Sistem Maid Online (SMO): Permohonan Pembantu Rumah Asing

Bagi anda yang sedang mencari pembantu rumah asing, kini anda boleh menggunakan Sistem Maid Online (SMO) untuk memudahkan majikan membuat permohonan secara atas talian.

Untuk makluman, Kerajaan telah membenarkan majikan untuk memohon PRA secara terus dalam talian dan akan bermula pada 1 Januari 2018.

Berikut kami kumpulkan maklumat lanjut tentang proses dan cara permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online.

Apakah Sistem Maid Online?

Menerusi sistem ini, majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal https://maid-online.imi.gov.my

Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara 

  1. Indonesia,
  2. Filipina,
  3. Sri Lanka,
  4. Thailand,
  5. India,
  6. Laos,
  7. Nepal,
  8. Vietnam dan
  9. Kemboja.

Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Syarat Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)

Apakah syarat-syarat kelayakan bagi majikan dan bakal PRA yang layak untuk mengemukakan permohonan ini?

Antara syarat-syarat kelayakan Majikan adalah:

  1. Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja
  2. Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
    • Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)
    • Anak kelainan upaya (tiada had umur)
    • Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur
    • Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau
    • Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
  3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas
  4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja
  5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)
  6. Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa
  7. Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama
  8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA.
  9. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja
  10. Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.
  11. Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
  12. Majikan juga hendaklah mengambil Polisi Insuran untuk menggajikan PRA dimana polis tersebut mestilah merangkumi aspek kemalangan, kematian dan rawatan perubatan
BilNegara SumberJumlah Pendapatan Majikan
1IndonesiaRM 3,000.00
2FilipinaRM 5,000.00
3Sri LankaRM 5,000.00
4ThailandRM 3,000.00
5KembojaRM 3,000.00
6IndiaRM 5,000.00
7LaosRM 3,000.00
8VietnamRM 3,000.00
9NepalRM 5,000.00

Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)

Siapa Yang Tidak Layak?

Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:

  • Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa
  • Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atau
  • Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia

Syarat-syarat kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)

  1. Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan
  2. Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut: Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.
  3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan
  4. Bakal PRA telah melepasi pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).
  5. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

Cara Permohonan Melalui Sistem Maid Online (SMO)

Untuk membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA), sila ikuti langkah mudah ini:

  1. Buka laman web Sistem Maid Online (SMO)
  2. Daftar di pautan ini: https://maid-online.imi.gov.my/maid/main?register
  3. Login sebagai pengguna
  4. Isikan maklumat dan Kemaskini Maklumat Majikan
  5. Muat naik dokumen yang disenaraikan
  6. Hantar permohonan Maid Online

*Untuk langkah yang lebih terperinci, sila rujuk Manual Pengguna di SINI.

Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah adalah mengikut carta alir berikut:

Kos Permohonan PRA

Pecahan kos yang terlibat adalah seperti berikut:

sistem maid online

*Nota:

Bayaran MEV dan SEV adalah berdasarkan negara-negara sumber

sistem maid online

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021

Maklumat Lanjut Tentang Sistem Maid Online (SMO)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan boleh dirujuk secara terus kepada call centre Unit Pembantu Rumah Asing melalui talian 03-88801468 atau boleh buat pertanyaan melalui emel [email protected]

Lain-lain pertanyaan mengenai permohonan ini turut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 – 88801555.

Rujuk laman web https://maid-online.imi.gov.my atau berhubung melalui Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!