Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021/2022

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT IJAZAH SESI 2021/2022

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar peringkat Ijazah Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA) untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022.

Berikut dikongsikan info penuh tentang Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022

Apakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Baca juga: Pinjaman LPPSA 2021: Semakan Status Permohonan Online

Tarikh Permohonan

TEMPOH PERMOHONAN : 2 sehingga 15 Oktober 2021

Syarat Permohonan BPKNS 2021/2022

  1. Anak jati Sarawak
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT IJAZAH daripada IPTA atau UA (Bagi kemasukan baru sesi 2021/2022 atau yang sedang dalam pengajian)
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN (Perguruan) atau PERUBATAN
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon

INFO TAMBAHAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
  2. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40

Cara Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my

Sila layari laman web rasmi BPKNS untuk PANDUAN PERMOHONAN

Sila rujuk poster bagi maklumat pegawai yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Biasiswa bpkns sarawak

Baca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Maklumat Lanjut

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak.

Telefon: 014-6866 089 / 017-8436031

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!