Sijil Berhenti Sekolah: Kepentingan dan Cara Mohon

Sijli Berhenti Sekola merupakan sebuah sijil atau dokumen yang menyatakan bahawa anda telah berjaya menamatkan pengajian Tingkatan 5 di sesebuah sekolah.

Sijil ini juga mungkin dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah, namun mengandungi maklumat yang sama mengenai seseorang bekas pelajar.

Apa itu Sijil Berhenti Sekolah?

Ianya merupakan sehelai sijil mengandungi maklumat peribadi murid seperti nama, nombor pengenalan, nama ibu bapa atau penjaga,nombor sijil kelahiran, nama sekolah dan pelbagai lagi maklumat berkaitan diri.

Selain itu, kebiasaannya sijil ini akan turut memuatkan rumusan tentang penglibatan seseorang murid tersebut di sesebuah sekolah sepert nama kelab / persatuan, badan beruniform dan sukan yang disertainya.

Sijil ini juga biasanya turut menyenaraikan pencapaian dan jawatan yang disandang oleh seseorang murid tersebut sepanjang pengajian di sekolah.

Sijil ini biasanya akan dikeluarkan sebaik sahaja murid tersebut menamatkan peperiksaan Sijli Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar yang bertugas ketika itu.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir murid yang terlupa untuk mengambil sijil ini di pejabat pentadbiran sekolah mereka sehingga bertahun-tahun lamanya.

Kepentingan Sijil

Sijil Berhenti Sekolah

Berikut merupakan kepentingan Sijil Berhenti Sekolah

  1. Penarafan pihak sekolah
  2. Kebolehpercayaan murid
  3. Bukti penglibatan murid
  4. Untuk mohon kerja
  5. Untuk mohon sambung belajar, terutamanya selepas SPM

Sekiranya anda bercita-cita untuk mendapatkan kerja sebagai pegawai kerajaan, sijil ini antara dokumen yang perlu dikemukakan bersama apabila menghantar permohonan kerja dan menghadiri temuduga.

Sekiranya anda mencari pekerjaan di sektor swasta, pihak syarikat swasta biasanya jarang meminta anda mengemukakan sijil ini sebaliknya hanya meminta anda mengemukkan sijil pengajian akademik peringkat tertinggi dan lain-lain sijil berkaitan kerja yang dipohon sebagai dokumen sokongan.

Artikel berkaitan: Kalendar Kuda 2025 – Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah

Cara mohon Sijil Berhenti Sekolah

Anda tidak perlu memohon untuk mendapatkan Sijil Berhenti Sekolah ini.

Hadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekolah anda dan minta sahaja daripada pegawai yangbertugas untuk mendapatkan dokumen penting ini.

Sijil hilang. Apa perlu dibuat?

Sekiranya anda kehilangan sijil ini, anda boleh mendapatkan salinan Sijil Berhenti Sekolah ini dengan menghadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekolah anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda sudah menamatkan pengajian dalam tempoh yang terlalu lama, misalnya 10 tahun, besar kemungkinan maklumat peribadi anda telah dilupuskan oleh pihak sekolah.

Jangan risau. Dalam hal ini, anda masih boleh mendapatkan sijil anda dengan mendapatkan bantuan daripada Pengetua / Guru Besar terkini yang sedang berkhidmat di sekolah tersebut.

Pihak kerani mungkin akan meminta beberapa maklumat daripada anda memandangkan mereka tidak lagi menyimpan maklumat peribadi diri anda yang sudah terlalu lama da mungkin telah dilupuskan.

Kebiasaannya pihak sekolah tidak akan mengenaka apa-apa bayaran untuk salinan sijil ini namun and juga segelintir pihak sekolah yang mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan sebegini namun jumlah bayarannya tidaklah terlalu mahal.

Bantu kami share artikel ini: