Senarai 10 Serum Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Tengah cari serum muka terbaik tahun 2024?

Manjakan kulit muka anda dengan produk-produk ini!

Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan pelbagai pilihan, mencari produk muka yang terbaik dan sesuai untuk kulit kita boleh menjadi cabaran.

Bagi artikel ini, kami akan berkongsi tentang serum muka terbaik di Malaysia! Serum muka menjadi semakin popular kerana kemampuannya untuk memberikan nutrien penting ke dalam lapisan kulit.

Usah risau kerana kami akan berkongsi rekomendasi terbaik untuk setiap jenis masalah kulit.

Dengan panduan ini, anda akan dapat membuat pilihan yang bijak dalam memilih serum muka yang paling sesuai untuk mencapai kulit yang sihat, bersinar, dan berseri! Jom lihat senarai serum terbaik untuk kulit muka anda.

Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum

Serum muka yang paling bagus

Pros

  • Mengekalkan kelembapan
  • Memberikan tona kulit yang sekata
  • Menghilangkan bintik-binti hitam
  • Tekstur yang ringan

Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum ialah serum yang dapat mencerahkan kulit dengan serta-merta. Tambahan, ia juga mampu menghilangkan bintik-bintik serta memberikan kelembapan secara mendalam pada kulit.

Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam produk ini adalah Niacinamide, squalane dan ekstrak betik!

Teksturnya juga tidak melekit dan menyerap dengan pantas ke dalam kulit.

Garnier Bright Complete Booster Serum with Vitamin C

 Serum untuk kulit cerah

Pros

  • Cepat menyerap
  • Mencerahkan parut jerawat
  • Bau yang menyenangkan

Cons

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Adakah anda inginkan kulit yang cerah, halus dan lembut dalam tempoh yang cepat? Usah risau, cubalah produk dari Garnier ini! Ia diperkaya dengan Vitamin C dari Yuzu Lemon estrak dan mempunyai bau citrus.

Harganya juga tidaklah begitu mahal dan mampu milik! Tetapi, anda perlu ingat bahawa konsisten adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jadi, anda perlu menggunakan serum ini setiap hari untuk mendapatkan kesannya.

Baca juga: Ubat Gatal Kulit

Wardah Lightening Serum Ampoule

Serum muka yang murah

Pros

  • Harga yang berpatutan
  • Tekstur yang ringan                                      
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mempunyai kandungan 10X Advanced Niacinamide

Anda inginkan serum muka dengan harga yang tidak terlalu mahal? Jom cuba serum dari Wardah ini! 

Serum ini mengandungi 10X Advanced Niacinamide yang berfungsi untuk mencerahkan, menghilangkan kesan jerawat dan menjaga kelembapan kulit.

Malah, ia juga mampu melindungi kulit anda dari pendedahan blue light! Teksturnya yang cair dapat memberikan penyerapan yang cepat ke dalam lapisan epidermis kulit. 

Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit anda akan kelihatan bermaya dan lembap!

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

Serum muka untuk kulit berminyak

Pros

  • Tiada pewangi tambahan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengurangkan lebihan minyak di kulit muka
  • Vegan
  • Tanpa alkohol

Adakah anda masih runsing dengan masalah kulit berminyak? Jika begitu, kami syorkan anda untuk menggunakan The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% untuk atasi masalah anda! Serum ini tidak mempunyai kandungan yang berbahaya dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Ianya juga mengandungi Niacinamide untuk mengurangkan penampilan kulit kusam dan kesan parut jerawat. Seterusnya, kepekatan tinggi 10% vitamin ini disokong dengan formula zinc sebanyak 1% untuk mengimbangi sebum di kulit anda. Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada kulit berminyak!

Face Republic Vita Capsule Luminous Serum

Serum muka untuk kulit kusam

Pros

  • Bebas paraben dan silikon
  • Tiada pewangi tambahan
  • Hipoalergenik

Anda perasan kulit muka anda semakin kusam? Jom cuba produk dari Face Republic Vita Capsule Luminous Serum kerana ia boleh membantu masalah anda.

Dirumuskan dengan vitamin dan minyak biji jojoba kapsul, serum ini boleh mencerahkan kulit kusam sekaligus menjadikan kulit anda tampak berseri!

Tambahan, serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit jadi anda tidak perlu risau akan masalah iritasi!

