir sendiri ke Pejabat Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!