Advertisements

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021

Advertisements

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020 telah diumumkan oleh LHDN secara rasmi.

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke LHDN pada 2021.

“Paparan ini sah sehingga pindaan baharu diwartakan”.

Senarai Pelepasan Cukai 2021 (Untuk e-Filing)

pelepasan cukai 2021

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Baca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
  • Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tidak Menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Baca juga: Dividen ASB 2020: Kadar Pengagihan Pendapatan & Bonus

Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2021

Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2021 e-Filing.

Leave a Comment