SKINTIFIC Gentle-A Retinol Serum

 Serum muka untuk anti penuaan

Pros

  • Menganjalkan kulit
  • Mempunyai kandungan Ceramide dan Niacinamide
  • Ia boleh mencegah garis halus
  • Tiada pewarna tiruan

Adakah anda ingin cuba mengguna retinol tetapi berasa takut? Jangan risau lagi kerana kami ada penyelesaian untuk anda! Serum yang dikeluarkan oleh Skintfic ini diperbuat dengan teknologi Time-Released yang berkesan untuk hasil yang pantas tanpa merengsakan kulit.

Malah, ia turut mengandungi 3 jenis retinol berbeza untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan.

SKINTIFIC 2% Salicylic Acid Serum

Serum muka untuk jerawat

Pros

  • Cepat meresap
  • Mengecutkan jerawat
  • Bau yang menyenangkan

Rumusan SKINTIFIC ini mengandungi bahan utama untuk menghilangkan jerawat iaitu Salicylic Acid dan juga mempunyai kepekatan sebanyak 2%. Oleh itu, ia berkesan untuk membantu masalah kulit jerawat.

Kandungan Niacinamide juga membantu mengurangkan potensti parut jerawat dan Ceramide pula boleh melembapkan dan meningkatkan kekuatan skin barrier anda. Anda boleh mengucapkan selamat tinggal pada jerawat!

SAFI Perfect White Hyaluron Brightening Serum

Serum muka untuk kulit kering

Pros

  • Harga yang murah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan sebagai primer

Cons

  • Tekstur yang sedikit melekit

Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum ialah serum penghidratan bertekstur ringan, yang meresap ke dalam lapisan kulit untuk memulihkan nutrien, kehalusan kulit dan meningkatkan ketelusan kulit.

Seterusnya, serum ini boleh mencerahkan kulit dan memberikan kulit tona yang sekata.

Rumusan seperti Asid Hyaluronik ini adalah bahan pelembap kulit yang boleh melawan dehidrasi dengan mengunci kelembapan untuk kulit yang berseri dan kekal terhidrat.

Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum

Serum muka untuk kulit kombinasi

Pros

  • Mempunyai vitamin B12
  • Dirumuskan dengan 4 jenis hyaluronic acid
  • Mencerahkan tona kulit
  • Tiada bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan pewangi tambahan

Cons

  • Harga yang agak mahal

Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum ini diperkaya dengan Vitamin untuk mencerahkan tona kulit. Selain itu, ia juga dirumuskan dengan 4 jenis Hyaluronic Acid bagi memberikan kelembapan yang optimum.

Teksturnya juga sangat ringan dan cepat menyerap ke dalam setiap lapisan kulit muka anda. 

Serum ini selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya!

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum

Serum muka untuk jeragat

Pros

  • Menghilangkan bintik hitam dan jeragat
  • Dirumus dengan minyak sawit
  • Pembungkusan baharu lebih mudah digunakan

Cons

  • Harga yang mahal

Eucerin Spotless Brightening serum ini dirumuskan dengan 100% minyak sawit dan Thiamidol yang dipatenkan, terbukti secara klinikal untuk mengurangkan bintik hitam dan jeragat tanpa rawatan laser!

Oleh itu, kulit anda akan tampil berseri dalam masa 2 minggu dengan penggunaan biasa selama 2 kali sehari.

Namun, perlu diingatkan bahawa tempoh keberkesanan mungkin berbeza mengikut kulit individu.

FAQ Serum Muka Terbaik

Apa itu serum muka dan bagaimana ia berbeza daripada krim biasa?

Serum muka adalah formula ringan yang mengandungi bahan aktif yang berkhasiat untuk merawat kulit. Berbeza dengan krim, serum cenderung memiliki molekul yang lebih kecil, membolehkannya menyerap lebih cepat.

Apakah manfaat serum muka?

Ia dapat membantu menghidratkan, mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit, dan merawat masalah kulit tertentu seperti jerawat atau kulit yang kering.

Berapa kerap sepatutnya saya menggunakan serum muka?

Penggunaan serum muka bergantung pada jenis kulit dan produk yang digunakan, tetapi amnya, ia digunakan sekali atau dua kali sehari.

Apakah bahan-bahan yang diperlukan dalam serum muka?

Beberapa bahan popular termasuk asid hialuronik, vitamin C dan retinol. Pastikan anda pilih serum yang mempunyai bahan yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk memilih serum yang sesuai dengan masalah kulit anda!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!