Tawaran Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Baitulmal MAIWP kini menawarkan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran buat penghafaz yang berkelayakan.

Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para penghafaz Al-Quran yang giat memartabatkan serta menjaga kesucian kitab suci Al-Quran.

Baca Juga : Bantuan Am Persekolahan MAIWP Untuk Pelajar Tingkatan 6

Tarikh Tutup Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Calon yang berminat perlulah kemukakan permohonan mulai 18 Julai hingga 15 Ogos 2022.

Syarat Permohonan

Para penghafaz perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Islam dan warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  3. Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.
  4. Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:
    – Juzuk 1-5
    – Juzuk 1-10
    – Juzuk 1-20
    – Juzuk 1-30
  5. Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.
  6. Bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan.
  7. Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.
Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Cara Memohon

Calon boleh mendapatkan borang permohonan melalui :

  1. Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
  2. Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
  3. Muat turun borang di laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!